Bahagian Farmasi


01

Cawangan Pengurusan Farmasi

Cawangan Pengurusan Farmasi bertanggungjawab dalam memastikan sistem organisasi yang efektif dan responsif ke arah kelestarian perkhidmatan yang berkualiti.

Cawangan ini mempunyai tiga (3) seksyen dan dua (2) unit iaitu:

 Seksyen Pembangunan Profesion Farmasi

  1. Merancang keperluan sumber manusia farmasi.
  2. Merancang dan memantau latihan anggota farmasi
  3. Merancang penempatan dan pengisisan anggota farmasi secara optima
  4. Merancang dan memantau aktiviti CPD bagi meningkatkan kompetensi anggota farmasi

 Seksyen R&D dan Kualiti Farmasi

  1. Meningkatkan dan memantau kualiti kajian dan penyelidikan farmasi.
  2. Menyelaras dan memantau sistem kualiti perkhidmatan farmasi seperti KPI, QAP, Piagam Pelanggan, SSR, EKSA, ISO peringkat JKN dan KKM
  3. Merancang dan melaksanakan program pembudayaan kualiti anggota.
  4. Meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti melalui amalan GGM

 Seksyen Infrastruktur & Informatik Farmasi

  1. Menyelaras dan memantau pembangunan infrastruktur di fasiliti Farmasi
  2. Menyelaras pembangunan dan pelaksanaan PhIS/CPS di fasiliti farmasi
  3. Menyelaras, merancang dan melaksanakan latihan ICT dan PhIS/ CPS bagi anggota farmasi.
  4. Menyelaras, merancang dan melaksanakan keperluan prasarana, keselamatan, penyelanggaraan peralatan, PhIS/CPS di fasiliti farmasi

Unit Kewangan

  1. Menguruskan permohonan peruntukan dan semua urusan perolehan serta kewangan BPFNT.
  2. Menyelaras dan menyediakan laporan-laporan Kewangan.

Unit Pentadbiran 

  1. Menguruskan aktiviti berkaitan perkhidmatan kakitangan, HRMIS, pengurusan aset, stor, surat dan fail di BPFNT.
  2. Menguruskan permohonan kenderaan dan mengatur jadual pemandu.

02

Cawangan Amalan & Perkembangan Farmasi

Cawangan Amalan dan Perkembangan (A&P) Farmasi merupakan perkhidmatan sokongan teknikal di bawah Aktiviti Rawatan Perubatan (Hospital) dan Aktiviti Penjagaan Kesihatan Asas dan Pembangunan Kesihatan Keluarga (Kesihatan Awam).

Cawangan ini merangkumi tiga (3) seksyen iaitu:

Seksyen Penjagaan Farmaseutikal

  1. Menyelaras dan memantau pelaksanaan aktiviti penjagaan farmaseutikal di hospital dan klinik kesihatan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang optima dan berkualiti demi meningkatkan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan rakyat.
  2. Menyelaras aktiviti berkaitan keselamatan pengubatan dan Audit Dalam Amalan Farmasi bagi membolehkan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang selamat dan berkesan di fasiliti bawah seliaan.

Seksyen Pengurusan Logistik

  1. Menyelaras dan memantau aktiviti berkaitan Pengurusan Farmasi Logistik bagi peruntukan, perbelanjaan dan kedudukan semasa inventori yang terlibat untuk memastikan semua hospital & klinik kesihatan dapat memberikan perkhidmatan serta bekalan ubat yang mencukupi, selamat dan berkesan kepada pesakit secara berterusan.

Seksyen Penggunaan Ubat Berkualiti

  1. Menyelaras, merancang, memantau dan menganalisis perlaksanaan aktiviti berkaitan penggunaan ubat secara berkualiti kepada pengguna dan healthcare provider bagi memastikan peningkatan penjagaan kesihatan rakyat sejajar dengan dasar kesihatan negara.

