UNIT KAWALAN INFEKSI

.  PENGENALAN

1.1  Pendahuluan

Unit kawalan infeksi Hospital Setiu mula beroperasi pada  tahun 2008  dan di kendalikan  secara gunasama oleh seorang ketua jururawat yang menjaga Unit kecemasan dan Trauma serta  dibantu oleh 3 orang jururawat  yang mempunyai Pos basik Perawatan Kawalan Infeksi yang bertugas di Unit pesakit dalam dan Klinik Pakar. Setiap wad dan unit juga mempunyai Link Nurse untuk membantu dalam menjalankan aktiviti kawalan infeksi .

Unit Kawalan Infeksi Hospital adalah merupakan sebuah unit sokongan yang memberi perkhidmatan latihan, nasihat serta  Pemantauan untuk mengurangkan kes ‘Healthcare Associated Infection’, di hospital . Pengerusi Kawalan Infeksi ialah Pengarah Hospital  dan dibantu oleh Seorang Pegawai Perubatan selaku Penyelaras Kawalan  Infeksi  .

1.2    Visi  dan Misi

Visi

Memberi perkhidmatan berkualiti dengan mengutamakan keselesaan pesakit dan keselamatan anggota.

Misi

Mewujudkan masyarakat dan anggota yang sihat dengan mengambil langkah positif dalam pengawalan infeksi dan mengekalkan status kesihatan individu ditahap yang maksima.

 

1.3   Objektif Umum dan khusus

Umum

Melindungi pesakit,anggota hospital,pelawat dan individu lain dalam persekitaran hospital bagi mengelakkan berlakunya infeksi, dengan mencegah dan mengawal jangkitan nosokomial atau Healthcare associated Infection

  

Khusus.

  1. Melindungi pesakit ,anggota hospital , pelawat dan individu lain dalam persekitaran hospital bagi mengelakkan berlakunya infeksi.
  2. Memastikan garis panduan polisi dan prosedur Kawala Infeksi,antibiotik,disinfeksi dan pensterilan KKM dipatuh.
  3. Mempertingkatkan mutu kawalan infeksi,disinfeksi dan pensterilan.
  4. Pengamalan standard precaution dalam tugas harian.
  5. Mempertingkatkan pengetahuan tentang kawalan infeksi

 

  1. STRUKTUR ORGANISASI / UNIT

2.1 Carta Jawatankuasa Kawalan Infeksi Hospital Setiu.

  

2.2.  Piagam Pelanggan.

  1. Semua anggota di sarankan melakukan praktikal hand hygiene melebih 75% sasaran  yang ditetapkan.
  2. Setiap Pegawai baru yang akan bertugas di Hospital Setiu akan di beri  orientasi             kawalan infeksi dalam masa lima hari berkerja selepas melapor diri di Unit Kawalan   
  3. Setiap link nurse akan diberi kursus kawalan infeksi 1 kali dalam setahun.

 

2.3. Skop Perkhidmatan

2.3.1. Lawatan ke wad / unit.

  1. Membuat lawatan ke unit dan wad untuk memastikan semua anggota mematuhi Polisi dan Prosedur Kawalan Infeksi KKM dan
  2. Membuat teguran dan pembetulan sekiranya berlaku perlanggaran polisi oleh anggota
  3. Melakukan audit pemantauan Kawalan Infeksi di wad  dan seterusnya memberikan cadangan dan saranan pembetulan bagi setiap amalan atau masalah yang ditemui/dikenalpasti semasa melakukan pemantauan.

 

2.3.2. Mengumpul data

 

  1. Merekod kejadian kecederaan oleh Mengumpul dan merekod data-data jangkitan
  2. Tusukan jarum /kecederaan benda
  3. Merekod dan memantau kejadian/kes MRSA, ESBL, Acinetobacter dan lain-lain kes berkaitan dengan mengenalpasti punca jangkitan dan lain-lain faktor
  4. Menyediakan laporan yang lengkap berkaitan dengan perkara di atas untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Antibiotik Hospital Setiu.