Image
KAUNTER DAFTAR MASUK WAD DAN KAUNTER HASIL
Kaunter Daftar Masuk Wad  beroperasi 24 jam ;

Kaunter Hasil bagi bayaran beroperasi 

Dokumen Yang Diperlukan

Borang Rujukan Masuk Wad, Kad Pengenalan/Passport atau Surat Beranak, NomborTelefon (jika ada), Alamat semasa dan Surat Jaminan / Dokumen berkaitan.

BAYARAN

A.  Orang Awam (Warganegara Malaysia)

i.  Bayaran Deposit

    Jenis RawatanKelas 3
    PerubatanRM 20
    PembedahanRM 30
    OrthopedicRM 30
    ENTRM 20
    ObstetricRM 15
    GynaecologyRM 20
    PaediatricRM 20


ii.  Bayaran Wad dan Rawatan (Akta Fee 1951)

Kelas Caj Wad Sehari Caj Rawatan Sehari
 Kelas 3 RM 3 Percuma


B.  Orang Awam (Warganegara Asing)

i.  Bayaran Deposit

    Jenis RawatanKelas 3
    PerubatanRM 400
    PembedahanRM 800
    OrthopedicRM 800
    ObstetricRM 800
    GynaecologyRM 400

*  UNHCR/Pelarian dikenakan caj separuh daripada deposit dan jumlah bil

**  Bagi kes-kes obstetrik yang melibatkan isteri/suami warganegara asing, sila kepilkan surat nikah yang telah didaftarkan

dimana-mana pejabat agama dalam Malaysia untuk mendapatkan kadar bayaran warganegara Malaysia

 

ii.  Bayaran Wad dan Rawatan (Akta Fee 1951)

KelasCaj Wad SehariCaj Rawatan Sehari
Kelas 3RM 40RM 10


B.  Orang Awam (Warganegara Asing)

i.  Bayaran Deposit

    Jenis RawatanKelas 3
    PerubatanRM 400
    PembedahanRM 800
    OrthopedicRM 800
    ObstetricRM 800
    GynaecologyRM 400

*  UNHCR/Pelarian dikenakan caj separuh daripada deposit dan jumlah bil

**  Bagi kes-kes obstetrik yang melibatkan isteri/suami warganegara asing, sila kepilkan surat nikah yang telah didaftarkan

dimana-mana pejabat agama dalam Malaysia untuk mendapatkan kadar bayaran warganegara Malaysia

 

ii.  Bayaran Wad dan Rawatan (Akta Fee 1951)

KelasCaj Wad SehariCaj Rawatan Sehari
Kelas 3RM 40RM 10

 

C. Pegawai Kerajaan

i.  Sila bawa Surat jaminan

ii. Keluarga pegawai kerajaan yang boleh mendapat rawatan percuma

  •  Isteri/suami
  •  Ibubapa kandung
  •  Ibubapa tiri/angkat - sertakan surat pengesahan seperti surat nikah, surat pengesahan anak angkat
  •  Anak kandung - kurang 18 tahun atau kurang daripada 21 tahun jika masih belajar, dengan menyertakan surat pengesahan tempat belajar
  •  Anak tiri/angkat – sertakan sijil nikah ibubapa atau surat pengesahan anak angkat
  •  Anak-anak OKU

D. Pesara Kerajaan

i.  Sila bawa salinan dan Kad Pesara asal untuk pengesahan

ii.  Keluarga pesara kerajaan yang boleh mendapat rawatan percuma

  •  nama yang terdapat pada kad pesara sahaja
  •  anak berumur bawah 18 tahun atau kurang daripada 21 tahun jika masih belajar, dengan menyertakan surat pengesahan tempat belajar

E. Pekerja Swasta

i.  Sila bawa surat jaminan bagi majikan yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

ii.  Caj dikenakan mengikut kadar yang dikenakan keatas orang awam Warganegara Malaysia atau Warga Asing.


CARA MEMOHON

Permohonan laporan perubatan boleh dibuat seperti berikut :

i. Hadir terus ke kaunter Unit Rekod Perubatan dan kemukakan borang permohonan berserta dokumen dan butiran lengkap.

     (Borang permohonan boleh diperolehi di Unit Rekod Perubatan)

ii. Hantar permohonan bertulis bersama dokumen serta butiran lengkap.

 

DOKUMEN/BUTIRAN LENGKAP YANG DIPERLUKAN

i. Maklumat nama, no. kad pengenalan, alamat, tarikh rawatan, tempat terima rawatan

ii. Salinan kad pengenalan pesakit

iii. Salinan sijil kematian (jika pesakit meninggal dunia)

iv.  Salinan kad temujanji klinik/nota discaj

v. Surat keizinan pesakit

•  jika pesakit berumur 18 tahun ke atas, perlu surat keizinan dari pesakit sendiri

•  jika pesakit berumur < 18 tahun, perlu surat keizinan dari ibu/bapa

•  jika pesakit meninggal dunia, perlu surat keizinan dari waris terdekat

vi. Bayaran dalam bentuk wang tunai atau wang pos/kiriman wang/cek atas nama Pengarah Hospital Besut

vii. Borang Tuntutan Insuran/KWSP/PERKESO (jika berkenaan)

TEMPOH SIAP LAPORAN PERUBATAN

Laporan perubatan yang dipohon akan disiapkan dalam tempoh 4 minggu dari tarikh terima permohonan lengkap.


KADAR BAYARAN (Tertakluk kepada Akta Fee 1972)

WARGANEGARA

Jenis LaporanJumlah
  Laporan biasa/ insuran/PERKESO/KWSPRM 40
  Laporan ringkas disediakan oleh pakarRM 80
  Laporan lengkap disediakan oleh pakarRM 200 - RM1000
(bergantung kepada kerumitan menyediakan pendapat)


BUKAN WARGANEGARA

Jenis LaporanJumlah
  Laporan biasa/ insuranRM 120
  Laporan ringkas disediakan oleh pakarRM 160
  Laporan lengkap disediakan oleh pakarRM 400 - RM2000
(bergantung kepada kerumitan menyediakan pendapat)

*  Bayaran boleh dibuat secara tunai atau melalui cek/ kiriman wang/wang pos yang perlu dibuat atas nama Pengarah Hospital Setiu.

SMS DAN AMBIL


      • NAMA PENUH <jarak> NO.KAD PENGENALAN <jarak> NO.SIRI
        dan HANTAR ke 013-9163885