Ucapan Aluan Pengarah Kesihatan Negeri

Salam Sejahtera
Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web Eksa Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.
Alhamdulillah, pelaksanaan Amalan EKSA DIY di Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah berjaya dilaksanakan bermula dari tahun 2010, hasil dedikasi dan kesungguhan yang tinggi serta komitmen seluruh warga kerja. Kejayaan ini mencerminkan tahap disiplin, keprihatinan, serta rasa tanggungjawab yang tinggi dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, kemas, mesra dan efisien.
Saya beriltizam untuk terus memperkukuhkan budaya korporat yang positif dan amalan kerja cemerlang ini agar menjadi sebati dalam setiap warga jabatan. Semoga usaha ini bukan sahaja meningkatkan imej Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, malah mempertingkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Sekian, terima kasih.
Dato' Dr.Hjh Kasemani binti Embong
PENGARAH KESIHATAN NEGERI TERENGGANU
Dasar, Objektif & Logo Eksa JKNT
