Pengenalan Unit
- Unit Penguatkuasaan dan Pelesenan memastikan setiap pengusaha dan pengendali makanan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya. Selain itu, unit ini juga ditugaskan untuk menyelaras permohonan perlesenan bagi industri Ais, Air Minuman Berbungkus (AMB), Air Mineral Semulajadi (AMS) dan Mesin Jual Air.
Fungsi Unit Penguatkuasaan & Perlesenan
- Merancang dan Menyelaras aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya
- Menguruskan isu-isu keselamatan makanan diperingkat domestic
- Memantau tahap pematuhan kepada standard di peringkat domestic
- Memantau tahap kebersihan premis makanan
Aktiviti Unit
Pemeriksaan dan Penutupan Premis Makanan
- Pemeriksaan premis makanan merupakan aktiviti rutin bagi memastikan tahap kebersihan premis berada pada tahap yang baik dan keselematan makanan terjamin. Sejajar dengan pewartaan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, semua premis makanan diwajibkan mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian (http://fosimdomestic.moh.gov.my).
Pensampelan Makanan
- Pensampelan makanan dijalanka bagi memastikan makanan yang disediakan atau dijual di Malaysia adalah selamat dan mematuhi kehendak Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Perlesenan
- 4 lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu
- Lesen Ais
- Lesen Punca Air Minuman Berbungkus
- Lesen Punca Air Mineral Semulajadi
- Lesen Mesin Jual Air
- GP Ais - Hyperlink ke GP
- GP AMB & AMS - Hyperlink ke GP
- GP MJA - Hyperlink ke GP