Isnin, 26 Jun 2017
- - - - - -
A+ R A-
×

Notis

One of the files that is needed for the correct operation of the System - CW Gears plugin appears to be missing! Please install a fresh copy of the latest version to fix this issue.

Unit Pemantauan dan Penyelidikan

  • Diterbitkan: Khamis, 10 Disember 2015 18:57
  • Ditulis oleh Administrator
  • Jumlah paparan: 402

PENGENALAN UNIT

Unit Pemantauan dan Penyelidikan merupakan komponen penting bagi menyokong pembentukan dasar keselamatan makanan. Pemantauan dan penyelidikan ke atas isu keselamatan makanan amat perlu dijalankan bagi mendapatkan data asas untuk membentuk pengkalan data mengenai status pencemaran makanan di negara ini. Dengan pelbagai ancaman baru terhadap makanan seperti penggunaan bioteknologi, antibiotik, pembungkusan makanan dan lain-lain lagi. Isu dan masalah berkaitan keselamatan makanan semakin mencabar dan kompleks, di mana maklumat berasaskan sains terutama diperolehi melalui penyelidikan atau kajian.

OBJEKTIF UNIT
 
Unit Pemantauan dan Penyelidikan bertujuan untuk menjalankan pemantauan dan penyelidikan terhadap isu-isu yang timbul berkaitan dengan keselamatan makanan bagi menyokong pembentukan Dasar Keselamatan Makanan Negara.

FUNGSI UNIT
 
Unit Pemantauan dan Penyelidikan berfungsi untuk menjalankan program pemantauan dan penyelidikan berkaitan dengan isu-isu keselamatan makanan. Unit ini juga membantu menyelaras kajian berhubung dengan keselamatan makanan. Selain itu, unit ini turut mengumpul dan menjalankan analisis terhadap data pensampelan makanan dan mengeluarkan laporan berkaitan.

AKTIVITI UNIT

i) merancang dan menyelaras projek-projek pemantauan nasional yang dicadangkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan berdasarkan isu-isu semasa.

ii) merancang dan menyelaras projek-projek pemantauan spesifik yang dicadangkan oleh Unit Pemantauan dan Penyelidikan Negeri berdasarkan isu-isu semasa di Negeri Terengganu.

iii) mengumpul dan menganalisis data-data pemantauan dan kajian yang berkaitan keselamatan makanan.

iv) merancang dan menyelaras projek-projek pemantauan analisis risiko (risk analysis) yang dicadangkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan berdasarkan isu-isu semasa.

v) menyelaras pelaksanaan projek Total Diet Study (TDS).

Di antara projek pemantauan dan penyelidikan yang dijalankan adalah menjalankan program pemantauan dan penyelidikan dengan menyelaras kajian berhubung dengan keselamatan makanan serta menjalankan analisis terhadap data pensampelan dan mengeluarkan laporan yang berkaitan.

                          


 

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Sultan Ismail, 20920 Kuala Terengganu.
Tel : 09-6222866| Faks : 09-6248367 

Emel : tanya_jknt@moh.gov.my


Hakcipta © 2016 Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

       

   
Dasar Privasi | Dasar KeselamatanNotis HakciptaPenafian |
Penafian-Google Translator
| Polisi AgensiSoalan Lazim
| Versi Mobile |
Kemaskini Terkini : 08 MAC 2017 GMT+08:00
Paparan Terbaik : Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.
 

 

Statistik Pengunjung

8.png3.png9.png3.png2.png
Hari Ini:46
Semalam:83
Minggu Ini:46
Bulan Ini:4054
Jumlah:83932

Isnin, 26 Jun 2017