Bahagian Pergigian


01

Unit Pengurusan Strategik Kesihatan Pergigian

Epidemiologi & Penyelidikan Kesihatan Pergigian

  • Bertanggungjawab untuk mengenalpasti kajian-kajian kesihatan pergigian di peringkat negeri untuk menghasilkan bukti (evidence-based) melalui penemuan kajian terhadap keperluan penggubalan dasar yang baru di samping penambahbaikan dasar sedia ada

Perkembangan Profesion Kesihatan Pergigian

  • Bertanggungjawab dalam urusan dasar dan pembangunan profesion serta modal insan personel pergigian bagi meningkatkan taraf profesion pergigian serta pengetahuan dan kemahiran warga pergigian melalui pembelajaran sepanjang hayat. 

Pembangunan dan Perkembangan Fasiliti Kesihatan Pergigian

  • Bertanggungjawab untuk memantau secara menyeluruh perkembangan fasiliti Kesihatan Pergigian baru dan memantau pengurusan fasiliti sediada termasuk infrastruktur dan peralatan berat. Senarai fasiliti dan peralatan berat perlu mengikut piawaian dan garis panduan berdasarkan keperluan semasa.

02

Unit Penjagaan Kesihatan Pergigian

Promosi Kesihatan Pergigian

  • Berperanan merancang hala tuju dan mengenalpasti usaha dan strategi mempromosi kesihatan pergigian melalui pemasaran maklumat kesihatan bagi peningkatan kualiti hidup rakyat serta mengendalikan usaha memantapkan smart partnership dengan semua agensi yang terlibat.

Penjagaan Kesihatan Pergigian Primer

  • Bertanggungjawab merancang hala tuju dan mengenalpasti usaha dan strategi untuk meningkatkan kesihatan Pergigian primer melalui program dan aktiviti kesihatan pergigian primer serta kolaborasi dengan semua agensi yang terlibat.

Penjagaan Kesihatan Pergigian Kepakaran

  • Bertanggungjawab merancang dan menentukan dasar penjagaan kesihatan pergigian kepakaran untuk Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia. Cawangan ini juga memastikan perancangan perkhidmatan kepakaran bersesuaian dengan perkembangan fasiliti pergigian dan teknologi.

Penjagaan Kesihatan Pergigian Masyarakat

  • Berperanan dalam merancang hala tuju dan mengenalpasti usaha dan strategi untuk meningkatkan kesihatan  pergigian masyarakat melalui program dan aktiviti kesihatan pergigian masyarakat serta mengendalikan usaha memantapkan kolobrasi dengan semua agensi yang terlibat.

03

Unit Amalan & Perkembangan Kesihatan Pergigian

Akreditasi Dan Globalisasi Kesihatan Pergigian

  • Bertanggungjawab untuk memastikan kualiti Program Ijazah Sarjana Muda Pergigian Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan agar graduan pergigian yang dihasilkan adalah kompeten untuk menjalankan amalan pergigian secara selamat dan berkualiti. 

 Amalan Kesihatan Pergigian Dan Auksiliari

  • Bertanggungjawab mengendalikan semua urusan berkaitan perjawatan, kemajuan kerjaya dan kebajikan anggota pergigian profesional dan auksiliari iaitu Pegawai Pergigian Pakar, Pegawai Pergigian, Juruterapi Pergigian, Juruteknologi Pergigian dan Pembantu Pembedahan Pergigian.

 Perundangan Dan Penguatkuasaan Kesihatan Pergigian

  • Bertanggungjawab untuk memastikan pengamalan pergigian dijalankan mengikut undang-undang yang sedia ada, klinik pergigian swasta didaftarkan mengikut kriteria yang ditetapkan, pemeriksaan keselamatan dan kesihatan dijalankan dan Patient Safety Goals dicapai di fasiliti-fasiliti pergigian di bawah KKM. 

 Kualiti Kesihatan Pergigian

  • Memastikan semua inisiatif kualiti KKM yang berkaitan dilaksanakan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang selamat dan berkualiti. Inisiatif kualiti Program Pergigian merangkumi inisiatif kualiti teknikal dan inisiatif kualiti pengurusan. Unit ini juga bertanggungjawab merancang, menyelaras, memantau dan melapor pelaksanaan dan pencapaian aktiviti inisiatif kualiti peringkat negeri.

04

Unit Pengurusan Kesihatan Pergigian

Unit Pentadbiran

  • Bertanggungjawab dalam menguruskan segala urusan yang berkaitan pembaikan, penyelengaraan bangunan, kenderaan dan kemudahan, mentadbir urus keselamatan perlindungan, pengurusan surat menyurat dan fail jabatan, urusan anugerah, pingat dan darjah kebesaran dan menguruskan permohonan-permohonan (memiliki tanah kerajaan/saham/hadiah/keluar negara/tuntutan telefon mudah alih ) 

Unit Sumber Manusia

  • Bertanggungjawab dalam menguruskan dan melaksana hal-hal berkaitan tatatertib dan keutuhan/integriti, pelaksanaan MBJ, mesyuarat PPSM, melaksanakan urusan pengiktirafan (APC) kepada anggota dan naziran sumber manusia, HRMIS, menyediakan ABM tahunan dan menguruskan hal-hal perkhidmatan anggota di Bahagian Pergigian JKNT

Unit Kewangan

  • Bertanggungjawab dalam menyediakan belanjawan tahunan, laporan pemeriksaan bajet setengah tahun, menguruskan waran peruntukan, kutipan terimaan hasil/amanah/deposit, mengadakan mesyuarat JPKA, menguruskan penyediaan SG20 dan bayaran gaji anggota, menguruskan semua jenis pembayaran, elaun dan tuntutan dan mengawal perbelanjaan PWR.