Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan


01

Unit Kawalan Eksport, Pembangunan Industri & Pensijilan

Pengenalan Unit

  • Unit ini ditubuhkan bagi memantapkan aktiviti merancang, melaksanan, memantau dan menilai Program Keselamatan dan Kualiti Makanan di industri makanan terutamanya di Terengganu bagi melindungi orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyimpanan, penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan makanan; serta memudahkan perdagangan makanan.

Objektif Unit

  • Untuk memastikan barangan makanan yang akan digunakan dalam pasaran tempatan dan eksport adalah selamat dimakan dan berkualiti.
  • Untuk memastikan barang makanan untuk dieksport mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh peraturan makanan negara pengimport.
  • Untuk memastikan sesuatu makanan tersebut adalah bebas dijual di Malaysia dan mematuhi kehendak-kehendak Akta Makanan dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.
  • Untuk memudahkan industri makanan di Terengganu mendapat pengiktirafan keselamatan makanan mengikut tahap pematuhan kepada Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 secara berperingkat.
Fungsi Unit
  • Merancang, memantau dan menilai aktiviti pembangunan kilang.
  • Memberi khidmat nasihat kepada pihak industri mengenai Sistem Jaminan Keselamatan Makanan.
  • Melaksanakan Skim Pensijilan Keselamatan Makanan.
  • Mengeluarkan Sijil Eksport (Sijil Kesihatan/Sijil Penjualan Bebas).

Aktiviti Unit

02

Unit Institusi Sajian Makanan

Pengenalan Unit

  • Unit Sajian Makanan telah diwujudkan pada tahun 2011 di Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Unit ini ditubuhkan bagi memantapkan aktiviti pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) kepada premis outlet makanan bagi memastikan pengusaha sentiasa komited dalam mengekalkan keselamatan makanan dan kebersihan premis. Unit ini juga bertanggungjawab dalam mengendalikan siasatan kes keracunan makanan mengikut konsep HACCP dan mengawal aktiviti yang dijalankan oleh Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM)

Objektif Unit

  • Untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada institusi-institusi yang terlibat dalam penyediaan dan perkhidmatan makanan termasuk sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi dan pusat asuhan.
  • Untuk membimbing premis outlet makanan ke arah pengiktirafan BeSS
  • Untuk menjalankan siasatan terhadap punca kes keracunan makanan yang berlaku

Fungsi Unit

  • Unit ini berfungsi membangunkan dan memantapkan program keselamatan makanan di institusi-institusi yang terlibat dalam penyediaan dan perkhidmatan makanan.

Aktiviti Unit

  1. Program Promosi Keselamatan Makanan Di Sekolah
  • Pengiktirafan BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat) kepada premis outlet yang layak
  • Mengelola taklimat keselamatan makanan kepada pengusaha dan penyelia dapur asrama di sekolah (KENDIRI)
  • Menyelaras program PROKEM di Dapur Asrama sekolah yang terpilih
  • Menjalankan siasatan terhadap punca kes keracunan makanan yang berlaku menggunakan konsep HACCP
  • Menyelaras pemantauan dan pengauditan Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) dan Tenaga Pengajar

03

Unit Surveilan Keselamatan Makanan

Pengenalan Unit

  • Unit Surveilan merupakan komponen penting bagi menyokong pembentukan dasar keselamatan makanan. Pemantauan dan penyelidikan ke atas isu keselamatan makanan amat perlu dijalankan bagi mendapatkan data asas untuk membentuk pengkalan data mengenai status pencemaran makanan di negara ini. Dengan pelbagai ancaman baru terhadap makanan seperti penggunaan bioteknologi, antibiotik, pembungkusan makanan dan lain-lain lagi. Isu dan masalah berkaitan keselamatan makanan semakin mencabar dan kompleks, di mana maklumat berasaskan sains terutama diperolehi melalui penyelidikan atau kajian.

Objektif Unit

  • Unit Surveilan bertujuan untuk menjalankan pemantauan dan penyelidikan terhadap isu-isu yang timbul berkaitan dengan keselamatan makanan bagi menyokong pembentukan Dasar Keselamatan Makanan Negara.

Fungsi Unit

  • Unit Surveilan berfungsi untuk menjalankan program pemantauan dan penyelidikan berkaitan dengan isu-isu keselamatan makanan. Unit ini juga membantu menyelaras kajian berhubung dengan keselamatan makanan. Selain itu, unit ini turut mengumpul dan menjalankan analisis terhadap data pensampelan makanan dan mengeluarkan laporan berkaitan.

