UNIT PATOLOGI

    1. Latarbelakang unit

     

    • Pengenalan

    Unit Patologi adalah satu daripada beberapa Unit Sokongan Klinikal yang penting dalam Hospital Setiu. Unit Patologi terdiri daripada lima seksyen atau disiplin kerja iaitu:

    • Patologi Kimia
    • Hematologi
    • Mikrobiologi
    • Serologi
    • Transfusi Darah

    Unit Patologi terletak di aras 1 blok utama Hospital Setiu iaitu di arah timur laut dari Unit Farmasi dan arah barat daya dari Unit Rehabilitasi

     

    • Visi & Misi

     

     1.2.1 Visi

    Unit Patologi sebagai pusat perkhidmatan diagnostik dan transfusi darah yang cemerlang berdasarkan suasana kerja yang mesra pelanggan dan sistem kerja yang mengamalkan prinsip kualiti secara dinamik dan berterusan.

     

    1.2.2 Misi

    Menyediakan perkhidmatan diagnostik dan membekalkan produk yang berkualiti  kepada para pelanggan menggunakan teknologi terkini yang sesuai dan sumber manusia terlatih yang efisyen demi untuk memenuhi keperluan tempatan dan mencapai tahap piawaian kualiti nasional yang ditetapkan.

     

    • Objektif Umum

    1.3.1 Memberi perkhidmatan yang efisyen dan berkualiti kepada pelangan dengan meningkatkan kepakaran dan kecekapan.

     

    1.3.2 Memberi perkhidmatan yang cepat dan tepat mengikut prosedur dan piawaian yang telah ditetapkan. 

    1. Struktur Organisasi/Unit

     

    • Carta organisasi

     

    JTMP U29/U32(KUP)

    JTMP U29/U32 (KUP)

    JTMP U29/ U32 (KUP)

    HEMATOLOGI

    MIKROBIOLOGI

    SEROLOGI

    TRANSFUSI DARAH

    JTMP U29/U32(KUP)

    PATOLOGI KIMIA

    KAUNTER

    PPK U11

    PPK U11

    JTMP U32

    JTMP U32

    PENGARAH HOSPITAL UD54

    PEGAWAI SAINS

    (KIMIA HAYAT) C41/C44

     

     

     Piagam Pelanggan

     

    • Keputusan ujian segera akan dikeluarkan dalam masa 90 minit selepas spesimen diterima : STANDARD: 90%

     

    • Keputusan ujian bukan segera yang dijalankan setiap hari akan siap dalam masa 4 jam : STANDARD: 80%

     

    • Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan yang mesra dan sopan

     

    • Setiap pelanggan akan diberi penjelasan tentang ujian jika perlu

     

    • Setiap spesimen akan dikendalikan dan diuji mengikut prosedur dan piawaian yang telah ditetapkan

     

    • Ujian-ujian STAT akan diproses mengikut piawaiannya

     

    • Semua maklumat pesakit adalah sulit

     

    • Sebarang masalah tentang keputusan ujian boleh berhubung dengan kakitangan Unit Patologi

     

    • Skop perkhidmatan yang disediakan & jawatankuasa yang disediakan

     

    2.3.1   Memberi perkhidmatan ujian makmal Biokimia, Hematologi Klinikal, Mikrobiologi, Serologi dan Tabung Darah

     

    2.3.1.1 Makmal  Patologi Kimia:

    Menjalankan ujian Blood Urea, Serum Electrolyte, Serum Phosphate, Blood Glucose, SBV, SBC, MOGTT, Liver Function Test (LFT), Renal Profile, Fasting Lipid Profile, Total Protein, Serum Albumin, Cardiac Enzyme dan Stool Occult Blood.

     

    2.3.1.2 Makmal Mikrobiologi dan Serologi:

    Menjalankan ujian Urine FEME dan, Stool Ova & cyst, Blood Film Malaria Parasite, Urine Pregnancy Test, Sterility Test, Sputum AFB and blood culture and sensitivity.

     

    2.3.1.3 Makmal Hematologi:

    Menjalankan ujian Full Blood Count (FBC), Coagulation profile (PT, APTT, INR), Erythrocyte Sedimentation Rate (ESR), G6PD screening test.

     

    2.3.1.4 Makmal  Tabung Darah:

    Menjalankan ujian kumpulan darah ABO & Rh, Coomb’s Test, ujian Cross- matched blood (penyesuaian darah), dan membekalkan darah kepada pesakit mengikut keperluan.

