Wad 3A ( Multidisplin Lelaki )

 

Wad 3A ( Multidisplin Lelaki )

Wad ini beroperasi dengan jumlah katil 26 buah yang terdiri dari disiplin General Medicine dan General Surgical. Mempunyai 2 bilik pengasingan bagi kes penyakit berjangkit. Kategori kemasukan pesakit adalah dalam lingkungan umur 12 tahun ke atas dan mempunyai kad pengenalan untuk semua disiplin penyakit.

Wad 2C dan Dewan Bersalin

Wad 2C dan Dewan Bersalin

Wad ini beroperasi dengan 4 katil (2 antenatal dan 2 katil postnatal) dan Dewan Bersalin mempunyai 4 labour suite. Sebelum ini bagi kes Obstetrik (antenatal dan postnatal) ditempatkan di Wad 2B (Wad Kanak-kanak). Bermula 1 Januari 2024 semua kes obstetrik (antenatal dan postnatal) ditempatkan di Dewan Bersalin bagi memberi laluan kemasukan kes Neonatal Jaundice dan  Daycare Neonatal yang meningkat dari masa ke semasa.

Penempatan ini juga memberikan keselesaan kepada ibu yang akan bersalin dan memberi kemudahan Amalan Mesra Ibu dan Mesra Bayi.

UNIT HEMODIALISIS

  1. Latar belakang organisasi /unit

 

        1.1.1  Pengenalan

                   Polisi ini mengandungi pernyataan tentang dasar operasi yang dijalankan di unit

                     Hemodialisis . Unit Hemodialisis terletak di belakang bangunan utama berdekatan

                     dengan laluan masuk kuarters Hospital dan ianya mula beroperasi pada 1 Jun 2011

                     dengan jumlah pesakit seramai 6 orang.

  1.1.2 Visi dan Misi

                  Visi

                         Menjadikan unit  ini sebagai satu pasukan yang profesional dengan anggota yang mengamalkan

 

                              Sikap penyayang . Memberi dorongan dan pendidikan untuk meningkatkan kualiti hidup.

 

                             Misi

                              Memberi perkhidmatan perawatan Hemodialisis yang berkualiti selamat dan berterusan  bagi

                              mencapai  tahap kesihatan yang maksima.

  1. 1.3 Fungsi.

 

                 1.1.3.1   Memberi dan menyediakan perkhidmatan kepada pesakit yang menghidapi

                               penyakit “Chronic Kidney Disease Stage 5” seperti berikut :

 

                1.1.3.2   Menjalankan rawatan Hemodialisis mengikut shift yang ditetapkan

                 1.1.3.3   Membantu menjalankan Pre-Renal Transplant work-up dan selepas menjalani pembedahan

                               pemindahan   buah pinggang dilakukan.

               1.1.3.4   Menyediakan   rawatan  Unit CAPD “Continous Ambulatory Peritonel Dialysis”Sebagai pusat 

                             latihan bagi  pesakit-pesakit disekitar Daerah Setiu selama 2 minggu sewaktu berada di dalam

                             wad.

                1.1.3.5  Mengendalikan klinik lawatan Pakar Nefrologi  3 bulan sekali mengikut jadual yang disediakan.

 

         1.1.4.Objektif  Perkhidmatan

 

                1.1.4.1  Semua pesakit  mendapat  rawatan Hemodialisis yang optima bagi  mencapai pemulihan yang

                            maksima  melalui perawatan yang berkualiti cekap dan berkesan dengan berpegang kepada dasar

                            prosedur  yang ditetapkan.

               1.1.4.2  Membuat pre-renal transplant (work-out) : Arahan pakar Nefrologi, sebagai langkah awal

                            persediaan sebelum menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang.

2.Struktur Organisasi /Unit

    2.1 Piagam pelanggan

                 2.1.1 Setiap pesakit akan menjalani rawatan Hemodialisis sekurang-kurangnya 4 jam setiap kali rawatan

                         dan 3  kali seminggu

                 2.1.2  Setiap pesakit akan diberikan penerangan berkaitan dengan rawatan serta ubatan secara sopan

                          dan mesra.

