Bahagian Farmasi


01

Cawangan Penguatkuasaan Farmasi

Secara umumnya, Cawangan Pengurusan Farmasi terbahagi kepada lima (5) seksyen iaitu:

Seksyen Pembangunan Profesion Farmasi

  • Menyelaras urusan pertukaran/ penempatan Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Farmasi dan Pegawai Farmasi Lantikan Kontrak.
  • Merancang dan memantau aktiviti pembangunan modal insan bagi anggota farmasi.

Seksyen R&D Dan Kualiti Farmasi

  • Memantau dan melaksanakan projek R&D Farmasi di Negeri Terengganu.
  • Menyelaras dan memantau sistem kualiti perkhidmatan farmasi seperti KPI, QAP, Piagam Pelanggan, pangkalan data penyelidikan dan inisiatif kualiti.
  • Menyelaras dan menjalankan aktiviti audit KPI YBMK/ PKN dan memastikan keperluan MS ISO 9001:2015 dipenuhi.

Seksyen Teknologi Maklumat & Infrastruktur

  • Memantau projek pembangunan seperti projek-projek menaiktaraf dan baru bagi hospital dan klinik kesihatan Program Farmasi Terengganu bagi memastikan perlaksanaan mengikut jadual serta memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
  • Menyelaras, merancang dan melaksanakan latihan serta memantau penggunaan sistem Pharmacy Information System (PhIS) dan Clinic Pharmacy System (CPS) di fasiliti.

Seksyen Kewangan

  • Menguruskan permohonan peruntukan dan semua urusan perolehan serta kewangan BPFNT.
  • Menyelaras dan menyediakan laporan-laporan Kewangan.

Seksyen Pentadbiran

  • Menguruskan aktiviti berkaitan perkhidmatan kakitangan, HRMIS, pengurusan aset, stor, surat dan fail di BPFNT.
  • Menguruskan permohonan kenderaan dan mengatur jadual pemandu.

02

Cawangan Amalan & Perkembangan Farmasi

 Pengenalan

Amalan dan Perkembangan Farmasi merupakan perkhidmatan sokongan teknikal di bawah Aktiviti Rawatan Perubatan (Hospital) dan Aktiviti Penjagaan Kesihatan Asas dan Pembangunan Keluarga (Kesihatan Awam). Tanggungjawab dilaksanakan berasaskan objektif-objektif berikut :

  • Memastikan setiap pesakit yang menerima rawatan dari kemudahan Kementerian Kesihatan memperolehi Perkhidmatan Farmasi berkonsepkan amalan farmasi yang optima
  • Memastikan peningkatan dalam pendidikan awam mengenai penggunaan ubat-ubatan secara rasional

Fungsi Dan Peranan

  • Merancang, membangun, mengawal, menyelaras dan memantau perlaksanaan aktiviti Penjagaan Farmasi (Pharmaceutical Care) di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan di seluruh Negeri Terengganu
  • Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau aktiviti latihan dan pembelajaran berterusan kepada anggota perkhidmatan farmasi
  • Menyampaikan semua polisi kerajaan berkaitan perkhidmatan farmasi kepada semua anggota perkhidmatan farmasi dan anggota kesihatan yang lain serta memantau perlaksanaan polisi tersebut di peringkat Negeri Terengganu

Farmasi Hospital

Perkhidmatan Amalan dan Perkembangan Farmasi di bawah Aktiviti Rawatan Pesakit menyediakan perkhidmatan berkonsepkan"Good Pharmaceutical Care" dengan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berikut :

  • Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar
  • Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam
  • Perolehan dan Bekalan Produk Farmaseutikal dan Alat/Kelengkapan Perubatan
  • Perkhidmatan Keluaran Galenikal dan Prabungkus Ubat
  • Perkhidmatan Maklumat Ubat dan Racun
  • Perkhidmatan Pemantauan Terapeutik Ubat (TDM)
  • Perkhidmatan IV Admixture (Total Parenteral Nutrition dan Sediaan Ubat Titis Mata)
  • Perkhidmatan Farmasi Onkologi (Cytotoxic Drugs Reconstitution)
  • Rawatan Terapi Gantian Methadone(RTG)
  • Perkhidmatan Farmasi Klinikal yang meliputi :
      - Kaunseling dan Pendidikan Pesakit
      - Farmasi Wad
        -
    "Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC)"

Farmasi Penjagaan Kesihatan Asas Dan Pembangunan Keluarga (PKAPK)

Perkhidmatan Farmasi di bawah Aktiviti PKAPK pula menyediakan perkhidmatan berikut :

  • Bekalan Ubat Pesakit Luar
  • Perolehan dan Bekalan Produk Farmaseutikal/Kelengkapan Perubatan
  • Kaunseling dan Pendidikan Pesakit
  • Maklumat Ubat

03

Cawangan Pengurusan Farmasi

Pengenalan

Pengurusan Farmasi ditadbir secara langsung di bawah Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri. Secara amnya pengurusan farmasi menguruskan perkara-perkara berkaitan pentadbiran yang meliputi :

  • Pengurusan tindakan tatatertib
  • Laporan kad perakam waktu 
  • Pengurusan pengisytiharan harta
  • Urusan surat-menyurat
  • Menguruskan waran peruntukan
  • Menguruskan fail peribadi kakitangan dan fail-fail jabatan
  • Menyediakan baucer bayaran untuk sistem e-perolehan dan e-SPKB
  • Penyediaan gaji pekerja