Bahagian Pengurusan
Objektif Unit
Memastikan JKN mempunyai sumber manusia dan struktur organisasi yang sempurna bagi memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang cemerlang.
Fungsi Unit
Unit Sumber Manusia bertanggungjawab dalam menyelaras dan mentadbir hal-hal berkaitan perkhidmatan, perjawatan, pemangkuan dan kenaikan pangkat, tatatertib, penempatan, pertukaran dan pengurusan sumber manusia melalui sistem HRMIS.
Secara amnya, Unit Sumber Manusia bertanggungjawab menguruskan semua aspek berkaitan dengan personel bagi keseluruhan pusat tanggungjawab (PTJ) JKNT.
Fungsi Unit Unit Pembangunan bertanggungjawab dalam melaksanakan fungsi-fungsi berikut seperti :
- Pemantauan dan laporan projek RMK9
- Pemantauan dan laporan kerja-kerja di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE)
- Pemantauan dan laporan perbelanjaan peruntukan pembangunan P42
- Pemantauan dan pengemaskinian maklumat aset tidak alih
Untuk memastikan unit-unit di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mendapat khidmat sokongan yang cekap dan berkesan dengan melicinkan penyelarasan urusan pentadbiran am.
Fungsi Unit
- Pengurusan Pejabat
- Pengurusan Surat-Menyurat
- Pengurusan Fail
- Pengurusan Kenderaan
- Pengurusan Aset dan Stor
- Pengurusan Khidmat Pelanggan
Unit ini menguruskan pengurusan Perolehan dan Pengurusan Aset Alih Kerajaan di JKNT serta memantau pelaksanaannya di peringkat di PTJ supaya mematuhi peraturan berkuatkuasa.
Unit ini bertanggungjawab dalam melaksanakan fungsi-fungsi berikut seperti :
- Menguruskan perolehan kerajaan secara rundingan terus, sebutharga dan tender.
- Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan rundingan terus dan sebutharga
- Penyediaaan surat kuasa di JKN dan surat kuasa rundingan terus/sebutharga/tender.
- Menyediakan laporan Integrity Pact.
- Mengurusetia Mesyuarat Pasukan Petugas Projek ePerolehan Peringkat JKNT
- Menguruskan dan memantau Pengurusan Aset Alih Kerajaan
- Menguruskan dan memantau Pengurusan Stor Kerajaan
- Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK)
- Menguruskan permohonan kelulusan penerimaan hadiah di JKNT
Unit Teknologi Maklumat adalah bertanggungjawab dari aspek ICT di JKNT. Unit ini memantau dan menyelenggara peralatan komputer, talian rangkaian bagi perlbagai aplikasi yang terdapat di hospital-hospital dan klinik-klinik seperti e-SPKB, e-Notifikasi, ePerolehan, myCPD dan HRMIS.
Objektif Unit
Objektif Unit IT adalah untuk memastikan pengurusan, penyelarasan dan penggunaan infrastruktur ICT di JKNT mencapai objektif Jabatan.
Fungsi Unit
Secara amnya, fungsi Unit IT meliputi JKNT dan semua PTJ di bawah JKNT serta semua fasiliti kesihatan di Terengganu. Antara fungsi-fungsi Unit IT adalah seperti berikut:
- Penyelarasan dan pemantauan projek-projek ICT
Unit IT bertanggungjawab terhadap perlaksanaan sistem-sistem aplikasi di JKNT dan PTJ samada daripada projek e-kerajaan (e-G) atau daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau daripada Kementerian lain seperti projek USP daripada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) dan sistem SPP II daripada ICU.
- Pembangunan sistem-sistem aplikasi
Unit IT berperanan dalam menjalankan kajian kemungkinan keperluan penggunaan teknologi maklumat bagi sesuatu bidang tugas di semua peringkat fasiliti kemudahan kesihatan kerajaan di negeri. Unit IT akan menganalisa keperluan tersebut, merekabentuk, menyediakan spesifikasi program aplikasi dan seterusnya menyediakan kertas cadangan untuk pertimbangan pengurusan atasan.
Dengan ini, Unit IT bertindak sebagai penyelaras aktiviti pembangunan sistem bagi sistem yang dibangunkan secara 'out-source'dan sebagai pembangun sistem bagi sistem yang dibangunkan secara 'in-house' .
- Bantuan teknikal dan penyelenggaraan berkala
Bagi fungsi helpdesk, Unit IT bertindak sebagai 'first level support' kepada sebarang permasalahan yang melibatkan ICT samada perkakasan, perisian dan rangkaian. Unit IT memastikan setiap perkakasan ICT dalam keadaan baik dengan melaksanakan penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance') secara berkala 2 kali setahun.
- Rangkaian dan keselamatan
Unit IT mengurus, menyelaras dan memantau rangkaian yang digunakan di JKNT serta di setiap PTJ bagi memastikan keperluan capaian terhadap sistem-sistem aplikasi 'on-line' dan internet dioptimumkan. Rangkaian setempat yang digunakan di JKNT dan PTJ terdiri daripada rangkaian IPVPN dan GiTN. Unit IT memastikan keselamatan sistem maklumat JKNT selaras dengan standard dan dasar keselamatan yang ditetapkan oleh Kementerian dan kerajaan.
- Peningkatan kegunaan dan kemahiran ICT
Unit IT memastikan setiap kakitangan JKNT mendapat pendedahan yang mencukupi dalam penggunaan teknologi ICT dengan merancang dan mengendali latihan/kursus dalam bidang-bidang IT dan taklimat/bengkel untuk aplikasi-aplikasi yang baru dilaksanakan. Unit IT juga bertindak sebagai tempat rujukan pertama bagi sebarang perolehan teknologi ICT terkini dengan membantu dalam penyediaan spesifikasi, penilaian teknikal dan syor perkakasan perkakasan dan perisian yang terbaik untuk pengguna.