Aktiviti Unit

  • Merancang dan menyelaras projek-projek pemantauan nasional yang dicadangkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan berdasarkan isu-isu semasa.
  • Merancang dan menyelaras projek-projek pemantauan spesifik yang dicadangkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.
  • Mengumpul dan menganalisis data-data pemantauan dan kajian yang berkaitan keselamatan makanan.
  • Menyelaras pelaksanaan projek Total Diet Study (TDS).

04

Unit Industri Domestik

  • Pengenalan Unit

    Unit Industri Domestik menjalankan aktiviti yang berkaitan pembangunan industri makanan domestik. Unit ini berperanan membangunkan garis panduan terhadap industri makanan domestik di sepanjang rantaian makanan. Setelah sesuatu garis panduan dimuktamadkan, aktiviti tersebut akan diserahkan kepada unit yang berkaitan.

    Fungsi Unit Industri Domestik

    • Merancang, melaksana dan memantau aktiviti pembangunan industri makanan
    • Melaksanakan kawalan keselamatan makanan disepanjang rantaian makanan
    • Melaksanakan garis panduan dan procedure yang dibangunkan oleh Ibu Pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di peringkat domestik

    Aktiviti Unit

    • Menjalankan pensijilan Trust My Catering (TMC) kepada Katerer Makanan
    • Menjalankan pendaftaran My FoodTag (MFT) kepada industri makanan
    • Membangunkan aktiviti kawalan terhadap industri makanan di rumah (Home Based) bersama Ibu Pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

05

Unit Komunikasi dan Kepenggunaan

Pengenalan Unit

Unit ini berperanan dalam menjalankan  aktiviti promosi bagi meningkatkan kesedaran orang awam terhadap kepentingan dalam menjaga keselamatan dan kualiti makan. Selain itu, unit ini berperanan dalam mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan disamping meningkatkan “visibility” bahagian kepada masyarakat.

Fungsi Unit Komunikasi dan Kepenggunaan

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti promosi keselamatan dan kualiti makanan mengikut arus peredaran zaman
  • Menerima dan menyelaras aduan dan pertanyaan berkaitan dengan keselamatan dan kualiti makanan
  • Merancang dan menerbitkan bahan-bahan promosi keselamatan dan kualiti makanan

Aktiviti Unit

  • Germ Buster di Sekolah
  • Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia setiap 7 Julai
  • Penghasilan video dan infografik untuk dimuatnaik ke media social
  • Karnival Keselamatan Makanan

06

Unit Penguatkuasaan & Perlesenan

Pengenalan Unit

  • Unit Penguatkuasaan dan Pelesenan memastikan setiap pengusaha dan pengendali makanan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya. Selain itu, unit ini juga ditugaskan untuk menyelaras permohonan perlesenan bagi industri Ais, Air Minuman Berbungkus (AMB), Air Mineral Semulajadi (AMS) dan Mesin Jual Air.

Fungsi Unit Penguatkuasaan & Perlesenan

  • Merancang dan Menyelaras aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya
  • Menguruskan isu-isu keselamatan makanan diperingkat domestic
  • Memantau tahap pematuhan kepada standard di peringkat domestic
  • Memantau tahap kebersihan premis makanan

Aktiviti Unit

Pemeriksaan dan Penutupan Premis Makanan

  • Pemeriksaan premis makanan merupakan aktiviti rutin bagi memastikan tahap kebersihan premis berada pada tahap yang baik dan keselematan makanan terjamin. Sejajar dengan pewartaan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, semua premis makanan diwajibkan mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian (http://fosimdomestic.moh.gov.my).

Pensampelan Makanan

  • Pensampelan makanan dijalanka bagi memastikan makanan yang disediakan atau dijual di Malaysia adalah selamat dan mematuhi kehendak Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Perlesenan

  • 4 lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu
    • Lesen Ais
    • Lesen Punca Air Minuman Berbungkus
    • Lesen Punca Air Mineral Semulajadi
    • Lesen Mesin Jual Air

07

Unit Logam Berat

Unit ini menjalankan analisis bertujuan untuk melindungi orang ramai daripada bahaya kesihatan dengan menentukan cemaran logam yang terdapat dalam makanan. Buat masa sekarang, parameter yang mampu dianalisis ialah logam kadmium(Cd) dan plumbum (Pb). Aktiviti ini dijalankan dengan merujuk kepada Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 (Peraturan Makanan Jadual 14) yang mengandungi kadar maksimum cemaran logam yang dibenarkan dan dinyatakan mengikut kumpulan makanan tertentu.

