Klinikal

Kawalan Infeksi

Kualiti

Kerja Sosial Perubatan

LOKASI

  • Pejabat kerja sosial perubatan terletak di bersebelahan stor Perubatan  dan unit Dietetik dan Sajian

 

FUNGSI

  • Menguruskan hal-ehwal kebajikan pesakit.
  • Memberi perkhidmatan kaunseling kepada pesakit.

 

ANGGOTA KERJA 

  1. Pegawai Kerja Sosial Perubatan S 41
  2. Pembantu Hal Ehwal Agama 

Rehabilitasi

LATAR BELAKANG


Perkhidmatan Pemulihan Carakerja mula beroperasi di Hospital Besut pada 10 Jun 2013 dengan dianggotai oleh seorang Jurupulih Perubatan Carakerja U29. kerja-kerja pengurusan dan klinikal dijalankan oleh seorang Jurupulih Perubatan Carakerja U29 sewaktu itu. Perkhidmatan Pemulihan Carakerja semakin berkembang dengan pertambahan rujukan pesakit dari dalam dan luar Hospital Besut. Pesakit-pesakit yang mendapat rawatan Pemulihan Carakerja Hospital Besut meliputi penduduk Daerah Besut. Kebanyakan pesakit yang dilihat dan dirawat di sini adalah melibatkan kes-kes perubatan pediatrik, perubatan rehabilitasi, perubatan am, pembedahan am, pembedahan plastik, kardiologi, ortopedik, neurologi, geriatric, psikiatri dan psikiatri kanak-kanak.


Perkhidmatan Pemulihan Carakerja Hospital Besut beroperasi pada setiap hari bekerja untuk memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada pesakit. Pada September 2014, keanggotaan jurupulih carakerja telah ditambah dengan seorang lagi staf Jurupulih Perubatan Carakerja U29 dan seterusnya pertambahan staf Jurupulih Perubatan Carakerja U29 (Kontrak) pada julai 2021, menjadikan keanggotaan seramai 3 orang anggota bertugas.


LOKASI


Unit Pemulihan Carakerja memulakan operasi di bangunan Unit Rehabilitasi yang terletak bersebelahan dengan bangunan utama (bangunan pentadbiran dan unit farmasi).

 

VISI


Menyediakan Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang bersistematik, bertaraf antarabangsa dan mudah diperolehi di setiap peringkat sistem penjagaan kesihatan dalam meningkatkan kualiti kehidupan pelanggan.


MISI


Perkhidmatan ini diberikan oleh warga kerja yang berpengetahuan, berkemahiran dan mengamalkan nilai-nilai murni berdasarkan evidence based practice.

OBJEKTIF


 Untuk memastikan pelanggan dapat Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang selamat, tepat dan berkesan.
 Untuk menyediakan satu garis panduan bagi menyediakan Perkhidmatan Pemulihan Carakerja pada tahap optimum melalui kerjasama ahli kumpulan perawatan multidisciplinary team – MDT ke arah penjagaan pesakit secara menyeluruh.
 Untuk memastikan Pegawai / Jurupulih Carakerja sentiasa kompeten dari segi pengetahuan dan kemahiran dengan mengikuti program pembelajaran berterusan.


PIAGAM PELANGGAN

  • Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan dengan layanan yang mesra dan professional. Segala maklumat pesakit adalah dirahsiakan.
  • Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai program pemulihan yang akan dilaksanakan.
  • Setiap pelanggan akan diberi masa rawatan pemulihan dalam masa 30 minit selepas pendaftaran dan rawatan diberikan mengikut temujanji.
  • Setiap pesakit dalam yang dirujuk akan diberi perkhidmatan dalam masa 24 jam hari bekerja.
  • Setiap pesakit luar yang dirujuk akan diberi perkhidmatan dalam masa 3 hari bekerja.
  • Pesakit akan diberi laporan kemajuan kepada Pegawai Perujuk berkenaan semasa rawatan susulan mengikut keperluan.

 

FUNGSI PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN.


SKOP PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Pemulihan Carakerja disediakan untuk pesakit dalam, luar dan Klinik Kesihatan, institusi dan komuniti di agensi kerajaan. Perkhidmatan yang diberikan seperti yang disenaraikan :-
 Pemulihan Carakerja di bidang Ortopedik
o Tangan dan anggota atas
o Kecederaan saraf tunjang
o Kecederaan saraf periferi
o Musculoskeletal
o Amputasi


 Pemulihan Carakerja di bidang Psikiatri dan kesihatan mental
o Adult psychiatry
o Kanak-kanak dan remaja
o Pemulihan psikososial


 Pemulihan Carakerja di bidang Pediatrik
o Neurologi pediatrik
o Neonatal


 Pemulihan Carakerja di bidang Perubatan am
 Pemulihan Carakerja di bidang Neurologi
 Pemulihan Carakerja di bidang Pembedahan am
 Pemulihan Carakerja di bidang Neurosurgery
 Pemulihan Carakerja di bidang Kardiak

 

MODALITI RAWATAN
 Activity of daily living assessment and training.
 Instrumental activities of daily living assessment and training.
 Motor & functional assessment and training.
 Cognitive and perceptual assessment and training.
 Developmental assessment and training.
 Sensory assessment and training.
 Wheelchair assessment and training.
 Driving assessment.
 Work assessment and rehabilitation.
 Behaviour assessment and management.
 Aids and adaptation.
 Creative therapy.
 Social skill assessment and training.
 Patient’s and carer’s education.
 Play and leisure (Exploration & training).
 Relaxation therapy.
 Splint and orthotics.
 Pre school assessment and training.