01

Unit Kawalan Eksport, Pembangunan Industri & Pensijilan

Pengenalan Unit

  • Unit ini ditubuhkan bagi memantapkan aktiviti merancang, melaksanan, memantau dan menilai Program Keselamatan dan Kualiti Makanan di industri makanan terutamanya di Terengganu bagi melindungi orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyimpanan, penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan makanan; serta memudahkan perdagangan makanan.

Objektif Unit

  • Untuk memastikan barangan makanan yang akan digunakan dalam pasaran tempatan dan eksport adalah selamat dimakan dan berkualiti.
  • Untuk memastikan barang makanan untuk dieksport mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh peraturan makanan negara pengimport.
  • Untuk memastikan sesuatu makanan tersebut adalah bebas dijual di Malaysia dan mematuhi kehendak-kehendak Akta Makanan dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.
  • Untuk memudahkan industri makanan di Terengganu mendapat pengiktirafan keselamatan makanan mengikut tahap pematuhan kepada Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 secara berperingkat.

Fungsi Unit

  • Merancang, memantau dan menilai aktiviti pembangunan kilang.
  • Memberi khidmat nasihat kepada pihak industri mengenai Sistem Jaminan Keselamatan Makanan.
  • Melaksanakan Skim Pensijilan Keselamatan Makanan.
  • Mengeluarkan Sijil Eksport (Sijil Kesihatan/Sijil Penjualan Bebas).

Aktiviti Unit