Khamis, 24 Ogos 2017
- - - - - -
A+ R A-

Unit Psikologi dan Kaunseling

  • Diterbitkan: Khamis, 10 Disember 2015 16:34
  • Ditulis oleh Administrator
  • Jumlah paparan: 1027

PENGENALAN UNIT

Unit Psikologi dan Kaunseling merupakan salah satu perkhidmatan sokongan bukan klinikal yang diwujudkan di bawah Bahagian Pengurusan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Unit ini bertanggungjawab membantu anggota serta kakitangan jabatan meningkatkan kesihatan emosi, kualiti dan produktiviti kendiri dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan dalaman serta luaran di setiap agensi kesihatan di bawah Negeri Terengganu.

OBJEKTIF UNIT

1. memberi perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada personel kesihatan agar dapat mencapai kesedaran kendiri yang optimum

2. membimbing klien agar lebih terbuka dari aspek pemikiran dan tindakan agar dapat digunakan dalam membangunkan potensi yang dimiliki ke arah kemajuan diri, organisasi seterusnya keluarga dan masyarakat

3. merangka program dan aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kemahiran diri bagi membolehkan individu menguruskan emosi, pemikiran dan tingkahlaku dengan lebih efektif

4. membantu organisasi dalam mengenalpasti potensi diri, tahap kemahiran, keupayaan, minat, nilai serta sikap anggota melalui alat-alat pengukuran psikologi yang tertentu

FUNGSI UNIT

Perkhidmatan yang disampaikan meliputi beberapa aspek iaitu :

1. Aplikasi psikologi dalam intervensi

Perkhidmatan disampaikan dalam bentuk kaunseling bersemuka secara individu atau berkelompok melalui hubungan secara sukarela ataupun rujukan dari ketua jabatan. Perkhidmatan juga melibatkan rundingan secara langsung atau tidak langsung yang dipohon dari mana-mana bahagian dibawah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu meliputi sesi ceramah atau taklimat yang berkenaan.

2. Aplikasi psikologi dalam pembangunan

Perkhidmatan yang disampaikan merupakan program, kursus atau bengkel yang dirangka bagi meningkatkan kesedaran dan kemahiran diri bagi membolehkan individu menguruskan emosi, pemikiran dan tingkahlaku, seterusnya menggunakan potensi yang dimiliki demi mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.

3. Aplikasi psikologi dalam penilaian personel

Perkhidmatan yang disediakan adalah untuk membantu dalam mengenalpasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran, keupayaan, minat, nilai, dan sikap seseorang yang diukur menggunakan alat-alat ujian psikologi (psikometrik test) yang berbentuk ujian, inventori, indikator dan indeks.

BORANG-BORANG

<klik untuk senarai muat turun>

PEKELILING DAN SURAT PEKELILING YANG TERPAKAI DENGAN TUGAS

1. Surat pekeliling bil. 4 tahun 1998 – garis panduan menguruskan pegawai berprestasi rendah dan pegawai yang bermasalah

2. Pekeliling perkhidmatan bil 1 tahun 1999 – panduan mewujudkan perkhidmatan kaunseling di agensi awam

3. Pekeliling perkhidmatan bil 18 tahun 2005 – panduan aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia sektor awam

4. Pekeliling perkhidmatan bil 22 tahun 2005 – garis panduan mengendalikan gangguan seksual di tempat kerja dalam perkhidmatan awam

5. Surat pekeliling ketua setiausaha bil 2 tahun 2007 – larangan meminjam wang dan berada dalam keterhutangan kewangan yang serius

6. Pekeliling perkhidmatan bil 29 tahun 2007 – perubahan skim-skim perkhidmatan kaunselor dan penolong kaunselor kepada skim perkhidmatan pegawai psikologi dan penolong pegawai psikologi

7. Surat pekeliling perkhidmatan bil 12 tahun 2009 – pelaksanaan aplikasi psikologi: budaya kerja pencapaian diutamakan

8. Surat pekeliling perkhidmatan bil 8 tahun 2010 – panduan pelaksanaan pementoran dalam pengurusan sumber manusia sector awam.

 

UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI

  • Piawaian Amalan Kaunseling
  • Akta Kaunselor 1998 (Akta 580)
  • Akta Keganasan Rumahtangga (pindaan)2011
  • Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611)
  • Lain-lain akta yang berkaitan

CARTA ORGANISASI UNIT

<klik untuk lihat>

 

SENARAI PEGAWAI PSIKOLOGI

<klik untuk lihat>

                          


 

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Sultan Ismail, 20920 Kuala Terengganu.
Tel : 09-6222866| Faks : 09-6248367 

Emel : tanya_jknt@moh.gov.my


Hakcipta © 2016 Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.
 

      

   
Dasar Privasi | Dasar KeselamatanNotis HakciptaPenafian |
Penafian-Google Translator
| Polisi AgensiSoalan Lazim
| Versi Mobile |
  Kemaskini Terkini : 22 OGOS 2017 GMT+08:00
Paparan Terbaik : Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.
 

 

Statistik Pengunjung

9.png5.png4.png1.png1.png
Hari Ini:24
Semalam:235
Minggu Ini:838
Bulan Ini:5098
Jumlah:95411

Khamis, 24 Ogos 2017