
Hospital Mesra Ibadah merupakan satu konsep yang digunakan dalam pengurusan hospital untuk mencapai nilai-nilai kecemerlangan dan jati diri pada warga kerja serta memfokuskan kepada kesejahteraan pelanggan melalui penerapan dan penghayatan ibadah semasa dan selepas mendapatkan rawatan.
Hospital Mesra Ibadah bertujuan untuk memberi kesedaran melalui pendidikan kepada pesakit dan keluarga supaya sentiasa mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Kerjasama dan sokongan daripada pihak pengurusan dan warga kerja hospital dengan memberikan komitmen yang tinggi secara aktif dalam mewujudkan kesedaran tersebut bagi memudahkan pesakit beribadah.
Malahan, Hospital Mesra Ibadah juga dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan ibadah solat yang menjadi kewajipan setiap muslim sama ada ketika sihat mahupun ketika sakit atau terlantar di hospital. Hospital Mesra Ibadah dapat melahirkan para kakitangan hospital yang bukan sahaja bekerja untuk melaksanakan tugas semata-mata, malah turut menjalankan usaha dakwah dengan membantu para pesakit melaksanakan ibadah solat ketika sakit.
BERUSAHA MEMANTAPKAN KESIHATAN ROHANI DAN JASMANI
SEMOGA SOLAT DAPAT DITUNAIKAN
- Mewujudkan suasana hospital mesra ibadah.
- Membantu dalam pelaksanaan praktikal ibadah seperti bersuci dan bersolat.
- Memupuk kesedaran dalam aspek agama dan menyuntik sokongan kerohanian kepada pesakit.
- Memupuk budaya kerja yang cemerlang dalam mencari keredhaan Allah.