Bahagian Kesihatan Awam


1.  Bagaimanakah caranya saya ingin mengetahui status HIV saya ?

  • Pihak tuan boleh melakukan saringan HIV tanpa nama di semua Klinik Kesihatan seluruh Terengganu di mana kami akan menjalankan ujian tersebut tanpa mengambil biodata tuan. Keputusan akan diberitahu segera dan kaunseling akan diberikan sebelum dan selepas ujian dibuat.
  1. Apakah faktor-faktor risiko yang menyebabkan seseorang perlu menjalani ujian saringan HIV ?
  • Antara faktor-faktor risiko tersebut adalah penagih dadah yang menggunakan jarum, mendapatkan perkhidmatan seks dari pelacur atau mereka yang berisiko, mengamalkan gaya hidup seperti Lesbian dan Gay, pasangan mereka yang dijangkiti HIV dan mereka yang terdedah luka kepada mereka yang dijangkiti HIV.
  1. Adakah penyakit HIV boleh dirawat ?
  • Tidak. Masih tiada ubat bagi rawatan penyakit HIV bagi mereka yang dijangkiti. Pada masa ini hanya terdapat rawatan yang memanjangkan jangka hayat seseorang dengan melambatkan proses jangkitan HIV kepada AIDS iaitu dengan pemberian Anti-retroviral (ARV).
  1. Bagaimanakah untuk mendapatkan rawatan ARV bagi mereka yang dijangkiti HIV?
  • Mereka perlu menjalani ujian pengesahan dan mereka akan dirujuk kepada doktor pakar di hospital atau klinik kerajaan. Pada masa ini hanya rawatan barisan pertama sahaja akan diberikan percuma kepada pesakit Warga Malaysia.
  1. Apakah penyakit Demam Denggi boleh diubati ?
  • Penyakit Demam Denggi adalah disebabkan oleh sejenis virus iaitu virus denggi. Buat masa ini tiada ubat yang khusus yang boleh diberikan bagi mengubati penyakit ini. Rawatan yang dapat diberikan hanyalah ditujukan kepada tanda-tanda dan komplikasi seperti ubat demam, ubat tahan sakit, masukkan air melalui salur pembuluh dan sebagainya. Oleh itu, langkah yang terbaik adalah mencegahnya iaitu dengan menghapuskan nyamuk aedes dan mengelakkan diri daripada digigit oleh nyamuk aedes.
  1. Apakah ada vaksin bagi mencegah Demam Denggi ?
  • Buat masa ini masih belum ada vaksin yang dapat dicipta. Walau bagaimanapun, beberapa syarikat sedang membuat kajian dalam pengujudan vaksin denggi.
  1. Kenapa semburan kabus kelihatan kurang berkesan di dalam menangani masalah demam denggi?
  • Semburan kabus hanya akan membunuh nyamuk dewasa. Ia tidak akan membunuh telur dan larva aedes. Telur akan menetas menjadi larva dan larva akan menjadi dewasa hanya dalam masa 1 minggu. Oleh itu, jalan yang terbaik adalah mencari dan memusnahkan semua tempat pembiakan nyamuk aedes di sekitar rumah kita. Jika tempat tersebut tidak boleh dimusnahkan, gunalah ubat jentik-jentik seperti abate untuk membunuh jentik-jentik. Jika semua orang menjalankan aktiviti cari dan musnah setiap minggu, demam denggi tidak lagi akan menjadi masalah utama kita.

8.Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

  •  BAHAGIAN KESIHATAN AWAM,

JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU,

TINGKAT 5, WISMA PERSEKETUAN,

JALAN SULTAN ISMAIL,

20920, KUALA TERENGGANU.

NO.TEL : 096222866