     

    2.3.2 Perkhidmatan ujian  yang tidak  terdapat di Unit Patologi Hospital Setiu hendaklah  dirujuk dan dihantar ke makmal  rujukan melalui unit ini.

     

    2.3.3 Menyediakan perkhidmatan kepada pesakit-pesakit dari:

    2.3.3.1  Unit Kecemasan dan Trauma

    2.3.3.2   Klinik Pakar

    2.3.3.3   Hemodialisis

    2.3.3.4   Unit Kesihatan Pekerjaan

    2.3.3.5   Unit Pesakit Dalam, iaitu:

    1. Wad Lelaki
    2. Wad Perempuan,
    3. Wad Bersalin
    4. Wad Kanak-Kanak

     

    2.3.3.6  Perkhidmatan ini juga meliputi klinik-klinik kesihatan di daerah Setiu :

    1. Klinik Kesihatan Permaisuri
    2. Klinik Kesihatan Rahmat
    3. Klinik Kesihatan Sri Langkap
    4. Klinik Kesihatan Sungai Tong

     

     

     

     

UNIT CSSU

  1. LATARBELAKANG UNIT
    • Pengenalan
      • Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU) adalah satu unit sokongan yang memberikan perkhidmatan pensterilan kepada Dewan Bedah, wad - wad, Klinik Pakar, Unit Haemodialisis dan Klinik Kesihatan yang berdekatan.
    • Visi
      • Sebuah organisasi yang dapat membekalkan 100% peralatan steril, soft goods dan kainan.
    • Misi
      • Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU) memberi perkhidmatan pensterilan berkualiti dan teknologi yang bersesuaian bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.
    • Objektif
      • Menyediakan dan membekalkan peralatan steril bagi meningkatkan taraf dan mutu perkhidmatan dan perawatan kepada pesakit.
      • Memastikan proses pensterilan mengikut prinsip-prinsip dan piawaian yang ditetapkan bagi mengawal infeksi dan jangkitan silang.
      • Menyediakan perkhidmatan alatan pensterilan yang seragam dan mencukupi mengikut keperluan pelanggan.
      • Pembungkusan peralatan, soft goods dan kainan adalah berkualiti mengikut piawaian yang ditetapkan.
  1. STRUKTUR ORGANISASI
    • Piagam Pelanggan
      • Bahan steril akan dibekal dalam masa 4 jam.
      • Setiap pelanggan berhak mendapat maklumat mengenai perkhidmatan persterilan yang dijalankan.
    • Carta Organisasi CSSU 

CARTA ORGANISASI CENTRAL STERILE SUPPLY UNIT (CSSU)

 

 
   

 

 

 

 
   

 

 

 

 

       
       

 

 

 

 
   

 

 

 

 
   

 

  • Skop Perkhidmatan yang disediakan
    • Perkhidmatan menerima, memeriksa, mencuci, membungkus, melabel dan mensteril peralatan untuk kegunaan perawatan pesakit.
    • Menyediakan bahan bekalan steril.
    • Menyediakan softgoods dan kainan yang steril untuk unit unit yang memerlukan.
  • Masa Operasi
    • Ahad hingga Rabu :7.30 pg – 5.00 ptg
    • Khamis :7.30pg – 3.30 ptg

Perhidmatan selepas waktu pejabat dan hari kelepasan dikendalikan oleh anggota yang bertugas atas panggilan

  • Jumaat, Sabtu dan Kelepasan Am :

 

 

 

