Perutusan Pengarah

Salam Sejahtera

Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

Terlebih dahulu, saya ucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam pembangunan Laman Web Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Laman web ini menumpukan kepada semua perkhidmatan yang diberikan oleh setiap fasiliti kesihatan di seluruh negeri Terengganu selaras dengan visi, misi dan objektif Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu ini sendiri.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu komited dalam menyalurkan maklumat terkini seperti hebahan kesihatan, perkhidmatan yang disediakan di semua fasiliti kesihatan, perkhidmatan dan pengurusan kesihatan serta pelbagai lagi maklumat kepada masyarakat di Negeri Terengganu khasnya dan di Malaysia amnya.

Sehubungan dengan itu, saya berharap agar masyarakat mengambil tanggungjawab ini untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang kesihatan diri dan keluarga supaya dapat bersama-sama kita merealisasikan impian melahirkan individu dan masyarakat yang sihat sepanjang hayat.

Saya mengalu-alukan pandangan membina daripada pengunjung laman web ini bagi memantapkan lagi pengurusan kesihatan dan perkhidmatan yang disediakan. Selamat melayari Laman Web Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan diharap tuan/puan akan terus mengunjunginya lagi pada masa hadapan.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"PENYAYANG, PROFESIONALISME DAN KERJA BERPASUKAN ADALAH BUDAYA KERJA KITA"

 

Sekian, terima kasih.

Dr. Haji Mohd bin Jusoh
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu