BKKM - Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan

BACK

07

Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan

MKKM Terengganu berperanan dalam memberi perkhidmatan analisis makanan yang cekap dan berkualiti bagi menyokong aktiviti di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan Program Keselamatan dan Kualiti Makanan.

Perkhidmatan analisis makanan ini melibatkan pensampelan bagi tujuan pengawasan untuk melindungi orang ramai dari bahaya kesihatan, penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan mengikut Akta Makanan 1983 dan dan keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh negara pengimport.


 Makmal ini telah diwartakan di bawah Akta Makanan 1983 dan semua juruanalisis makanan di makmal adalah berdaftar dengan Akta Juruanalisis Makanan 2011. Bagi menjamin keputusan analisis yang dikeluarkan oleh makmal adalah keputusan yang konsisten dan berkualiti, makmal ini telah mendapat pengiktirafan ISO/IEC 17025 dengan nombor Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) 340 oleh Jabatan Standard Malaysia.

 

Piagam Pelanggan
  Memastikan laporan keputusan analisis yang berkualiti dikeluarkan mengikut Laboratory Turn Around Time (LTAT) yang ditetapkan:

Analisis Sampel

TAT (hari)

Mikrobiologi

14

Kimia

30

Tahan Uji Lepas

Sila rujuk http://fsq.moh.gov.my/

 KEUPAYAAN MAKMAL KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN TERENGGANU

MIKROBIOLOGI MAKANAN

Analisis: Indikator, Patogenik dan AMR

Instrumen: -

RESIDU RACUN PEROSAK

Analisis: Organofosforus dan Dithiocarbamate

Instrumen: GC with detector FPD and GC Mass Spectrometry 

ADITIF

Analisis: Pengawet, Pemanis Tanpa Zat dan Pewarna Makanan

Instrumen: HPLC with Diode Array Detector

RESIDU DADAH VETERINAR

Analisis: Antibakterial, Nitrofuran, Lasalocid, Chloramphenicol, Enrofloxacin dan Phosphodiesterase-5

Instrumen: HPLC with Diode Array Detector and Fluorescence Detector  

PERCEMARAN INDUSTRI DAN PERSEKITARAN MAKANAN 

Analisis: Logam Berat (Plumbum dan Kadmium)

Instrumen: Atomic Absorption Spectrometry

PEMBUNGKUSAN/FOOD CONTACT MATERIAL

Analisis: Migrasi Plumbum dan Kadmium Daripada Barangan Seramik

Instrumen: Atomic Absorption Spectrometry

 Keupayaan makmal penuh dan terkini sila rujuk http://fsq.moh.gov.my/

Continue reading

BKKM - Unit Penguatkuasaan & Perlesenan

BACK

06

Unit Penguatkuasaan & Perlesenan

Pengenalan Unit

  • Unit Penguatkuasaan dan Pelesenan memastikan setiap pengusaha dan pengendali makanan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya. Selain itu, unit ini juga ditugaskan untuk menyelaras permohonan perlesenan bagi industri Ais, Air Minuman Berbungkus (AMB), Air Mineral Semulajadi (AMS) dan Mesin Jual Air.

Fungsi Unit Penguatkuasaan & Perlesenan

  • Merancang dan Menyelaras aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya
  • Menguruskan isu-isu keselamatan makanan diperingkat domestic
  • Memantau tahap pematuhan kepada standard di peringkat domestic
  • Memantau tahap kebersihan premis makanan

Aktiviti Unit

Pemeriksaan dan Penutupan Premis Makanan

  • Pemeriksaan premis makanan merupakan aktiviti rutin bagi memastikan tahap kebersihan premis berada pada tahap yang baik dan keselematan makanan terjamin. Sejajar dengan pewartaan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, semua premis makanan diwajibkan mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian (http://fosimdomestic.moh.gov.my).

Pensampelan Makanan

  • Pensampelan makanan dijalanka bagi memastikan makanan yang disediakan atau dijual di Malaysia adalah selamat dan mematuhi kehendak Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Perlesenan

  • 4 lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu
  • Lesen Ais
  • Lesen Punca Air Minuman Berbungkus
  • Lesen Punca Air Mineral Semulajadi
  • Lesen Mesin Jual Air
  • GP Ais - Hyperlink ke GP
  • GP AMB & AMS - Hyperlink ke GP
  • GP MJA - Hyperlink ke GP

Continue reading

BKKM - Unit Komunikasi dan Kepenggunaan

BACK

05

Unit Komunikasi dan Kepenggunaan

Pengenalan Unit

Unit ini berperanan dalam menjalankan  aktiviti promosi bagi meningkatkan kesedaran orang awam terhadap kepentingan dalam menjaga keselamatan dan kualiti makan. Selain itu, unit ini berperanan dalam mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan disamping meningkatkan “visibility” bahagian kepada masyarakat.