KLINIK PAKAR

  1. LATARBELAKANG ORGANISASI /UNIT
    • Pengenalan
      • Klinik Lawatan Pakar adalah klinik yang diwujudkan di Hospital Setiu dengan tujuan untuk memudahkan pesakit mendapatkan pemeriksaan Pakar dan memudahkan Pegawai Perubatan membuat rujukan.
      • Perkhidmatan Klinik Pakar adalah mengikut jadual yang ditetapkan dan pesakit akan diberi tarikh temujanj mengikut jadual lawatan Pakar samada sebulan sekali, 2 bulan sekali mengikut keadaan kesihatan pesakit.
    • Visi Dan Misi
      • Visi Klinik pakar adalah sebuah klinik lawatan Pakar atas lawatan yang cemerlang dan mampu menyediakan perkhidmatan berkualiti secara berterusan.
      • Misi klinik pakar adalah memberikan perkhidmatan perubatan Klinik Pakar atas lawatan yang terbaik dengan menggunakan teknologi terkini bagi mewujudkan masyarakat yang sihat dan bermaklumat demi mencapai kepuasan pelanggan melalui budaya kerja penyayang, semangat berpasukan dan nilai professionalisme yang tinggi.
    • Objektif
      • Memberi perkhidmatan rawatan kepakaran yang terbaik, efisien dan efektif serta berkualiti untuk memenuhi kehendak dan hasrat pelanggan dan masa menunggu untuk berjumpa doktor di klinik lawatan Pakar tidak melebihi 90 minit.
    • Kenyataan Polisi (Policy Document Statement)
      • Klinik Pakar telah mula beroperasi pada September 2005 .Klinik Pakar menyediakan perkhidmatan pakar atas lawatan daripada Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
      • Sumber rujukan pesakit adalah dari klinik kesihatan, klinik swasta, Unit Pesakit Dalam Hospital Setiu dan Hospital Sultanah Nur Zahirah.
      • Perkhidmatan yang di berikan merangkumi 18 disiplin mengikut tarikh yang telah ditetapkan dan dibantu oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Setiu sendiri.
      • Klinik Pakar juga ada merujuk kes ke hospital yang mempunyai pakar.
      • Polisi akan dikemaskini sekurang kurangnya 3 tahun sekali sekiranya tiada perubahan. Semua pelanggan dan staf perlu mematuhi setiap polisi yang telah ditetapkan.
  1. STRUKTUR ORGANISASI/UNIT
    • Piagam Pelanggan
      • Pesakit mendapat rawatan doktor dalam masa 90 minit bermula dari masa mendaftar. Pesakit yang melakukan prosedur tertentu seperti melakukan x-ray, pap smear, pipell, scan dan sebagainya tidak di ambil kira.
    • Carta Organisasi 

Carta Organisasi Klinik Pakar

 

       
   
 
     

 

  

  • Aspek- Aspek Organisasi
    • Klinik Pakar dinaung oleh Pengarah Hospital, diketuai oleh Pegawai Perubatan, diselia oleh Penyelia Jururawat dan dibantu oleh seorang Ketua Jururawat . Anggotanya terdiri oleh seorang Pegawai Optometri, 3 orang Jururawat Terlatih, 5 orang Jururawat Masyarakat dan 2 Pembantu Perawatan Kesihatan.
  • Skop Perkhidmatan Yang Disediakan.

BIL

DISIPLIN( PAKAR)

JADUAL KEDATANGAN

1.

Perubatan

2 kali sebulan(Khamis minggu 1 dan Isnin minggu 4)

2.

Respiratori

2 bulan sekali ( Ahad minggu 2)

3.

Nefrologi

Setiap bulan

4.

Pembedahan Am

2 kali sebulan( Selasa minggu kedua dan Selasa minggu 4)

5.

Oftalmologi

2 kali sebulan (Selasa minggu 1 dan Rabu minggu 3)

6.

Orthopedik

Setiap bulan ( Khamis minggu 2)

7.

Obstetric& Gynaecology

2 kali sebulan( Rabu minggu1 ,Isnin minggu 3)

8.

ORL

Sebulan sekali (Rabu minggu 2)

9.

Paediatric

2 kali sebulan ( Rabu minggu 4)

10.

Psyciatric

2 kali sebulan (Isnin minggu 1)

11.

Rehabilitasi

2 bulan sekali ( Isnin minggu 2)

12.

Neuro Surgery

3 bulan sekali ( Khamis minggu 4)

13.

Hematology

4 bulan sekali

14.

Anaesthasia

Bergantung pada OT list

15.

Paed Surgery

Setiap bulan (rabu minggu 3)

16.

Plastic Surgery

Sebulan sekali

17.

Optometri

Setiap hari

18.

