Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kualiti makanan melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan bagi seluruh Negeri Terengganu. Perlaksanaan ini mengikut peruntukan, prosedur dan kod amali yang ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985, Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Peraturan Makanan (Pengeluaran Sijil Kesihatan bagi Eksport Ikan dan Hasilan Ikan ke Kesatuan Eropah) 2009, Akta Juruanalisis Makanan 2011 dan Peraturan-Peraturan Iradiasi Makanan 2011 atau mengikut keperluan masyarakat.
Skop aktiviti program Bahagian merangkumi promosi keselamatan makanan, khidmat nasihat kepada industri makanan, pendidikan pengguna, pemeriksaan makanan, persampelan, analisa makanan dan penguatkuasaan.
Bahagian ini dipertanggungjawabkan untuk merancang, melaksana, memantau dan menilai Program Keselamatan dan Kualiti Makanan yang dilaksanakan di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah.
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah bertujuan melindungi orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyimpanan, penyediaan, pemprosesan pembungkusan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan makanan; serta memudahkan perdagangan makanan.
Dari aspek operasi, Bahagian ini berpusat di Tingkat 2, Kuala Terengganu Business Centre (KTBC), Kuala Terengganu manakala Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Terengganu beroperasi di Bukit Tunggal, Kuala Nerus, Terengganu.
Bahagian ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) dan beliau bertanggungjawab kepada Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu. Dari aspek pentadbiran, bahagian terbahagi kepada tujuh unit utama iaitu :
Manakala terdapat lapan pejabat kesihatan yang mempunyai lapan unit keselamatan dan kualiti makanan
Objektif Am
Objektif am Program Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah untuk melindungi orang ramai daripada bahaya-bahaya kesihatan daripada makanan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan, penyelidikan dan penggunaan makanan.
Objektif Khusus
Objektif khusus Program Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah:
iii. Menentukan supaya kandungan semua bahan makanan yang diimport ke negara ini adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.