Fungsi Unit Komunikasi dan Kepenggunaan

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti promosi keselamatan dan kualiti makanan mengikut arus peredaran zaman
  • Menerima dan menyelaras aduan dan pertanyaan berkaitan dengan keselamatan dan kualiti makanan
  • Merancang dan menerbitkan bahan-bahan promosi keselamatan dan kualiti makanan

Aktiviti Unit

  • Germ Buster di Sekolah
  • Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia setiap 7 Julai
  • Penghasilan video dan infografik untuk dimuatnaik ke media social
  • Karnival Keselamatan Makanan

Continue reading

BKKM - Unit Industri Domestik

BACK

04

Unit Industri Domestik

  • Pengenalan Unit

Unit Industri Domestik menjalankan aktiviti yang berkaitan pembangunan industri makanan domestik. Unit ini berperanan membangunkan garis panduan terhadap industri makanan domestik di sepanjang rantaian makanan. Setelah sesuatu garis panduan dimuktamadkan, aktiviti tersebut akan diserahkan kepada unit yang berkaitan.

Fungsi Unit Industri Domestik

  • Merancang, melaksana dan memantau aktiviti pembangunan industri makanan
  • Melaksanakan kawalan keselamatan makanan disepanjang rantaian makanan
  • Melaksanakan garis panduan dan procedure yang dibangunkan oleh Ibu Pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di peringkat domestik

Aktiviti Unit

  • Menjalankan pensijilan Trust My Catering (TMC) kepada Katerer Makanan
  • Menjalankan pendaftaran My FoodTag (MFT) kepada industri makanan
  • Membangunkan aktiviti kawalan terhadap industri makanan di rumah (Home Based) bersama Ibu Pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
  • GP TMC - Hyperlink ke GP
  • GP MFT - Hyperlink ke GP
  • Database pemegang TMC - Hyperlink ke GP
  • Database pemegang MFT - Hyperlink ke GP

Continue reading

BKKM - Unit Surveilan Keselamatan Makanan

BACK

03

Unit Surveilan Keselamatan Makanan

Pengenalan Unit

  • Unit Surveilan merupakan komponen penting bagi menyokong pembentukan dasar keselamatan makanan. Pemantauan dan penyelidikan ke atas isu keselamatan makanan amat perlu dijalankan bagi mendapatkan data asas untuk membentuk pengkalan data mengenai status pencemaran makanan di negara ini. Dengan pelbagai ancaman baru terhadap makanan seperti penggunaan bioteknologi, antibiotik, pembungkusan makanan dan lain-lain lagi. Isu dan masalah berkaitan keselamatan makanan semakin mencabar dan kompleks, di mana maklumat berasaskan sains terutama diperolehi melalui penyelidikan atau kajian.

Objektif Unit

  • Unit Surveilan bertujuan untuk menjalankan pemantauan dan penyelidikan terhadap isu-isu yang timbul berkaitan dengan keselamatan makanan bagi menyokong pembentukan Dasar Keselamatan Makanan Negara.

Fungsi Unit

  • Unit Surveilan berfungsi untuk menjalankan program pemantauan dan penyelidikan berkaitan dengan isu-isu keselamatan makanan. Unit ini juga membantu menyelaras kajian berhubung dengan keselamatan makanan. Selain itu, unit ini turut mengumpul dan menjalankan analisis terhadap data pensampelan makanan dan mengeluarkan laporan berkaitan.

Aktiviti Unit

  • Merancang dan menyelaras projek-projek pemantauan nasional yang dicadangkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan berdasarkan isu-isu semasa.
  • Merancang dan menyelaras projek-projek pemantauan spesifik yang dicadangkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.
  • Mengumpul dan menganalisis data-data pemantauan dan kajian yang berkaitan keselamatan makanan.
  • Menyelaras pelaksanaan projek Total Diet Study (TDS).

Continue reading