02

Unit Institusi Sajian Makanan

Pengenalan Unit

  • Unit Sajian Makanan telah diwujudkan pada tahun 2011 di Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Unit ini ditubuhkan bagi memantapkan aktiviti pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) kepada premis outlet makanan bagi memastikan pengusaha sentiasa komited dalam mengekalkan keselamatan makanan dan kebersihan premis. Unit ini juga bertanggungjawab dalam mengendalikan siasatan kes keracunan makanan mengikut konsep HACCP dan mengawal aktiviti yang dijalankan oleh Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM)

Objektif Unit

  • Untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada institusi-institusi yang terlibat dalam penyediaan dan perkhidmatan makanan termasuk sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi dan pusat asuhan.
  • Untuk membimbing premis outlet makanan ke arah pengiktirafan BeSS
  • Untuk menjalankan siasatan terhadap punca kes keracunan makanan yang berlaku

Fungsi Unit

  • Unit ini berfungsi membangunkan dan memantapkan program keselamatan makanan di institusi-institusi yang terlibat dalam penyediaan dan perkhidmatan makanan.

Aktiviti Unit

  1. Program Promosi Keselamatan Makanan Di Sekolah
  • Pengiktirafan BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat) kepada premis outlet yang layak
  • Mengelola taklimat keselamatan makanan kepada pengusaha dan penyelia dapur asrama di sekolah (KENDIRI)
  • Menyelaras program PROKEM di Dapur Asrama sekolah yang terpilih
  • Menjalankan siasatan terhadap punca kes keracunan makanan yang berlaku menggunakan konsep HACCP
  • Menyelaras pemantauan dan pengauditan Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) dan Tenaga Pengajar
  • GP BeSS - Hyperlink ke GP
  • GP SLPM  - Hyperlink ke GP
  • Database Pemegang BeSS - Hyperlink ke GP