Sabtu, 16 Disember 2017
- - - - - -
A+ R A-

Unit Pembangunan Institusi Perkhidmatan dan Sajian Makanan

PENGENALAN UNIT

Unit Pembangunan Institusi Perkhidmatan dan Sajian Makanan telah diwujudkan pada tahun 2011 di Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Unit ini dikendalikan oleh seorang Pegawai Teknologi Makanan dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Teknologi Makanan. Unit ini beroperasi di Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (Pejabat Cawangan), Bangunan Kuala Terengganu Business Centre (KTBC).

 OBJEKTIF UNIT

Objektif unit ini adalah untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada institusi-institusi yang terlibat dalam penyediaan dan perkhidmatan makanan termasuk sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi, pusat asuhan, hospital dan perkhidmatan katering.


FUNGSI UNIT

Unit ini berfungsi membangunkan dan memantapkan program keselamatan makanan di institusi-institusi yang terlibat dalam penyediaan dan perkhidmatan makanan.

AKTIVITI UNIT

A. Program Promosi Keselamatan Makanan Di Sekolah

Aktiviti Promosi Kesihatan Keselamatan di sekolah merupakan satu projek khas yang dijalankan bagi mendidik pelajar-pelajar sekolah mengenai aspek keselamatan makanan dan cara-cara mengelakkan keracunan makanan.

Tujuh daerah telah terlibat dalam aktiviti ini iaitu Kuala Terengganu, Dungun, Setiu, Kemaman, Hulu Terengganu, Marang dan Besut. Tema "Tanpa Kuman Makanan Selamat" adalah tagline yang difokuskan kepada aspek keselamatan dan kualiti makanan.

Pengisian program memperkasakan dan membudayakan amalan keselamatan makanan di sekolah rendah adalah berbentuk road show interaktif yang disampaikan oleh pasukan atau Skuad Germ Buster untuk memberi pendidikan kesihatan kepada pelajar sekolah. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pasukan ini adalah termasuk pameran bergerak, ceramah berkaitan "Keselamatan Makanan", demonstrasi "Amalan Pencucian Tangan" menggunakan set Hand Glow Germ Gel berserta bahan pencuci sanitizer. Pelajar juga didedahkan dengan amali untuk membezakan makanan yang rosak ataupun tidak, menerusi demonstrasi "Percayai Deria Anda" yang menggunakan pendekatan penilaian sensori deria rasa seperti masam, manis, pahit dan masin.

B. Pembangunan Pre-Requisite Programme (PRP) untuk Jabatan Dietetik & Sajian Hospital Negeri Terengganu

Manual PRP untuk Jabatan Dietetik & Sajian Hospital Negeri Terengganu telah dibangunkan semasa Bengkel Pemurniaan Manual Prerequisite Programme (PRP) dalam Mengimplementasikan Sistem Hazard Analysis And Critical Control Point (HACCP) di dapur Hospital Negeri Terengganu 2010 pada 22 hingga 25 Mac 2010 yang diadakan di Merang Suria Beach Resort, Setiu. Seramai 50 orang peserta yang terlibat yang terdiri daripada fasilitator BKKM, penceramah SIRIM, Pegawai Dietetik, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Penolong Pegawai Penyediaan Makanan dan wakil jawatankuasa di Jabatan Dietetik dan Sajian di hospital-hospital Negeri Terengganu.

Bagi tahun 2012, lawatan pre-audit GMP/HACCP dirancang bagi membantu Jabatan Dietetik membangunkan sistem keselamatan makanan di dapur-dapur hospital.

C. Program Keselamatan Makanan kepada Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Pemantauan dan pemeriksaan telah dijalankan oleh BK&KM di tempat penyediaan makanan di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi memastikan makanan yang dihasilkan adalah selamat dimakan oleh pelatih dan secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kejadian keracunan makanan di pusat tersebut. Terdapat dua buah Kem PLKN yang beroperasi di Negeri Terengganu iaitu PLKN Cheneh Cemerlang, Kemaman dan PLKN Merang Suria, Setiu. Antara aktiviti yang dijalankan adalah :

i) pemeriksaan ke dapur PLKN mengikut keperluan secara berkala

ii) pelaksanaan KENDIRI dan Reten dihantar setiap bulan kepada BKKM, KKM

iii) mesyuarat diadakan secara berkala mengikut keperluan

iv) pensampelan makanan

v) promosi pendidikan keselamatan makanan (poster dan risalah)

D. Program Keselamatan Makanan kepada Kantin Sekolah dan Dapur Asrama

BK&KM juga memainkan peranan aktif dalam memastikan makanan yang dijual di kantin dan disediakan di dapur asrama sekolah bersih dan selamat. Pada tahun 2010, BK&KM telahpun menjalankan sebanyak 570 pemeriksaan di tempat penyediaan makanan di dapur asrama dan kantin sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk memastikan makanan yang dihasilkan adalah selamat dimakan oleh pelajar dan secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kejadian keracunan makanan di sekolah-sekolah di negeri Terengganu. Terdapat kira-kira 477 buah sekolah yang terlibat. Antara aktiviti yang dijalankan bagi mengurangkan risiko keracunan makanan adalah :

i) pemeriksaan ke dapur asrama dan kantin sekolah mengikut keperluan secara berkala

ii) pelaksanaan KENDIRI

iii) pensampelan makanan

iv) promosi pendidikan keselamatan makanan (ceramah, poster dan risalah)

                          


 

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Sultan Ismail, 20920 Kuala Terengganu.
Tel : 09-6222866| Faks : 09-6248367 

Emel : tanya_jknt@moh.gov.my


Hakcipta © 2016 Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.
 

      

   
Dasar Privasi | Dasar KeselamatanNotis HakciptaPenafian |
Penafian-Google Translator
| Polisi AgensiSoalan Lazim
| Versi Mobile |
  Kemaskini Terkini : 08 NOV 2017 GMT+08:00
Paparan Terbaik : Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.
 

 

Statistik Pengunjung

1.png2.png3.png8.png3.png0.png
Hari Ini:36
Semalam:172
Minggu Ini:1346
Bulan Ini:3610
Jumlah:123830

Sabtu, 16 Disember 2017