Piagam Pelanggan
PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PENGURUSAN
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang telus, mesra dan profesional kepada semua pelanggan
UNIT SUMBER MANUSIA :
- Menguruskan perakuan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan pemberian taraf berpencen, permohonan pelepasan/perletakan jawatan dan penyelarasan gaji dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen
- Menguruskan permohonan persaraan dan gantian cuti rehat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen
- Memberikan maklumbalas permohonan pertukaran dalam negeri (Gred 44 ke bawah) dalam tempoh 4 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen
- Menguruskan permohonan pemangkuan/kenaikan pangkat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen
UNIT PENTADBIRAN :
- Mencari dan mengedarkan fail yang dipohon dalam tempoh 20 minit
- Memberi maklumbalas permohonan kenderaan jabatan dalam masa 15 minit selepas menerima borang permohonan
- Menyediakan bekalan alat tulis yang dipohon dalam tempoh kurang dari 3 hari bekerja
- Mendaftarkan aset baru dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan aset
UNIT LATIHAN :
- Menguruskan permohonan untuk mengadakan kursus di hotel/di luar premis KKM dalam tempoh 4 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen
- Menguruskan pencalonan peserta kursus dalam tempoh 7 hari bekerja selepas mendapat kelulusan KKM
UNIT KEWANGAN :
- Menguruskan pengeluaran Pesanan Tempatan bagi permohonan perolehan bekalan/perkhidmatan dalam tempoh 4 hari bekerja
- Menguruskan perolehan bekalan/perkhidmatan secara sebutharga dalam tempoh 30 hari
- Menguruskan perolehan bekalan/perkhidmatan secara tender dalam tempoh 90 hari
- Menguruskan bayaran bil dalam tempoh kurang daripada 14 hari
UNIT PEMBANGUNAN :
- Menguruskan permohonan/perlanjutan penyewaan premis dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen
- Menguruskan permohonan perolehan tanah untuk projek Rancangan Malaysia dalam masa 14 hari tarikh permohonan diterima
UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT :
- Memberi maklumbalas berhubung permasalahan ICT di JKNT dalam tempoh 5 hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima
- Menguruskan permohonan membuka akaun emel bagi penjawat di JKNT dalam tempoh 5 hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima
UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING :
- Memastikan permohonan mendapatkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling diproses dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima
- Memastikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling diberikan kepada persetujuan dan kehadiran pelanggan
PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN KESIHATAN AWAM
tiada maklumat
PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PERUBATAN
Kami berjanji untuk :
- Menyedia dan memberi perkhidmatan perubatan yang berkualiti, saksama dan mesra pelanggan di semua hospital di negeri Terengganu.
- Memberi sokongan penuh kepada semua hospital dalam pelaksanaan Misi dan Visi Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Memberi kerjasama erat kepada agensi-agensi lain dalam membangunkan taraf kesihatan rakyat.
- Menjalankan penguatkuasaan semua akta-akta yang berkaitan dengan adil dan penuh kerahsiaan.
PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PERGIGIAN
Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang profesional, mesra dan telus.
UNIT PERKHIDMATAN :
Kami berjanji :
- Memastikan proses pengesahan dalam jawatan dan taraf berpencen diproses dalam tempoh 5 hari bekerja setelah menerima dokumen yang lengkap dari daerah
- Memastikan permohonan pertukaran diberi maklumbalas dalam tempoh 5 hari bekerja setelah menerima dokumen yang lengkap dari daerah
UNIT KEWANGAN :
Kami berjanji :
- Memproses tuntutan perjalanan dalam masa 5 hari bekerja selepas menerima dokumen yang lengkap daripada pegawai
- Memproses bil-bil tuntutan yang diterima daripada pembekal dalam masa 5 hari bekerja
- Menyediakan bekalan alat tulis yang dipohon dalam tempoh kurang dari 3 hari bekerja
- Mendaftarkan aset baru dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan aset
PIAGAM PELANGGAN PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN :
Pelanggan yang dihormati :
- Perkhidmatan akan diberi secara mesra, profesional dan mengikut keutamaan
- Pendaftaran akan dibuat dalam tempoh 15 minit
- Pemeriksaan/rawatan akan diberikan dalam tempoh 30 minit selepas pendaftaran kecuali dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan
- Maklumat kesihatan pergigian anda akan dirahsiakan, tertakluk kepada undang-undang
PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN FARMASI
- Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan, maklumat dan nasihat mengenai perkhidmatan yang disediakan
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, jujur dan amanah
- Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan secara profesional
- Setiap aduan yang berkaitan akan diambil tindakan sewajarnya
- Bekerjasama dengan agensi penguatkuasa yang lain dalam perkara yang berkaitan
- Setiap permohonan lesen racun baru yang lengkap akan diproses dalam tempoh 10 hari bekerja
PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
- Memastikan penyediaan, penjualan dan penyimpanan semua bahan makanan adalah bersih dan selamat serta mematuhi Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan Kebersihan Makanan 2009
- Memastikan supaya semua bahan makanan yang dijual adalah :
- bebas daripada pencemaran dan penambahan aditif makanan yang tidak diperlukan dan bertujuan penipuan
- mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan
- dilabel dan diiklan dengan mencukupi serta memberi gambaran sebenar mengenai kandungan makanan tersebut
- Memastikan semua bahan makanan yang diimport ke negara ini adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985
- Memastikan makanan yang dieksport oleh negara ini mematuhi perundangan-perundangan yang dikehendaki oleh negara pengimport dan mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan (Pengeluaran Sijil Kesihatan bagi Eksport Ikan dan Keluaran Ikan ke Kesatuan Eropah) 2009 bagi eksport ikan dan keluaran ikan ke pasaran EU
- Memastikan orang ramai menerima maklumat yang tepat mengenai aspek keselamatan makanan dan kebersihan makanan
PIAGAM PELANGGAN CAWANGAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI
Kami komited :
- Memberi perkhidmatan penggunaan Perubatan Tradisional dan Komplementari yang betul dan bersesuaian di dalam sistem penjagaan kesihatan primer
- Sentiasa memastikan kualiti dan keselamatan amalan tradisional dan komplementari kepada pelanggan
- Sentiasa memastikan hak peribadi (privacy) dan kerahsiaan pelanggan dijaga
- Menguruskan masa menunggu bagi pendaftaran adalah-15 minit dan sebelum sesuatu prosedur adalah -20 hingga 30 minit