FAQ Bahagian Pengurusan

1.  Apakah dokumen yang diperlukan untuk tujuan pengesahan lantikan?

Dokumen yang diperlukan untuk tujuan pengesahan lantikan adalah :

  •  Surat Setuju Terima Pelantikan (6A)
  • Surat Akuan Sumpah (6B)
  • Surat Aku Janji
  • Surat Akuan Doktor
  • Penyata Perubahan (Kewangan 8) dan
  • Sijil Tapisan Keselamatan bagi kumpulan jawatan yang disyaratkan
  1. Bilakah saya boleh disahkan dalam perkhidmatan ?

Seseorang pegawai awam layak untuk disahkan dalam perkhidmatan setelah :

  • Berjaya menjalani tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun
  • Hadir dengan jayanya Kursus Induksi Umum dan Khusus
  • Lulus Peperiksaan Perkhidmatan yang ditetapkan dan
  • Mendapat sokongan atau diperakukan oleh Ketua Jabatan
  1. Adakah pegawai yang menghadiri kursus pada hari Sabtu/Ahad/Kelepasan Am layak memohon cuti gantian ?
  • Tidak layak.

 4. Apakah jenis cuti kerana perkhidmatan yang layak dipohon oleh pegawai awam?

  • 3 jenis cuti kerana perkhidmatan adalah Cuti Rehat, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji.

 5. Saya baru pertama kali dilantik sebagai penjawat awam. Bolehkah saya menuntut tambang perjalanan dari rumah ke tempat saya diarah bertugas ?

  • Boleh, dari rumah kediaman ke tempat pegawai diarah bertugas seperti di perenggan 13 Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003.

6.Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

  • BAHAGIAN PENGURUSAN,

JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU,

TINGKAT 5, WISMA PERSEKETUAN,

JALAN SULTAN ISMAIL,

20920, KUALA TERENGGANU.

NO.TEL : 096222866