Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri


01

Info Bahagian

  • Bertanggungjawab sepenuhnya dalam pengurusan, pentadbiran, perkembangan profesion dan tugasan operasi termasuk mengawal selia perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan di peringkat negeri seperti sumber manusia, latihan serta memantau indikator-indikator terpilih (key Performance Indicators) secara langsung kepada perkhidmatan kesihatan dan Lembaga Pembantu Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

 Info Unit di bahagian

  • Fungsi Unit
    • Melakasanakan penguatkuasaan Akta 180, Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977 dan Peraturan-Peraturan Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1979 dengan mempastikan Memastikan semua Penolong Pegawai Perubatan di bawah kawalan mempunyai Annual Renewal Certificate yang sah dan aktif pada awal setiap tahun.
    • Mengawal selia dan merancang keperluan sumber manusia khususnya bagi jawatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
  • Merancang dan mencadangkan agihan penempatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan mengikut perjawatan dari Bahagian Sumber dan keperluan perkhidmatan.
    • Memantau dan merancang keperluan latihan pos basik / ‘advance diploma’ dalam bidang kepakaran tertentu di kalangan Penolong Pegawai Perubatan.
    • Memantau pencapaian indikator-indikator terpilih (key Performance Indicators) yang ditetapkan oleh Lembaga Pembantu Perubatan.
    • Membuat penyeliaan perkhidmatan program Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan di fasiliti-fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik kesihatan dan klinik komuniti termasuk penempatan kader dan estet.
  • Menjalankan latihan peningkatan Pembantu Perawatan Kesihatan Tahap 1 dan Tahap 2.
  • Menyelaras Jawatankuasa Penyelidikan bagi mendorong, membimbing, merangka dan menentukan agenda penyelidikan bidang Penolong Pegawai Perubatan, dan membuat analisis kajian melalui ‘health system research’.
    • Menyelaras program audit klinikal perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan.
    • Menyelaras Program Penempatan Wajib (PPW) bagi Penolong Pegawai Perubatan Lantikan Baru KKM berdasarkan Pekeliling KPK Bil. 10/2007).