Bahagian Kesihatan Awam

 Unit Pembangunan Kesihatan Keluarga
Pengenalan

Aktiviti Program Pembangunan Kesihatan Keluarga meliputi perkhidmatan preventif, promotif, kuratif dan rehabilitasi dalam penjagaan kesihatan asas. Tiga komponen utama di dalam program ini ialah kesihatan primer, kesihatan keluarga dan pemakanan.

Fungsi Utama

Fungsi utama Pembangunan Kesihatan Keluarga adalah untuk meningkatkan dan menggalakkan taraf kesihatan yang optima bagi individu, keluarga serta masyarakat amnya yang meliputi :
  • Perkhidmatan kesihatan asas
    • Ibu hamil dan bayi baru lahir
    • Bayi dan kanak-kanak
    • Kanak-kanak sekolah dan remaja
    • Dewasa
    • Warga tua
  • Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang sesuai bagi golongan keperluan khas dan pesakit mental di dalam komuniti
  • Menggalakkan, mengekalkan dan meningkatkan taraf pemakanan masyarakat
  • Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap, berkesan, mampu, mudah diperolehi dengan pendekatan teknologi yang sesuai di "first point of contact" dengan masyarakat supaya kesihatan masyarakat dapat dipertingkatkan lagi ke tahap optima

Hubungi Kami

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
Tingkat 5, Wisma Persekutuan
Jalan Sultan Ismail
20920 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Tel : 09-6222866/ 09-6222749