Dietetik

2 kali sebulan

  

  • Masa Operasi
    • Masa operasi klinik pakar adalah seperti dalam jadual dibawah:

 

Waktu Peringkat (WP)

 

Hari

 

Waktu Bekerja

 

Waktu Rehat

 

Waktu Bekerja

 

WP 1

 

Ahad - Rabu

 

7.30 am- 1.00pm

 

1.00pm-2.00pm

 

2.00pm – 4.30 pm

 

 

Khamis

 

7.30 am- 1.00pm

 

1.00pm – 2.00pm

 

2.00pm -3.00pm

 

WP 2

 

Ahad – Rabu

 

8.00am -1.00pm

 

1.00pm – 2.00pm

 

2.00pm – 5.00pm

 

 

Khamis

 

8.00 am- 1.00pm

 

1.00pm – 2.00pm

 

2.00pm – 3.30 pm

 

 

WP 3

 

Ahad – Rabu

 

8.30 am –1.00pm

 

1.00pm – 2.00pm

 

2.00pm – 5.30pm

 

 

 

Khamis

 

8.30am – 1.00pm

 

1.00pm – 2.00pm

 

2.00pm – 4.00pm

 

 

  • Tatacara Temujanji Pesakit
    • Pelaksanaan temujanji secara berperingkat dijalankan di Unit Klinik

Pakar.

  1. Skop Perkhidmatan Pakar Atas Lawatan

Menerima kes yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan mengikut temujanji untuk pemeriksaan, siasatan makmal dan rawatan serta rujukan ke lain- lain institusi kesihatan. Pakar perubatan yang bertugas adalah dari Hospital Sultanah N

UNIT DEWAN BEDAH

  1. PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Dewan Bedah Hospital Setiu terletak di aras dua bersebelahan dengan Dewan Bersalin dan Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU). Di belakangnya pula terdapat Unit Hemodialisis. Dewan Bedah Hospital Setiu mempunyai 1 bilik bedah, ruang pemulihan (recovery bay) dan ruang menunggu (waiting bay) sebelum pesakit masuk ke bilik bedah.

Unit Dewan Bedah mula wujud bersama bangunan Hospital Setiu pada 07 Disember 2003, namun tidak dapat beroperasi seperti yang dicadangkan. Selepas menjalani beberapa sesi pembaikan bumbung  dan pemeriksaan suhu dan humiditi mencapai tahap normal, barulah Dewan Bedah Hospital Setiu mula beroperasi sepenuhnya, iaitu pada September 2013.                                                                                                                    

Dewan Bedah Hospital Setiu mula beroperasi sepenuhnya dengan kelengkapan yang sedia ada serta laluan traffic yang memenuhi kehendak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Unit ini beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00 petang. Sekiranya pembedahan berlanjutan selepas waktu pejabat, kakitangan Dewan Bedah akan bekerja sehingga kes pembedahan selesai.

Fungsi utama Dewan Bedah adalah untuk memberi perkhidmatan pembiusan dan pembedahan yang selamat kepada semua pesakit yang menjalani pembedahan. Pembedahan dengan bantuan kepakaran dari Pakar Bedah dari Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu (HSNZ) secara lawatan.

 

Unit ini merupakan Non lead Hospital iaitu hospital tambahan (extension hospital) dari Lead Hospital (HSNZ,Kuala Terengganu) dalam menyediakan perkhidmatan pembedahan dan pembiusan.

 

 

1.2 Visi dan Misi

Visi – Menjadikan dewan bedah sebagai satu unit yang cemerlang

Misi - Bekerja secara berpasukan dengan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua pesakit dan pelanggan.

 

1.3 Objektif

1.3.1 Objektif Umum

Memberi perkhidmatan pembedahan dan pembiusan yang selamat mengikut Standard of Procedure.

 

1.3.2 Objektif Khusus

(i)         Menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam

suasana yang bersesuaian untuk menjalankan pembedahan

dan prosedur diagnostik samada elektif kepada pesakit supaya

dapat mengurangkan kesakitan, mengelakkan komplikasi dan

menyelamatkan nyawa serta mendapat pemulihan awal.

(ii)        Mempertingkatkan dan mengekalkan serta menjamin taraf

perawatan pesakit yang bermutu tinggi pada setiap masa

 

1.4 Kenyataan Polisi

1.4.1   Jadual penggunaan Dewan Bedah ditetapkan oleh Komiti Dewan Bedah.

1.4.2   Salinan Senarai Pembedahan elektif akan disediakan oleh unit Klinik Pakar dan perlu dihantar ke Dewan Bedah  sehari sebelum hari pembedahan selewatnya pada pukul 12 tengah hari.

1.4.3   Semua pesakit perlu di bawa ke Dewan Bedah dan diserahkan kepada kakitangan Dewan Bedah di ruang penerimaan pesakit. Penjaga dibenarkan menemani kanak kanak yang berumur 6 tahun ke bawah atau dalam keadaan tertentu seperti pesakit Sindrom Down.

