Khamis, 24 Ogos 2017
- - - - - -
A+ R A-

Piagam Pelanggan

  • Diterbitkan: Rabu, 31 Disember 2014 01:23
  • Ditulis oleh Administrator
  • Jumlah paparan: 1553

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PENGURUSAN

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang telus, mesra dan profesional kepada semua pelanggan

UNIT SUMBER MANUSIA :

  • Menguruskan perakuan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan pemberian taraf berpencen, permohonan pelepasan/perletakan jawatan dan penyelarasan gaji dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen
  • Menguruskan permohonan persaraan dan gantian cuti rehat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen
  • Memberikan maklumbalas permohonan pertukaran dalam negeri (Gred 44 ke bawah) dalam tempoh 4 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen
  • Menguruskan permohonan pemangkuan/kenaikan pangkat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen

UNIT PENTADBIRAN :

  • Mencari dan mengedarkan fail yang dipohon dalam tempoh 20 minit
  • Memberi maklumbalas permohonan kenderaan jabatan dalam masa 15 minit selepas menerima borang permohonan
  • Menyediakan bekalan alat tulis yang dipohon dalam tempoh kurang dari 3 hari bekerja
  • Mendaftarkan aset baru dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan aset

UNIT LATIHAN :

  • Menguruskan permohonan untuk mengadakan kursus di hotel/di luar premis KKM dalam tempoh 4 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen
  • Menguruskan pencalonan peserta kursus dalam tempoh 7 hari bekerja selepas mendapat kelulusan KKM

UNIT KEWANGAN :

  • Menguruskan pengeluaran Pesanan Tempatan bagi permohonan perolehan bekalan/perkhidmatan dalam tempoh 4 hari bekerja
  • Menguruskan perolehan bekalan/perkhidmatan secara sebutharga dalam tempoh 30 hari
  • Menguruskan perolehan bekalan/perkhidmatan secara tender dalam tempoh 90 hari
  • Menguruskan bayaran bil dalam tempoh kurang daripada 14 hari

UNIT PEMBANGUNAN :

  • Menguruskan permohonan/perlanjutan penyewaan premis dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen
  • Menguruskan permohonan perolehan tanah untuk projek Rancangan Malaysia dalam masa 14 hari tarikh permohonan diterima

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT :

  • Memberi maklumbalas berhubung permasalahan ICT di JKNT dalam tempoh 2 hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima
  • Menguruskan permohonan membuka akaun emel bagi penjawat di JKNT dalam tempoh 5 hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima

UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING :

  • Memastikan permohonan mendapatkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling diproses dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima
  • Memastikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling diberikan kepada persetujuan dan kehadiran pelanggan

                          


 

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Sultan Ismail, 20920 Kuala Terengganu.
Tel : 09-6222866| Faks : 09-6248367 

Emel : tanya_jknt@moh.gov.my


Hakcipta © 2016 Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.
 

      

   
Dasar Privasi | Dasar KeselamatanNotis HakciptaPenafian |
Penafian-Google Translator
| Polisi AgensiSoalan Lazim
| Versi Mobile |
  Kemaskini Terkini : 22 OGOS 2017 GMT+08:00
Paparan Terbaik : Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.
 

 

Statistik Pengunjung

9.png5.png4.png1.png0.png
Hari Ini:23
Semalam:235
Minggu Ini:837
Bulan Ini:5097
Jumlah:95410

Khamis, 24 Ogos 2017