Isnin, 26 Jun 2017
- - - - - -
A+ R A-
×

Notis

One of the files that is needed for the correct operation of the System - CW Gears plugin appears to be missing! Please install a fresh copy of the latest version to fix this issue.

Unit Teknologi Maklumat

  • Diterbitkan: Khamis, 10 Disember 2015 16:28
  • Ditulis oleh Administrator
  • Jumlah paparan: 608

Unit Teknologi Maklumat adalah bertanggungjawab dari aspek ICT di JKNT. Unit ini memantau dan menyelenggara peralatan komputer, talian rangkaian bagi perlbagai aplikasi yang terdapat di hospital-hospital dan klinik-klinik seperti e-SPKB, e-Notifikasi, ePerolehan, myCPD dan HRMIS.

OBJEKTIF UNIT

Objektif Unit IT adalah untuk memastikan pengurusan, penyelarasan dan penggunaan infrastruktur ICT di JKNT mencapai objektif Jabatan.

FUNGSI UNIT

Secara amnya, fungsi Unit IT meliputi JKNT dan semua PTJ di bawah JKNT serta semua fasiliti kesihatan di Terengganu. Antara fungsi-fungsi Unit IT adalah seperti berikut:

1. Penyelarasan dan pemantauan projek-projek ICT

Unit IT bertanggungjawab terhadap perlaksanaan sistem-sistem aplikasi di JKNT dan PTJ samada daripada projek e-kerajaan (e-G) atau daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau daripada Kementerian lain seperti projek USP daripada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) dan sistem SPP II daripada ICU.

2. Pembangunan sistem-sistem aplikasi

Unit IT berperanan dalam menjalankan kajian kemungkinan keperluan penggunaan teknologi maklumat bagi sesuatu bidang tugas di semua peringkat fasiliti kemudahan kesihatan kerajaan di negeri. Unit IT akan menganalisa keperluan tersebut, merekabentuk, menyediakan spesifikasi program aplikasi dan seterusnya menyediakan kertas cadangan untuk pertimbangan pengurusan atasan.

Dengan ini, Unit IT bertindak sebagai penyelaras aktiviti pembangunan sistem bagi sistem yang dibangunkan secara 'out-source'dan sebagai pembangun sistem bagi sistem yang dibangunkan secara 'in-house' .

3. Bantuan teknikal dan penyelenggaraan berkala

Bagi fungsi helpdesk, Unit IT bertindak sebagai 'first level support' kepada sebarang permasalahan yang melibatkan ICT samada perkakasan, perisian dan rangkaian. Unit IT memastikan setiap perkakasan ICT dalam keadaan baik dengan melaksanakan penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance') secara berkala 2 kali setahun.

4. Rangkaian dan keselamatan

Unit IT mengurus, menyelaras dan memantau rangkaian yang digunakan di JKNT serta di setiap PTJ bagi memastikan keperluan capaian terhadap sistem-sistem aplikasi 'on-line' dan internet dioptimumkan. Rangkaian setempat yang digunakan di JKNT dan PTJ terdiri daripada rangkaian IPVPN dan GiTN. Unit IT memastikan keselamatan sistem maklumat JKNT selaras dengan standard dan dasar keselamatan yang ditetapkan oleh Kementerian dan kerajaan.

5. Peningkatan kegunaan dan kemahiran ICT

Unit IT memastikan setiap kakitangan JKNT mendapat pendedahan yang mencukupi dalam penggunaan teknologi ICT dengan merancang dan mengendali latihan/kursus dalam bidang-bidang IT dan taklimat/bengkel untuk aplikasi-aplikasi yang baru dilaksanakan. Unit IT juga bertindak sebagai tempat rujukan pertama bagi sebarang perolehan teknologi ICT terkini dengan membantu dalam penyediaan spesifikasi, penilaian teknikal dan syor perkakasan perkakasan dan perisian yang terbaik untuk pengguna.

                          


 

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Sultan Ismail, 20920 Kuala Terengganu.
Tel : 09-6222866| Faks : 09-6248367 

Emel : tanya_jknt@moh.gov.my


Hakcipta © 2016 Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

       

   
Dasar Privasi | Dasar KeselamatanNotis HakciptaPenafian |
Penafian-Google Translator
| Polisi AgensiSoalan Lazim
| Versi Mobile |
Kemaskini Terkini : 08 MAC 2017 GMT+08:00
Paparan Terbaik : Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.
 

 

Statistik Pengunjung

8.png3.png9.png3.png2.png
Hari Ini:46
Semalam:83
Minggu Ini:46
Bulan Ini:4054
Jumlah:83932

Isnin, 26 Jun 2017