1.4.4     Buku panduan polisi dan prosedur ini dihasilkan sebagai garis panduan       

dalam mengendalikan kes-kes untuk  pembedahan mengikut senarai semak dalam ‘Safe Surgery Saves Lives’ (SSSL). Dalam senarai semak SSSL ianya  mangandungi 4 komponen iaitu:

  • Pre- Transfer Check List
  • Operating Team Check List
  • Swab Count Form
  • Post-Operative Transfer Check List.

 

1.4.5     Semua anggota mesti mematuhi polisi ini supaya kualiti perkhidmatan

              dapat dipertingkatkan dan keselamatan pesakit terjamin serta

              Mengurangkan aduan daripada orang awam.

 

     1.4.6     Mewujudkan perkhidmatan pembedahan yang cekap dan berkualiti seiring dengan kepakaran anggota bagi memastikan keberkesanan pembedahan   dan tidak berlaku komplikasi  agar pesakit dapat meneruskan kehidupan   dengan lebih sihat dan sejahtera

 

          1.4.7    Pengawalan jangkitan amat diperlukan semasa berada di bilik bedah dengan     mematuhi  polisi dan prosedur  kawalan jangkitan  yang telah     ditetapkan.

 

1.4.8   Sebarang pembatalan pembedahan mestilah diberitahu kepada unit yang berkaitan dan dituliskan didalam “buku pembatalan” untuk statistik pembatalan kes setiap bulan.

1.4.9   Semua pesakit mestilah telah pulih dari anesthesia dengan tahap yang memuaskan dan berkeadan stabil sebelum dihantar keluar dari Dewan Bedah.

1.4.10 Dewan Bedah perlu mendapatkan bekalan steril dari Unit Bekalan Steril (CSSU).

1.4.11 Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa kedalam Dewan Bedah kecuali di bilik rehat/ makan sahaja.

1.4.12 Pintu kecemasan hanya untuk kegunaan semasa kebakaran sahaja dan tidak boleh diletakkan sebarang halangan dihadapan pintu tersebut.

1.4.13 Peraturan ke atas kebersihan, pensterilan dan pemusnahan kuman                   

           adalah mengikut garis panduan dari “Policies and Procedures on   

           Control 2nd edition ”2010 dari Kementerian  Kesihatan Malaysia. 

           Peraturan tersebut mestilah dipatuhi.

 

1.4.14 Pemantauan “Air Sampling” bagi sistem pengudaraan Dewan Bedah dilakukan setiap tahun selepas rutin pengelenggaraan (maintainance) atau selepas “Major Repair”.

1.4.15 Ujian ATTEST dilakukan seminggu sekali dan Bowie Dick dilakukan setiap hari ke atas portable autoclave bagi memastikan keberkesanan autoclave tersebut. 

 

  1. STRUKTUR ORGANISASI

            2.1       Piagam Pelanggan

2.1.1   Setiap pelanggan akan dilayan dengan hormat, sopan dan penuh

tanggungjawab.

2.1.2   Setiap pelanggan berhak medapat maklumat mengenai pembiusan dan pembedahan yang dijalankan.

2.1.3   Setiap pelanggan mempunyai hak untuk menerima perkhidmatan pembedahan dan pembiusan yang selamat.

2.1.4   Setiap pelanggan tidak akan mendapat wrong surgeries di dalam prosedur pembedahan.

2.1.5   Setiap pelanggan tidak akan mendapat unintended retained foreign body di dalam pembedahan.

2.2 Carta Organisasi

2.2.1   Dewan Bedah Am di ketuai oleh dua orang pegawai perubatan (Pembedahan dan Pembiusan)

2.2.2   Ketua Jururawat U32 adalah pegawai yang menjaga Dewan Bedah.

2.2.3   Carta Organisasi adalah seperti berikut:-

PENGARAH HOSPITAL SETIU 

Ketua Jabatan Dewan Bedah 

Ketua Jururawat U32 

Jururawat U32/U29 / Penolong Pegawai Perubatan U29 

Pembantu Perawat Kesihatan U11

2.3 Aspek-aspek Organisasi

2.3.1   Pakar Pembedahan dan Pakar Pembiusan yang terlibat dalam pembedahan di Dewan Bedah Hospital Setiu merupakan pakar lawatan daripada HSNZ.

