PENGUKUHAN KESELAMATAN APLIKASI HRMIS 2.0
Untuk Makluman, semua pengguna HRMIS2.0 diminta untuk Menukar Kata Laluan Masing-Masing Dengan Mematuhi Polisi Keselamatan Siber / Dasar Keselamatan ICT Sebagai Langkah Pencegahan Keselamatan Serangan Siber.
Pengguna perlu menukar kata laluan baharu menggunakan menu Lupa Kata Laluan di login page HRMIS2.0 berdasarkan ketetapan Polisi Keselamatan Siber / Dasar Keselamatan ICT dengan menepati semua kriteria berikut :
i. Sekurang-kurangnya 12 aksara;
ii. Mengandungi huruf dan nombor;
iii. Mengandungi aksara khas (cth: @ &); dan
iv. Mengandungi huruf besar dan huruf kecil.
HARAP MAKLUM
SESI PEMBELAJARAN PROGRAM ARTIFICIAL INTELLIGENCE (Ai) UNTUK RAKYAT BAGI ANGGOTA JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU
Sepertimana tuan sedia maklum, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada 16 Januari 2024 telah merasmikan Aplikasi Ai Untuk Rakyat yang menawarkan modul pembelajaran kendiri mengenai kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI). Modul pembelajaran ini boleh dilayari secara dalam talian menerusi https://ai.gov.my
PENGISIAN DATA/ MAKLUMAT DALAM SISTEM PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) BAGI ANGGOTA JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU
Sepertimana tuan sedia maklum, Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada 2 Januari 2024. PADU dibangunkan dan dilaksanakan oleh Kerajaan diwakili oleh Kementerian Ekonomi (KE) bersama dengan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
Sehubungan itu, semua penjawat awam adalah diwajibkan untuk melengkapkan perkara-perkara seperti berikut:
1) Pendaftaran;
2) Semakan;
3) Kemaskini profil di portal PADU https://padu.gov.my sehingga selesai; dan
4) Mengemaskini status pengisian PADU pada pautan berikut: https://forms.gle/zMwhJtWwbZz1bHPh7 selewat-lewatnya pada 14 Februari 2024 jam 12.00 tengah hari.
Unit Pentadbiran,
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.