Sabtu, 29 April 2017
- - - - - -
A+ R A-
×

Notis

One of the files that is needed for the correct operation of the System - CW Gears plugin appears to be missing! Please install a fresh copy of the latest version to fix this issue.

Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi

  • Diterbitkan: Khamis, 10 Disember 2015 18:48
  • Ditulis oleh Administrator
  • Jumlah paparan: 411

 PENGENALAN

Amalan dan Perkembangan Farmasi merupakan perkhidmatan sokongan teknikal di bawah Aktiviti Rawatan Perubatan (Hospital) dan Aktiviti Penjagaan Kesihatan Asas dan Pembangunan Keluarga (Kesihatan Awam). Tanggungjawab dilaksanakan berasaskan objektif-objektif berikut :

  • Memastikan setiap pesakit yang menerima rawatan dari kemudahan Kementerian Kesihatan memperolehi Perkhidmatan Farmasi berkonsepkan amalan farmasi yang optima
  • Memastikan peningkatan dalam pendidikan awam mengenai penggunaan ubat-ubatan secara rasional

FUNGSI DAN PERANAN

  • Merancang, membangun, mengawal, menyelaras dan memantau perlaksanaan aktiviti Penjagaan Farmasi (Pharmaceutical Care) di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan di seluruh Negeri Terengganu
  • Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau aktiviti latihan dan pembelajaran berterusan kepada anggota perkhidmatan farmasi
  • Menyampaikan semua polisi kerajaan berkaitan perkhidmatan farmasi kepada semua anggota perkhidmatan farmasi dan anggota kesihatan yang lain serta memantau perlaksanaan polisi tersebut di peringkat Negeri Terengganu

a) Farmasi Hospital

Perkhidmatan Amalan dan Perkembangan Farmasi di bawah Aktiviti Rawatan Pesakit menyediakan perkhidmatan berkonsepkan"Good Pharmaceutical Care" dengan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berikut :

  • Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar
  • Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam
  • Perolehan dan Bekalan Produk Farmaseutikal dan Alat/Kelengkapan Perubatan
  • Perkhidmatan Keluaran Galenikal dan Prabungkus Ubat
  • Perkhidmatan Maklumat Ubat dan Racun
  • Perkhidmatan Pemantauan Terapeutik Ubat (TDM)
  • Perkhidmatan IV Admixture (Total Parenteral Nutrition dan Sediaan Ubat Titis Mata)
  • Perkhidmatan Farmasi Onkologi (Cytotoxic Drugs Reconstitution)
  • Rawatan Terapi Gantian Methadone(RTG)
  • Perkhidmatan Farmasi Klinikal yang meliputi :
      - Kaunseling dan Pendidikan Pesakit
      - Farmasi Wad
      -
    "Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC)"

b) Farmasi Penjagaan Kesihatan Asas dan Pembangunan Keluarga (PKAPK)

Perkhidmatan Farmasi di bawah Aktiviti PKAPK pula menyediakan perkhidmatan berikut :

 

  • Bekalan Ubat Pesakit Luar
  • Perolehan dan Bekalan Produk Farmaseutikal/Kelengkapan Perubatan
  • Kaunseling dan Pendidikan Pesakit
  • Maklumat Ubat

                          


 

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Sultan Ismail, 20920 Kuala Terengganu.
Tel : 09-6222866| Faks : 09-6248367 

Emel : tanya_jknt@moh.gov.my


Hakcipta © 2016 Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

       

   
Dasar Privasi | Dasar KeselamatanNotis HakciptaPenafian |
Penafian-Google Translator
| Polisi AgensiSoalan Lazim
| Versi Mobile |
Kemaskini Terkini : 08 MAC 2017 GMT+08:00
Paparan Terbaik : Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.
 

 

Statistik Pengunjung

7.png4.png0.png4.png5.png
Hari Ini:101
Semalam:205
Minggu Ini:765
Bulan Ini:5408
Jumlah:74045

Jumaat, 28 April 2017