Bahagian Pengurusan


01

Unit Sumber Manusia

Secara amnya, Unit Sumber Manusia bertanggungjawab menguruskan semua aspek berkaitan dengan personel bagi keseluruhan pusat tanggungjawab (PTJ) JKNT.

Objektif Unit

Memastikan JKN mempunyai sumber manusia dan struktur organisasi yang sempurna bagi memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang cemerlang.

Fungsi Unit

Unit Sumber Manusia bertanggungjawab dalam menyelaras dan mentadbir hal-hal berkaitan perkhidmatan, perjawatan, pemangkuan dan kenaikan pangkat, tatatertib, penempatan, pertukaran dan pengurusan sumber manusia melalui sistem HRMIS.

Secara amnya, Unit Sumber Manusia bertanggungjawab menguruskan semua aspek berkaitan dengan personel bagi keseluruhan pusat tanggungjawab (PTJ) JKNT.

 

02

Unit Kewangan

Unit kewangan bertanggungjawab secarav khusus untuk merancang dan mengawal segala perbelanjaan serta memastikan rekod perakaunan disempurnakan dengan teratur dan kemaskini. Semua peruntukan yang telah diagihkan kepada PTJ diselaras dan dipantau melalui prestasi perbelanjaan bulanan dan mesyuarat Jawatankuasa Pengurus Kewangan Dan Akaun Negeri.

03

Unit Pembangunan

Unit Pembangunan bertanggungjawab mengurus dan menyelia projek-projek pembangunan yang diluluskan di bawah RMK9 serta projek-projek kecil.

 

Fungsi Unit

Unit Pembangunan bertanggungjawab dalam melaksanakan fungsi-fungsi berikut seperti :

  • Pemantauan dan laporan projek RMK9
  • Pemantauan dan laporan kerja-kerja di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE)
  • Pemantauan dan laporan perbelanjaan peruntukan pembangunan P42
  • Pemantauan dan pengemaskinian maklumat aset tidak alih

04

Unit Pentadbiran

Objektif Unit

Untuk memastikan unit-unit di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mendapat khidmat sokongan yang cekap dan berkesan dengan melicinkan penyelarasan urusan pentadbiran am.

Fungsi Unit

Unit ini bertanggungjawab menyelaras dan mengendalikan :

  • Pengurusan Pejabat
  • Pengurusan Surat-Menyurat
  • Pengurusan Fail
  • Pengurusan Kenderaan
  • Pengurusan Aset dan Stor
  • Pengurusan Khidmat Pelanggan

05

Unit Psikologi & Kaunseling

- Dalam Proses Kemaskini -

06

Unit Perolehan & Pengurusan Aset

- Dalam Proses Kemaskini -

07

Unit Teknologi Maklumat

Unit Teknologi Maklumat adalah bertanggungjawab dari aspek ICT di JKNT. Unit ini memantau dan menyelenggara peralatan komputer, talian rangkaian bagi perlbagai aplikasi yang terdapat di hospital-hospital dan klinik-klinik seperti e-SPKB, e-Notifikasi, ePerolehan, myCPD dan HRMIS.

Objektif Unit

Objektif Unit IT adalah untuk memastikan pengurusan, penyelarasan dan penggunaan infrastruktur ICT di JKNT mencapai objektif Jabatan.

Fungsi Unit

Secara amnya, fungsi Unit IT meliputi JKNT dan semua PTJ di bawah JKNT serta semua fasiliti kesihatan di Terengganu. Antara fungsi-fungsi Unit IT adalah seperti berikut:

  • Penyelarasan dan pemantauan projek-projek ICT

Unit IT bertanggungjawab terhadap perlaksanaan sistem-sistem aplikasi di JKNT dan PTJ samada daripada projek e-kerajaan (e-G) atau daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau daripada Kementerian lain seperti projek USP daripada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) dan sistem SPP II daripada ICU.

  • Pembangunan sistem-sistem aplikasi

Unit IT berperanan dalam menjalankan kajian kemungkinan keperluan penggunaan teknologi maklumat bagi sesuatu bidang tugas di semua peringkat fasiliti kemudahan kesihatan kerajaan di negeri. Unit IT akan menganalisa keperluan tersebut, merekabentuk, menyediakan spesifikasi program aplikasi dan seterusnya menyediakan kertas cadangan untuk pertimbangan pengurusan atasan.

Dengan ini, Unit IT bertindak sebagai penyelaras aktiviti pembangunan sistem bagi sistem yang dibangunkan secara 'out-source'dan sebagai pembangun sistem bagi sistem yang dibangunkan secara 'in-house' .

  • Bantuan teknikal dan penyelenggaraan berkala

Bagi fungsi helpdesk, Unit IT bertindak sebagai 'first level support' kepada sebarang permasalahan yang melibatkan ICT samada perkakasan, perisian dan rangkaian. Unit IT memastikan setiap perkakasan ICT dalam keadaan baik dengan melaksanakan penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance') secara berkala 2 kali setahun.

  • Rangkaian dan keselamatan

Unit IT mengurus, menyelaras dan memantau rangkaian yang digunakan di JKNT serta di setiap PTJ bagi memastikan keperluan capaian terhadap sistem-sistem aplikasi 'on-line' dan internet dioptimumkan. Rangkaian setempat yang digunakan di JKNT dan PTJ terdiri daripada rangkaian IPVPN dan GiTN. Unit IT memastikan keselamatan sistem maklumat JKNT selaras dengan standard dan dasar keselamatan yang ditetapkan oleh Kementerian dan kerajaan.

  • Peningkatan kegunaan dan kemahiran ICT

Unit IT memastikan setiap kakitangan JKNT mendapat pendedahan yang mencukupi dalam penggunaan teknologi ICT dengan merancang dan mengendali latihan/kursus dalam bidang-bidang IT dan taklimat/bengkel untuk aplikasi-aplikasi yang baru dilaksanakan. Unit IT juga bertindak sebagai tempat rujukan pertama bagi sebarang perolehan teknologi ICT terkini dengan membantu dalam penyediaan spesifikasi, penilaian teknikal dan syor perkakasan perkakasan dan perisian yang terbaik untuk pengguna.

08

Unit Latihan

Unit ini bertanggungjawab dalam menyelaras aktiviti latihan yang merangkumi kursus-kursus dalam perkhidmatan dan kursus induksi serta kompetensi kepada semua kakitangan di JKNT.

Fungsi Unit

Unit Latihan bertanggungjawab dalam melaksanakan tiga fungsi utama iaitu :

  • Menguruskan pelaksanaan aktiviti latihan
  • Pelaporan perancangan dan pelaksanaan aktiviti latihan
  • Pelaporan prestasi perbelanjaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

Aktiviti Unit

  • Menyelaras pelaksanaan berkursus sekurang-kurangnya 7 hari setahun kepada penjawat awam JKNT
  • Menyelaras aktiviti Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
  • Menyelaras permohonan kursus ke Bahagian Kewangan KKM
  • Menyelaras permohonan kursus anjuran swasta/Pengajian Jarak Jauh (PJJ)
  • Menyelaras permohonan Pos Basik
  • Menyelaras MyCPD