                 2.1.3 Pelanggan juga akan diberi rawatan susulan secara berkala oleh pakar/pegawai perubatan pada   

                          setiap 3  bulan sekali atau bila perlu.

 

  1. Polisi Unit Hemodialisis

 

     3.1  Masa Operasi

 

                3.1.1. Waktu bekerja untuk masa pejabat adalah:-

                          Hari bekerja penuh (Ahad – Khamis):

                          Jam : 8:00 pagi – 5:00 petang.

                          Waktu rehat: Jam 1:00 petang – 2:00 petang.

 

                3.1.2. Waktu bekerja untuk kakitangan yang bukan bertugas waktu masa pejabat pula dibahagikan kepada 

                    dua syif iaitu:-

Syft Pagi

Jam 7:00 pagi – 2:00 petang

Syft Petang

Jam 2:00 petang – 9:00 malam

 

 

 

                 3.1.3. Memberi rawatan Hemodialisis dari hari Ahad hingga Sabtu termasuk Hari Kelepasan Am.

                 3.1.4. Unit Hemodialisis akan ditutup pada hari Jumaat.

                 3.1.5. Memberi rawatan selama 4 jam sekali rawatan / sesi.

                 3.1.6. Waktu sesi rawatan untuk pesakit dialisis Hospital Setiu dibahagikan kepada tiga sesi rawatan 

                           Seperti.

 

                 Jadual B.

         Perkara

                  Masa

Sesi Pertama

Jam 7:00 pagi – 11:00 pagi

Sesi Kedua

Jam 11:30 pagi – 3:30 petang

Sesi Ketiga

Jam 4:00 petang – 8:00 malam

UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA

  1. LATAR BELAKANG ORGANISASI / UNIT

 

1.1. Pengenalan

Unit Kecemasan Dan Trauma, Hospital Setiu terletak di aras bawah bangunan utama. Pada masa ini, Unit Kecemasan mempunyai 8 katil dan terdapat beberapa perkhidmatan lain yang dijalankan dalam masa yang sama adalah:

  1. Red Zone (mempunyai 2 katil).
  2. Yellow Zone (mempunyai 2 katil).
  3. Green Zone (mempunyai 3 katil).
  4. Secondary Triage(1 katil untuk pemeriksaan pesakit).
  5. Transit Zone (Asthma Bay)
  6. Bilik Plaster P.O.P.
  7. Bilik Prosedur.
  8. Bilik OSCC
  9. Bilik Gowning (Persediaan bagi Kes H1N1/ MERS-CoV/ Covid)

 

Peranan utama unit ini ialah menyediakan perkhidmatan untuk semua kategori penyakit termasuk menerima, memeriksa, mendiagnosa, merawat dan merujuk pesakit secara berkualiti dan professional bagi pesakit yang kritikal dan bukan kritikal termasuk menyediakan pelbagai perkhidmatan sokongan bagi menampung keperluan pelbagai disiplin penyakit.

 

Selaras dengan peranan unit ini, ia terletak di laluan utama dengan beberapa kemudahan seperti tempat menaikkan dan menurunkan pesakit yang luas dan tempat menunggu yang luas dan selesa. Pegawai klinikal yang professional dan terlatih, peralatan yang cukup, ambulan yang mempunyai kemudahan yang baik dan unit yang berhawa dingin dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti untuk pesakit. Unit-unit yang berkait rapat seperti Unit Farmasi, Unit Patologi dan Unit Radiologi  juga terletak berhampiran unit ini.

   

1.2. Visi & Misi

1.2.1 Visi

Hospital Setiu sebagai sebuah hospital cemerlang yang berteraskan ICT dan mampu menyediakan perkhidmatan berkualiti secara berterusan seiring dengan perkembangan teknologi perubatan terkini.

 

1.2.2 Misi

Memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan menggunakan teknologi terkini bagi mewujudkan masyarakat yang sihat dan bermaklumat demi mencapai kepuasan pelanggan melalui budaya kerja penyayang, semangat kerja berpasukan dan nilai profesionalisma yang tinggi.

 

1.3. Objektif

1.3.1 Umum

Memberikan perkhidmatan 24 jam setiap hari dengan konsep rawatan yang cepat, cekap dan tepat. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kadar kematian seminima mungkin dan meringankan komplikasi kecederaan bagi keselesaan pesakit.

 

1.3.2 Khusus

1.3.2.1. Menyediakan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan dan Trauma dengan cepat, tepat dan definitif.

 

1.3.2.2. Menyediakan  penjagaan  yang  bersepadu  dan  komprehensif dengan lancar dan berterusan dari penetapan pra hospital hingga ke perkhidmatan hospital.

 

1.3.2.3. Menyediakan pengurusan berkualiti  secara menyeluruh dalam semua fasa pengurusan dari penjagaan pra hospital hingga ke perkhidmatan “triage” dan pengagihan ke pelbagai zon rawatan yang berdedikasi  seperti;  zon  kritikal (merah),  zon  separa  kritikal (kuning) dan zon tidak kritikal (hijau).

 

1.3.2.4. Menyediakan resusitasi dan stabilisasi yang cekap dan berkesan serta perkhidmatan diagnostik dan intervensi menyelamat nyawa yang tepat.

1.3.2.5. Pengurusan pesakit kritikal hendaklah diurus oleh pasukan yang mahir terdiri dari pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat dan lain-lain anggota kesihatan.

 

1.4 Kenyataan Polisi

1.4.1. Dokumen polisi ini meliputi bahagian-bahagian utama perkhidmatan perubatan kecemasan dan trauma Hospital Setiu yang meliputi organisasi dan pengurusan unit, pembangunan dan pengurusan sumber manusia, polisi-polisi dan prosedur-prosedur, fasiliti dan peralatan, aktiviti-aktiviti peningkatan prestasi serta keselamatan dan keperluan khas.

1.4.2. Dokumen ini meliputi semua isu berkenaan polisi pengurusan pesakit, tadbir urus klinikal, pentadbiran dan etika.

 

1.4.3. Dokumen polisi ini mengariskan piawaian-piawaian kualiti komponen-komponen organisasi termasuk perkhidmatan, amalan professional, struktur dan perkakasan.

 

1.4.4. Dokumen polisi ini bertindak sebagai panduan kepada anggota-anggota Unit Kecemasan,  pentadbir-pentadbir  hospital,  pembuat  polisi  dan  pihak-pihak berkepentingan tentang konsep dan falsafah Unit Kecemasan dan Trauma berkenaan pembangunan, keperluan, polisi operasi dan halatujunya.

 

1.4.5. Polisi ini hendaklah di gunapakai oleh semua lapisan anggota-anggota hospital terutama anggota Unit Kecemasan dan Trauma dan setiap usaha harus di buat untuk mencapai matlamat dokumen ini.

 

1.4.6.  Dokumen polisi ini hendaklah dikemaskini samaada dalam bahagian atau secara keseluruhan setiap tiga (3) tahun atau lebih awal jika berlaku perubahan.

 

 

  1. STRUKTUR ORGANISASI / UNIT

 

2.1 Piagam Pelanggan

Keutamaan akan diberikan kepada kes kritikal dan separa kritikal di Jabatan Kecemasan Dan Trauma dengan masa menunggu seperti berikut:

 

2.1.1.  Semua kes kritikal (Zon Merah) dirawat dengan serta merta.

2.1.2.  Semua kes separa kritikal (Zon Kuning ) dirawat dalam masa 30 minit.

2.1.3.  Lain-lain kes (Zon Hijau) akan dilihat dalam masa 90 minit

UNIT KAWALAN INFEKSI

.  PENGENALAN

1.1  Pendahuluan

Unit kawalan infeksi Hospital Setiu mula beroperasi pada  tahun 2008  dan di kendalikan  secara gunasama oleh seorang ketua jururawat yang menjaga Unit kecemasan dan Trauma serta  dibantu oleh 3 orang jururawat  yang mempunyai Pos basik Perawatan Kawalan Infeksi yang bertugas di Unit pesakit dalam dan Klinik Pakar. Setiap wad dan unit juga mempunyai Link Nurse untuk membantu dalam menjalankan aktiviti kawalan infeksi .

Unit Kawalan Infeksi Hospital adalah merupakan sebuah unit sokongan yang memberi perkhidmatan latihan, nasihat serta  Pemantauan untuk mengurangkan kes ‘Healthcare Associated Infection’, di hospital . Pengerusi Kawalan Infeksi ialah Pengarah Hospital  dan dibantu oleh Seorang Pegawai Perubatan selaku Penyelaras Kawalan  Infeksi  .

1.2    Visi  dan Misi

Visi

Memberi perkhidmatan berkualiti dengan mengutamakan keselesaan pesakit dan keselamatan anggota.

Misi

Mewujudkan masyarakat dan anggota yang sihat dengan mengambil langkah positif dalam pengawalan infeksi dan mengekalkan status kesihatan individu ditahap yang maksima.

 

1.3   Objektif Umum dan khusus

Umum

Melindungi pesakit,anggota hospital,pelawat dan individu lain dalam persekitaran hospital bagi mengelakkan berlakunya infeksi, dengan mencegah dan mengawal jangkitan nosokomial atau Healthcare associated Infection

  

Khusus.

  1. Melindungi pesakit ,anggota hospital , pelawat dan individu lain dalam persekitaran hospital bagi mengelakkan berlakunya infeksi.
  2. Memastikan garis panduan polisi dan prosedur Kawala Infeksi,antibiotik,disinfeksi dan pensterilan KKM dipatuh.
  3. Mempertingkatkan mutu kawalan infeksi,disinfeksi dan pensterilan.
  4. Pengamalan standard precaution dalam tugas harian.
  5. Mempertingkatkan pengetahuan tentang kawalan infeksi

 

  1. STRUKTUR ORGANISASI / UNIT

2.1 Carta Jawatankuasa Kawalan Infeksi Hospital Setiu.

  

2.2.  Piagam Pelanggan.

  1. Semua anggota di sarankan melakukan praktikal hand hygiene melebih 75% sasaran  yang ditetapkan.
  2. Setiap Pegawai baru yang akan bertugas di Hospital Setiu akan di beri  orientasi             kawalan infeksi dalam masa lima hari berkerja selepas melapor diri di Unit Kawalan   
  3. Setiap link nurse akan diberi kursus kawalan infeksi 1 kali dalam setahun.

 

2.3. Skop Perkhidmatan

2.3.1. Lawatan ke wad / unit.

  1. Membuat lawatan ke unit dan wad untuk memastikan semua anggota mematuhi Polisi dan Prosedur Kawalan Infeksi KKM dan
  2. Membuat teguran dan pembetulan sekiranya berlaku perlanggaran polisi oleh anggota
  3. Melakukan audit pemantauan Kawalan Infeksi di wad  dan seterusnya memberikan cadangan dan saranan pembetulan bagi setiap amalan atau masalah yang ditemui/dikenalpasti semasa melakukan pemantauan.

 

2.3.2. Mengumpul data

 

  1. Merekod kejadian kecederaan oleh Mengumpul dan merekod data-data jangkitan
  2. Tusukan jarum /kecederaan benda
  3. Merekod dan memantau kejadian/kes MRSA, ESBL, Acinetobacter dan lain-lain kes berkaitan dengan mengenalpasti punca jangkitan dan lain-lain faktor
  4. Menyediakan laporan yang lengkap berkaitan dengan perkara di atas untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Antibiotik Hospital Setiu.