 

03

Cawangan Penguatkuasaan Farmasi

Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Terengganu (CPF Terengganu) bertanggungjawab dalam menguatkuasakan lima akta yang mengawal aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan urusan perdagangan, amalan dan kawalan ubat-ubatan dan bahan kimia terkawal. Akta-akta tersebut ialah:

  1. Akta Racun 1952
  2. Akta Jualan Dadah 1952
  3. Akta Dadah Berbahaya 1952
  4. Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956
  5. Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951

serta peraturan-peraturan yang dibuat di bawah akta-akta berkenaan.

Terdapat empat seksyen dibawah CPF Terengganu iaitu Seksyen Pelesenan, Seksyen Perisikan & Operasi, Seksyen Siasatan & Pendakwaan serta Seksyen Kawalan Iklan & Perkembangan Penguatkuasaan Farmasi. Fungsi bagi setiap seksyen adalah seperti berikut:

Seksyen Pelesenan

  • Unit Pelesenan
  1. Memproses permohonan lesen dan permit di bawah Akta Racun 1952.
  2. Menjalankan pemeriksaan khas ke atas pengimport & pengedar bahan prekursor.
  3. Memberi konsultasi dan nasihat berkaitan pelesenan racun berjadual kepada “stakeholders” mengikut undang-undang yang dikuatkuasakan.
  • Unit Pemeriksaan
  1. Menjalankan pemeriksaan ke atas premis berlesen dan premis berdaftar (klinik/ hospital swasta).
  2. Menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang mengendali/ berurusniaga dengan produk farmaseutikal dan kosmetik agar mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan.

 Seksyen Perisikan & Operasi

  • Unit Aduan
  1. Mengendalikan aduan awam berkaitan perlanggaran undang-undang yang dikuatkuasakan.
  2. Menjalankan persampelan produk di pasaran bagi memasti keselamatan penggunaannya.
  •  Unit Perisikan
  1. Menjalankan risikan ke atas aduan/ maklumat berkaitan perlanggaran undang-undang yang dikuatkuasakan.
  • Unit Siber Farmaseutikal
  1. Menyaring & memantau aktiviti siber farmaseutikal yang melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan.
  2. Menyalurkan maklumat tentang laman web dan platform e-dagang yang berkaitan kepada Cawangan Forensik Farmasi, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM bagi tujuan sekatan.
  • Unit Operasi
  1. Menjalankan operasi serbuan ke atas premis/ individu yang disyaki melanggar undang-undang
  2. Menjalankan pemeriksaan khas ke atas bahan terkawal farmaseutikal & bahan psikotropik

 Seksyen Siasatan & Pendakwaan

  • Unit Siasatan 
  1. Menjalankan siasatan bagi kes-kes yang melanggar peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan.
  • Unit Pengurusan Ekshibit
  1. Mengurus & menyelenggara bilik ekshibit dengan memastikan ekshibit selamat dan rantaian keterangan dipelihara.
  • Unit Pendakwaan
  1. Mengendalikan kes pendakwaan & perbicaraan di mahkamah.
  2. Mengurus & menyelia kes etika pengamal di bawah jurisdiksi pertubuhan professional.

 Seksyen Kawalan Iklan & Perkembangan Penguatkuasaan Farmasi

  • Unit Kawalan Iklan
  1. Menyaring & memantau penyiaran iklan perubatan dan perkhidmatan perubatan.
  2. Menjalankan siasatan kes perlanggaran Akta  Ubat (Iklan & Penjualan) 1956.
  • Unit Perkembangan Penguatkuasaan Farmasi
  1. Membantu Ketua CPF Terengganu dalam penyelarasan aktiviti pengurusan dan perkembangan penguatkuasaan farmasi meliputi sumber manusia, latihan, peruntukan dan input mesyuarat.
  2. Menyedia & menyelaras laporan QAP dan KPI.
  3. Menyelenggara data & statistik bagi aktiviti penguatkuasaan farmasi.
  4. Menjalankan aktiviti R&D dan kajian seperti kajian QA, inovasi dan lain – lain.
  5. Mengadakan aktiviti kesedaran kepada stakeholders & pihak dikawal.