03

Unit Surveilan Keselamatan Makanan

Pengenalan Unit

  • Unit Surveilan merupakan komponen penting bagi menyokong pembentukan dasar keselamatan makanan. Pemantauan dan penyelidikan ke atas isu keselamatan makanan amat perlu dijalankan bagi mendapatkan data asas untuk membentuk pengkalan data mengenai status pencemaran makanan di negara ini. Dengan pelbagai ancaman baru terhadap makanan seperti penggunaan bioteknologi, antibiotik, pembungkusan makanan dan lain-lain lagi. Isu dan masalah berkaitan keselamatan makanan semakin mencabar dan kompleks, di mana maklumat berasaskan sains terutama diperolehi melalui penyelidikan atau kajian.

Objektif Unit

  • Unit Surveilan bertujuan untuk menjalankan pemantauan dan penyelidikan terhadap isu-isu yang timbul berkaitan dengan keselamatan makanan bagi menyokong pembentukan Dasar Keselamatan Makanan Negara.

Fungsi Unit

  • Unit Surveilan berfungsi untuk menjalankan program pemantauan dan penyelidikan berkaitan dengan isu-isu keselamatan makanan. Unit ini juga membantu menyelaras kajian berhubung dengan keselamatan makanan. Selain itu, unit ini turut mengumpul dan menjalankan analisis terhadap data pensampelan makanan dan mengeluarkan laporan berkaitan.

Aktiviti Unit

  • Merancang dan menyelaras projek-projek pemantauan nasional yang dicadangkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan berdasarkan isu-isu semasa.
  • Merancang dan menyelaras projek-projek pemantauan spesifik yang dicadangkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.
  • Mengumpul dan menganalisis data-data pemantauan dan kajian yang berkaitan keselamatan makanan.
  • Menyelaras pelaksanaan projek Total Diet Study (TDS).