Bahagian Pergigian


1. Apa perlu saya buat untuk mencegah terjadinya karies gigi atau gigi berlubang?

  • memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan menggunakan ubat gigi berflourida. Paling penting berus gigi sebelum tidur.
  • gunakan floss gigi atau benang gigi untuk membersihkan sisa-sisa makanan di celah-celah gigi.
  • kawal pengambilan gula dalam makanan dan minuman.
  • berkumur-kumur selepas makan untuk menghilangkan sisa-sisa makanan.
  • lakukan pemeriksaan kesihatan mulut setahun sekali.

 2. Kenapa gusi saya berdarah apabila memberus gigi ?

  • Gusi berdarah menandakan adanya penyakit gusi. Penyakit gusi ini boleh diatasi dengan menyingkirkan plak dan karang gigi melalui berus gigi yang betul dan penggunaan benang gigi.

 3. Bagaimana menghindari bau mulut ?

  • minum air minimal 8 gelas sehari.
  • banyakkan makan buah-buahan dan sayuran.
  • pastikan makan makanan seimbang.
  • jangan merokok.
  • memberus gigi secara teratur.
  • jangan lupa memberus lidah semasa memberus gigi.
  • lakukan pemeriksaan kesihatan mulut setahun sekali.

 4. Bagaimana karies botol susu terjadi dan apakah langkah-langkah yang perlu diambil?

  • Karies botol susu adalah kerosakan gigi pada kanak-kanak akibat dari penyusuan. Masalah kerosakan gigi ini disebabkan bayi atau kanak-kanak dibiarkan tidur dengan menghisap susu, air manisan atau air soda. Tindakbalas cairan ini dengan bakteria di dalam mulut akan menghasilkan asid yang akan merosakkan gigi.
  • Karies botol susu biasanya terjadi pada gigi hadapan atas. Gigi akan bertukar menjadi warna coklat atau kehitaman. Jika dibiarkan berterusan akan menimbulkan kesakitan, kesukaran mengunyah, mengganggu pertuturan dan emosi kanak-kanak.
  • Karies botol susu ini boleh dicegah dengan langkah-langkah berikut :

- jangan biarkan bayi tertidur dengan botol mengandungi susu di dalam mulut.

- jangan mencampurkan gula atau air manisan dalam susu.

- hentikan penggunaan botol pada kanak-kanak secara berperingkat.

- bersihkan gigi bayi selepas makan dengan tuala atau kain lembut dan bersih.

- bawa berjumpa doktor apabila berusia 2-3 tahun.

 5.Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

  • BAHAGIAN PERGIGIAN,

JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU,

TINGKAT 5, WISMA PERSEKETUAN,

JALAN SULTAN ISMAIL,

20920, KUALA TERENGGANU.

NO.TEL : 096222866