FAQ Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Negeri Terengganu 2021


Soalan 1:

FAQ UJIAN SARINGAN HIV PRA PERKAHWINAN NEGERI TERENGGANU 2021

Bakal pengantin lelaki telah membuat ujian saringan HIV sebelum 1.1.2021 menggunakan borang lama, manakala bakal pengantin perempuan pula telah membuat ujian saringan HIV selepas 1.1.2021 menggunakan borang baharu..Adakah bakal pengantin lelaki perlu ulangi ujian saringan HIV semula?

Jawapan 1:

  • TIDAK
  • Namun, adalah digalakkan untuk bakal pengantin lelaki menjalani kaunseling praperkahwinan bersama dengan pengantin
  • Tidak menjadi masalah dan digalakkan sekiranya bakal pengantin lelaki mengulangi ujian saringan HIV tersebut

Soalan 2:

Bakal pengantin membawa borang ujian saringan HIV praperkahwinan yang berlainan dengan yang telah dikuatkuasakan. Bolehkah menggunakan borang yang dibawa oleh bakal pengantin tersebut ?

Jawapan 2:

  • TIDAK
  • Pegawai Perubatan hanya perlu mengisi borang saringan Ujian HIV yang diarahkan oleh KKM sahaja bermula 1 Januari 2021 iaitu ‘Borang Permohonan Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan KKM/ HIV/ SPP01/09 01/2020’

Soalan 3:

Adakah kad rawatan bakal pengantin tersebut dibenarkan dibawa pulang setelah saringan dilakukan?

Jawapan 3:

  • ..hanya borang permohonan ujian saringan yang telah ditandatangani oleh Pengamal Perubatan sahaja yang akan diserahkan kepada bakal pengantin.
  • Kad rawatan bakal pengantin tidak dibenarkan dibawa pulang dan perlu disimpan di klinik kesihatan sebagai bukti dokumentasi bersama dengan 1 salinan Borang Permohonan Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan

Soalan 4:

Apakah yang akan berlaku sekiranya ujian saringan HIV reaktif?

Jawapan 4:

  • Ujian pengesahan akan diambil pada hari yang sama dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah dan keputusan ujian pengesahan dijangka akan mengambil masa 1-2
  • Temujanji akan diberikan untuk mendapatkan keputusan ujian
  • Borang yang telah ditandatangani akan diserahkan kepada bakal pengantin selepas bakal isteri/ suami diberikan kaunseling oleh Pengamal

Soalan 5:

Berapakah caj yang dikenakan bagi ujian saringan HIV Pra Perkahwinan?

Jawapan 5:

  • Bakal pengantin hanya perlu membayar caj pendaftaran seperti tertakluk dalam Akta Fi manakala Ujian Saringan HIV dijalankan secara PERCUMA bagi warganegara MALAYSIA

Soalan 6:

Sekiranya bakal pengantin adalah bukan warganegara Malaysia, bagaimanakah caj pembayaran ujian saringan HIV Pra Perkahwinan?

Jawapan 6:

  • Caj bagi Bukan Warganegara adalah tertakluk kepada Akta Fi sedia ada

Soalan 7:

Sekiranya bakal pengantin memang telah didiagnosa sebagai HIV, adakah perlu untuk menjalani ujian saringan HIV dan Ujian pengesahan HIV lagi?

Jawapan 7:

  • TIDAK PERLU ujian ulangan. Pengamal Perubatan akan menandatangani Borang Permohonan Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan berdasarkan keputusan sediaada sahaja dan borang akan diserahkan kepada bakal pengantin selepas pemakluman dan kaunseling kepada bakal isteri/ suami

Soalan 8:

Bagaimana jika bakal pengantin tidak memberi persetujuan di Borang Permohonan Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan?

Jawapan 8:

  • Sekiranya pemohon / bakal pengantin TIDAK BERSETUJU, anggota kesihatan di Klinik Kesihatan tidak akan meneruskan ujian saringan HIV kepada

 Soalan 9:

Sekiranya pemohon atau bakal pengantin telah membuat ujian saringan HIV di fasiliti swasta/makmal swasta/ fasiliti selain klinik kesihatan yang dihadiri pada waktu tersebut, bolehkah laporan keputusan ujian tersebut digunakan bagi mengisi Borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan?

Jawapan 9:

  • Laporan Ujian HIV tersebut tidak boleh digunapakai bagi memenuhi borang pra perkahwinan bagi mengelakkan pemalsuan keputusan
  • Ujian saringan HIV perlu dibuat semula di klinik kesihatan

Soalan 10:

Bagaimana pula dengan keputusan ujian saringan HIV pra perkahwinan yang dibuat di luar negara, adakan keputusan ini diterima?

Jawapan 10:

  • Tidak diterima. Pemohon perlu membuat ujian saringan semula di klinik kesihatan 

Soalan 11:

Bolehkan ujian saringan HIV pra perkahwinan dibuat di klinik komuniti?

Jawapan 11:

  • Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan HANYA boleh di jalankan di Klinik Komuniti yang mempunyai PEGAWAI PERUBATAN SAHAJA selaras dengan Panduan Saringan HIV di Klinik 1 Malaysia 2015 dan surat pekeliling KPK Bil 9/2015.

Soalan 12:

Sekiranya saya ingin berkahwin pada bulan Jun 2021, bilakan saya sepatutnya menjalankan Ujian Saringan HIV ini?

Jawapan 12:

  • Bakal Pengantin dinasihatkan untuk hadir ke klinik kesihatan untuk menjalani Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan ini dalam tempoh 2-3 bulan sebelum berkahwin. Keputusan ujian tidak lagi boleh digunapakai selepas 6

Disediakan oleh:

Unit Pencegahan & Kawalan AIDS/ STI/ Hep C Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

Tarikh: 28 Disember 2020