2.3.2   Seorang Pegawai Perubatan yang bertugas dalam menjaga pembedahan dan membantu semasa pembedahan dijalankan.

2.3.3   Seorang Pegawai Perubatan yang bertugas dalam menjaga pembiusan

2.3.4   Ketua Jururawat U32 akan bertanggungjawab dalam pengurusan Dewan Bedah dan terhadap Penylia Jururawat Y/M serta semua anggota di bawah seliaan.

 

2.3.5   Seorang Penolong Pegawai Perubatan bertugas menguruskan dan melakukan kalibrasi alatan terutamanya yang melibatkan pembiusan seperti mesin pembiusan dan alatan monitoring.

2.3.6   Enam orang jururawat di bahagikan kepada dua team iaitu tiga orang sebagai Scrub Nurse dan tiga orang sebagai GA Nurse.

2.3.6   Scrub Nurse adalah jururawat terlatih yang membantu dalam pembedahan dan bertanggungjawab untuk memastikan teknik aseptic dijalankan dengan betul sepanjang pembedahan dijalankan.

(i)        Scrub Nurse Kedua adalah tambahan kakitangan yang beroperasi dalam lingkungan steril bagi tujuan membantu tatacara pembedahan yang lebih kompleks.

(ii)        Circulator Nurse adalah kakitangan dalam lingkungan tidak steril dan mengawal suasana disamping membantu membekalkan bekalan keperluan dan integrasi.

2.3.7   Anaesthetic Nurse adalah jururawat yang menyediakan alatan pembiusan dan membantu anggota dibahagian pembiusan.Jururawat ini juga membantu dalam Pembiusan Regional.

(i)        Clinic Anaesthetic Nurse adalah kakitangan yang membantu dan menguruskan perjalanan Klinik Bius sehingga pemeriksaan oleh Doktor Bius selesai.

2.3.8   Recovery Nurse adalah jururawat yang akan menjaga dan melakukan pemerhatian yang berterusan  di Ruang Pemulihan sebelum pesakit discaj ke wad atau unit yang berkenaan.

2.3.8   Counter Nurse adalah jururawat yang bertugas di kaunter dan bertanggungjawab untuk memanggil dan menerima pesakit ke Dewan Bedah serta memastikan kesahihan pesakit. Counter Nurse juga memastikan data pesakit direkod dalam Buku Pendaftaran dan     buku – buku yang berkaitan. Jururawat ini juga bertindak untuk menghubungi unit – unit lain bila diperlukan.

2.3.9   Seorang Pembantu Perawatan Kesihatan untuk  menguruskan proses penghantaran dan pengangkutan yang berkaitan dengan Dewan Bedah, menjaga kebersihan dan penyediaan peralatan serta membantu dalam perawatan pesakit.

 

2.4 Skop Perkhidmatan

2.4.1   Menyediakan kemudahan perkhidmatan untuk pembedahan dan prosedur diagnostik kepada pesakit.

2.4.2   Memberi perkhidmatan pembiusan kepada pesakit sama ada pembiusan penuh (General Anaesthesia), atau separa (Regional Anaesthesia) dan juga setempat (Local Anaesthesia).

2.4.3   Bilik pembedahan beroperasi untuk kes elektif  dari pukul 8 pagi hingga pukul 5.00 petang.

2.4.4   Dewan bedah menyediakan perkhidmatan pembedahan atau prosedur dignostik untuk kes Obstetrik & Ginekologi, Pembedahan Am, Ortopedik, ORL, Opthalmology, Pembedahan Plastik dan Paed Surgery.

2.5 Masa Operasi

2.5.1   Unit ini beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00 petang. Sekiranya pembedahan berlanjutan selepas waktu pejabat, kakitangan Dewan Bedah akan bekerja sehingga kes pembedahan selesai.

 

DEWAN BERSALIN

  1. Latarbelakang organisasi/ unit

 

  • Pengenalan

Dewan bersalin Hospital Setiu mula dibuka pada orang awam pada tahun 2004. Ia menawarkan perkhidmatan pada ibu mengandung seawal usia kandungan 22 minggu POA (period of amanorea) dan ibu bersalin samaada kes ginekologi, medikal atau pun surgikal yang memerlukan rawatan lanjutan. 

