Sabtu, 16 Disember 2017
- - - - - -
A+ R A-

Unit Logam Berat

 PENGENALAN UNIT

Unit ini menjalankan analisis bertujuan untuk melindungi orang ramai daripada bahaya kesihatan dengan menentukan cemaran logam yang terdapat dalam makanan. Buat masa sekarang, parameter yang mampu dianalisis ialah logam kadmium(Cd) dan plumbum (Pb). Aktiviti ini dijalankan dengan merujuk kepada Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 (Peraturan Makanan Jadual 14) yang mengandungi kadar maksimum cemaran logam yang dibenarkan dan dinyatakan mengikut kumpulan makanan tertentu.

OBJEKTIF UNIT
 
i) memberi perkhidmatan analisis residu racun perosak dengan cekap dan berkesan.
ii) mengeluarkan keputusan analisis yang yang boleh diterima pakai secara rasmi (valid) bagi tujuan membantu aktiviti pemantauan, pengawasan dan penguatkuasaan kepada Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

FUNGSI UNIT
 
i) menyediakan perkhidmatan analisis cemaran logam berat bagi kumpulan makanan mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.
ii) mengembangkan kaedah analisis cemaran logam berat bagi meningkatkan keupayaan makmal.
iii) menjalankan kajian dalam bidang berkaitan keselamatan dan analisis makanan, khususnya analit plumbum dan kadmium.

 

AKTIVITI UNIT

i) melaksanakan aktiviti analisis makanan untuk parameter plumbum dan kadmium seperti kajian, surveillan, pemantauan, operasi dan lain-lain.

ii) mengembangkan kaedah analisis cemaran logam berat melalui aktiviti verifikasi dan validasi kaedah baru.

iii) menyertai Ujian Kecekapan (Proficiency Testing Programme).

iv) mengembangkan kaedah cemaran logam berat ke arah pensijilan ISO 17025 bagi skop analisis cemaran logam berat.

                          


 

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Sultan Ismail, 20920 Kuala Terengganu.
Tel : 09-6222866| Faks : 09-6248367 

Emel : tanya_jknt@moh.gov.my


Hakcipta © 2016 Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.
 

      

   
Dasar Privasi | Dasar KeselamatanNotis HakciptaPenafian |
Penafian-Google Translator
| Polisi AgensiSoalan Lazim
| Versi Mobile |
  Kemaskini Terkini : 08 NOV 2017 GMT+08:00
Paparan Terbaik : Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.
 

 

Statistik Pengunjung

1.png2.png3.png8.png3.png0.png
Hari Ini:36
Semalam:172
Minggu Ini:1346
Bulan Ini:3610
Jumlah:123830

Sabtu, 16 Disember 2017