Objektif Unit

Memberi perkhidmatan analisis residu racun perosak dengan cekap dan berkesan.Mengeluarkan keputusan analisis yang yang boleh diterima pakai secara rasmi (valid) bagi tujuan membantu aktiviti pemantauan, pengawasan dan penguatkuasaan kepada Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Fungsi Unit

  • Menyediakan perkhidmatan analisis cemaran logam berat bagi kumpulan makanan mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.
  • Mengembangkan kaedah analisis cemaran logam berat bagi meningkatkan keupayaan makmal.
  • Menjalankan kajian dalam bidang berkaitan keselamatan dan analisis makanan, khususnya analit plumbum dan kadmium.

Aktiviti Unit

  • Melaksanakan aktiviti analisis makanan untuk parameter plumbum dan kadmium seperti kajian, surveillan, pemantauan, operasi dan lain-lain.
  • Mengembangkan kaedah analisis cemaran logam berat melalui aktiviti verifikasi dan validasi kaedah baru.
  • Menyertai Ujian Kecekapan (Proficiency Testing Programme).
  • Mengembangkan kaedah cemaran logam berat ke arah pensijilan ISO 17025 bagi skop analisis cemaran logam berat.

 

08

Unit Aditif

Pengenalan Unit

  • Unit ini menjalankan analisis aditif makanan dengan tujuan untuk memantau keselamatan dan kualiti makanan melalui pelaksanaan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985. Mengikut akta tersebut, Aditif Makanan adalah apa-apa bahan yang selamat dimakan yang dimasukkan dengan sengaja ke dalam atau pada makanan dalam kuantiti kecil bagi mempengaruhi kualiti penyimpanan, tekstur, konsistensi, rupa, bau, rasa, kealkalian, atau keasidan makanan tersebut, atau bagimaksud apa-apa tujuan teknologi lain dalam pengilangan, pemprosesan, penyediaan, perlakuan, pengepekan, pembungkusan, pengangkutan atau penstoran makanan itu, dan yang berkesudahan atau dengan munasabahnya dijangka berkesudahan, sama ada secara langsung atau tak langsung dengan bahan itu atau apa-apa hasil sampingannya menjadi komponen makanan tersebut atau selainnya mempengaruhi ciri-ciri makanan itu, dan termasuklah apa-apa bahan pengawet, bahan pewarna, bahan perisa, penambah perisa, antipengoksidaan kondisioner makanan, tetapi tidaklah termasuk nutrient yang ditambah, juzuk kebetulan atau garam. 

Objektif Unit

  • Menjalankan analisis bagi parameter Aditif makanan mengikut keupayaan analisis makmal.

Fungsi Unit

  • Berfungsi untuk menjalankan analisis makanan bagi perkhidmatan yang ditawarkan seperti berikut :
    • Asid Borik
    • Pewarna
    • Asid Benzoik
    • Asid Sorbik
    • Sakarin
    • Siklamat
    • Acesulfame Potassium
    • Sulfur Dioksida
    • Potassium Bromate
    • Auramine O
    • Rhodamine B
    • Paraben

 Aktiviti Unit

  • Menjalankan analisis makanan untuk sampel surveillan, pemantauan operasi dan lain-lain.
  • Mengembangkan parameter analisis untuk meningkatkan lagi keupayaan.
  • Menjalankan validasi dan verifikasi kaedah analisis

 

09

Unit Residu Dadah Vaterinar

Pengenalan Unit

  • Unit ini menjalankan analisis residu dadah veterinar dengan tujuan untuk memantau keselamatan dan kualiti makanan melalui pelaksanaan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985. Mengikut akta tersebut, Residu Drug bererti sebatian induk drug berkenaan dan/atau metabolitnya dalam mana-mana bahagian boleh dimakan pada hasil binatang, dan termasuklah residu berkaitan dengan bendasing drug berkenaan.

Objektif Unit

  • Menjalankan analisis bagi parameter Residu Dadah Veterinar mengikut keupayaan analisis makmal.

 Fungsi Unit

  • Berfungsi untuk menjalankan analisis makanan bagi perkhidmatan yang ditawarkan seperti berikut :
  1. NitrofuranFurazolidone (AOZ)
  1.  Furaltadone (AMOZ)
  • Chloramphenicol
  • Beta Agonist
  • Antibakteria
  • Sulfadiazine
  • Sulfathiazole
  • Sulfamerazine
  • Sulfamonomethoxine
  • Sulfadimethoxine
  • Sulfaquinoxaline
  • Oxolinic Acid
  • Nicarbazine
  • Pyrimethamine
  • Sulfadimidine
  • Synthetic Phosphodiesterase-5 Inhibitors
  • Sildenafil
  • Tadalafil