Info Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu adalah cawangan Kementerian Kesihatan Malaysia di peringkat negeri berfungsi sebagai Ibu Pejabat Pentadbiran Perkhidmatan Kesihatan untuk seluruh Negeri Terengganu. Pejabat utama jabatan ini terletak di Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Sultan Ismail, 20920 Kuala Terengganu manakala Bahagian Perkhidmatan Pergigian terletak di Tingkat 1, bangunan yang sama dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi terletak di Tingkat 8, Menara Yayasan Islam Terengganu, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu.

Beberapa unit dari Bahagian Pengurusan dan Bahagian Kesihatan Awam di Bangunan Kuala Terengganu Business Center, Padang Hiliran. Di samping itu tiga unit dari Bahagian Kesihatan Awam iaitu Pejabat Kawalan Penyakit Bawaan Vektor terletak di kawasan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, Unit Pendidikan Kesihatan terletak di kawasan Klinik Kesihatan Seberang Takir, Kuala Terengganu dan Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan terletak di kawasan Klinik Kesihatan Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.