Terletak di blok utama di belakang Unit Kecemasan dan bersebelahan dengan Dewan Bedah dan Unit Hemodialisis. Boleh berhubung terus dengan wad Multidisplin perempuan , wad kanak-kanak dan Ante Natal Post  Natal di aras dua. Terdapat 4 katil untuk menyambut kelahiran dan 2 katil untuk saringan awal kedatangan kes.  

  • Visi & Misi 

Visi 

Hospital Setiu Sebagai Sebuah Hospital Cemerlang Dan Mampu Menyediakan Perkhidmatan Berkualiti Secara Berterusan 

Misi 

Memberi Perkhidmatan Perubatan Yang Terbaik Dengan Menggunakan Teknologi Terkini Bagi Mewujudkan Masyarakat Yang Sihat Dan Bermaklumat Demi Mencapai Kepuasan Pelanggan Melalui Budaya Kerja Penyayang, Semangat Kerja Berpasukan Dan Nilai Profesionalisma Yang Tinggi

 

  • Objektif Umum
    1. Melahirkan bayi yang hidup dan selamat untuk mengurangkan mortaliti dan morbiliti.
    2. Menyediakan perawatan dan pemulihan yang efektif dan efisien kepada ibu-ibu antenatal dan postnatal
    3. Menyediakan persekitaran unit yang selesa, dan selamat kepada pesakit dan anggota. Serta dapat menyediakan kakitangan yang cukup dalam melaksanakan tugas.

 

  • Kenyataan Polisi (Policy Document Statement)

 

Hospital Setiu adalah komited dalam memberikan perkhidmatan, perawatan pesakit yang bertkualiti dan sentiasa berusaha untuk penambahbaikan “Sistem pengurusan kualiti” bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.

  1. Struktur Organisasi/Unit

 

  • Piagam pelanggan

  1. Setiap pesakit / pelanggan akan diberi perkhidmatan yang berkualiti 
  1. Semua pesakit / pelanggan akan dilayan dengan hormat, sopan dan bertanggungjawab tanpa mengira taraf, sosial ekonomi, keturunan, bangsa dan agama. 
  1. Segala maklumat mengenai pesakit / pelanggan serta pemeriksaan yang dijalankan akan dirahsiakan dan hanya diberitahu kepada pihak yang berkenaan dengan keizinan, tertakluk kepada undang-undang. 
  1. Setiap pesakit / pelanggan berhak mendapat maklumat mengenai pemeriksaan atau prosedur yang dijalankan dan risiko yang mungkin dihadapi. 
  1. Untuk melaksanakan Piagam Pelanggan dengan berkesan, pesakit / pelanggan adalah berkewajipan untuk:-
  2. Mematuhi peraturan Jabatan menggunakan segala kemudahan yang disediakan dengan bertanggungjawab.
  3. Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan di rujuk ke hospital lain yang sesuai. 

 

2.2  Carta organisasi 

 

CARTA ORGANISASI UNIT DEWAN BERSALIN HOSPITAL SETIU 

  • Skop perkhidmatan yang disediakan & jawatankuasa yang disediakan 

i.Memberi perkhidmatan ,pemeriksaan diagnose rawatan kepada ibu mengandung 22 minggu POA  kehamilan, ibu bersalin dan membuat rujukan ke Hospital berpakar.

ii    Mengendalikan kelahiran selamat serta penjagaan ibu selepas   

      bersalin dan bayi yang baru lahir

iii   Beroperasi 24 jam.

iv   Memberi imunisasi bayi yang baru lahir

  1. Menyediakan persekitaran wad sebagai hospital rakan bayi yang

      mengggalakan penyusuan susu ibu sahaja dan mengamalkan 

      polisi mesra ibu.

  1. Memberi ceramah dan pendidikan kesihatan berkaitan penyusuan

      Susu ibu,penjagaan luka perineum.merancang keluarga dan   

       penjagaan bayi baru l;ahir.

vii.Mendapatkan perkhidmatan pegawai pakar Obstetrik dan Ginekologi dari Hospital berpakar.

 

2.5    Masa operasi 24 jam sehari

Terbahagi kepada 3 shift

 

Bil

Shift

Waktu

1

Pagi

7.00 pagi-2.00 petang

2

Petang

2.00 petang-9.00 malam

3

Malam

9.00 malam -7.00 pagi.

 

         Anggota yang bertugas malam akan diberi kelepasan malam dan hari 

         kelepasan, jadual operasi akan diatur oleh Ketua Jururawat Dewan  

         Bersalin.