BACK
07
Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan
MKKM Terengganu berperanan dalam memberi perkhidmatan analisis makanan yang cekap dan berkualiti bagi menyokong aktiviti di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan Program Keselamatan dan Kualiti Makanan.
Perkhidmatan analisis makanan ini melibatkan pensampelan bagi tujuan pengawasan untuk melindungi orang ramai dari bahaya kesihatan, penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan mengikut Akta Makanan 1983 dan dan keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh negara pengimport.
Makmal ini telah diwartakan di bawah Akta Makanan 1983 dan semua juruanalisis makanan di makmal adalah berdaftar dengan Akta Juruanalisis Makanan 2011. Bagi menjamin keputusan analisis yang dikeluarkan oleh makmal adalah keputusan yang konsisten dan berkualiti, makmal ini telah mendapat pengiktirafan ISO/IEC 17025 dengan nombor Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) 340 oleh Jabatan Standard Malaysia.
Piagam Pelanggan
Memastikan laporan keputusan analisis yang berkualiti dikeluarkan mengikut Laboratory Turn Around Time (LTAT) yang ditetapkan:
|
Analisis Sampel |
TAT (hari) |
|
Mikrobiologi |
14 |
|
Kimia |
30 |
|
Tahan Uji Lepas |
Sila rujuk http://fsq.moh.gov.my/ |
KEUPAYAAN MAKMAL KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN TERENGGANU
|
MIKROBIOLOGI MAKANAN Analisis: Indikator, Patogenik dan AMR Instrumen: - |
RESIDU RACUN PEROSAK Analisis: Organofosforus dan Dithiocarbamate Instrumen: GC with detector FPD and GC Mass Spectrometry |
|
ADITIF Analisis: Pengawet, Pemanis Tanpa Zat dan Pewarna Makanan Instrumen: HPLC with Diode Array Detector |
RESIDU DADAH VETERINAR Analisis: Antibakterial, Nitrofuran, Lasalocid, Chloramphenicol, Enrofloxacin dan Phosphodiesterase-5 Instrumen: HPLC with Diode Array Detector and Fluorescence Detector |
|
PERCEMARAN INDUSTRI DAN PERSEKITARAN MAKANAN Analisis: Logam Berat (Plumbum dan Kadmium) Instrumen: Atomic Absorption Spectrometry |
PEMBUNGKUSAN/FOOD CONTACT MATERIAL Analisis: Migrasi Plumbum dan Kadmium Daripada Barangan Seramik Instrumen: Atomic Absorption Spectrometry |
Keupayaan makmal penuh dan terkini sila rujuk http://fsq.moh.gov.my/
: