Jumaat, 21 Julai 2017
- - - - - -
A+ R A-
×

Notis

One of the files that is needed for the correct operation of the System - CW Gears plugin appears to be missing! Please install a fresh copy of the latest version to fix this issue.

Soalan Lazim

  • Diterbitkan: Rabu, 31 Disember 2014 01:48
  • Ditulis oleh Administrator
  • Jumlah paparan: 1365

 

Bahagian Pengurusan

1. Apakah dokumen yang diperlukan untuk tujuan pengesahan lantikan ?

Dokumen yang diperlukan untuk tujuan pengesahan lantikan adalah :

- Surat Setuju Terima Pelantikan (6A)

- Surat Akuan Sumpah (6B)

- Surat Aku Janji

- Surat Akuan Doktor

- Penyata Perubahan (Kewangan 8) dan

- Sijil Tapisan Keselamatan bagi kumpulan jawatan yang disyaratkan

 

2. Bilakah saya boleh disahkan dalam perkhidmatan ?

Seseorang pegawai awam layak untuk disahkan dalam perkhidmatan setelah :

- Berjaya menjalani tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun

- Hadir dengan jayanya Kursus Induksi Umum dan Khusus

- Lulus Peperiksaan Perkhidmatan yang ditetapkan dan

- Mendapat sokongan atau diperakukan oleh Ketua Jabatan

 

3. Adakah pegawai yang menghadiri kursus pada hari Sabtu/Ahad/Kelepasan Am layak memohon cuti gantian ?

Tidak layak.

 

4. Apakah jenis cuti kerana perkhidmatan yang layak dipohon oleh pegawai awam?

3 jenis cuti kerana perkhidmatan adalah Cuti Rehat, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji.

 

5. Saya baru pertama kali dilantik sebagai penjawat awam. Bolehkah saya menuntut tambang perjalanan dari rumah ke tempat saya diarah bertugas ?

Boleh, dari rumah kediaman ke tempat pegawai diarah bertugas seperti di perenggan 13 Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003.

6.Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

BAHAGIAN PENGURUSAN,

JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU,

TINGKAT 5, WISMA PERSEKETUAN,

JALAN SULTAN ISMAIL,

20920, KUALA TERENGGANU.

NO.TEL : 096222866

Bahagian Kesihatan Awam

1. Bagaimanakah caranya saya ingin mengetahui status HIV saya ?

Pihak tuan boleh melakukan saringan HIV tanpa nama di semua Klinik Kesihatan seluruh Terengganu di mana kami akan menjalankan ujian tersebut tanpa mengambil biodata tuan. Keputusan akan diberitahu segera dan kaunseling akan diberikan sebelum dan selepas ujian dibuat.

 

2. Apakah faktor-faktor risiko yang menyebabkan seseorang perlu menjalani ujian saringan HIV ?

Antara faktor-faktor risiko tersebut adalah penagih dadah yang menggunakan jarum, mendapatkan perkhidmatan seks dari pelacur atau mereka yang berisiko, mengamalkan gaya hidup seperti Lesbian dan Gay, pasangan mereka yang dijangkiti HIV dan mereka yang terdedah luka kepada mereka yang dijangkiti HIV.

 

3. Adakah penyakit HIV boleh dirawat ?

Tidak. Masih tiada ubat bagi rawatan penyakit HIV bagi mereka yang dijangkiti. Pada masa ini hanya terdapat rawatan yang memanjangkan jangka hayat seseorang dengan melambatkan proses jangkitan HIV kepada AIDS iaitu dengan pemberian Anti-retroviral (ARV).

 

4. Bagaimanakah untuk mendapatkan rawatan ARV bagi mereka yang dijangkiti HIV?

Mereka perlu menjalani ujian pengesahan dan mereka akan dirujuk kepada doktor pakar di hospital atau klinik kerajaan. Pada masa ini hanya rawatan barisan pertama sahaja akan diberikan percuma kepada pesakit Warga Malaysia.

 

5. Apakah penyakit Demam Denggi boleh diubati ?

Penyakit Demam Denggi adalah disebabkan oleh sejenis virus iaitu virus denggi. Buat masa ini tiada ubat yang khusus yang boleh diberikan bagi mengubati penyakit ini. Rawatan yang dapat diberikan hanyalah ditujukan kepada tanda-tanda dan komplikasi seperti ubat demam, ubat tahan sakit, masukkan air melalui salur pembuluh dan sebagainya. Oleh itu, langkah yang terbaik adalah mencegahnya iaitu dengan menghapuskan nyamuk aedes dan mengelakkan diri daripada digigit oleh nyamuk aedes.

 

6. Apakah ada vaksin bagi mencegah Demam Denggi ?

Buat masa ini masih belum ada vaksin yang dapat dicipta. Walau bagaimanapun, beberapa syarikat sedang membuat kajian dalam pengujudan vaksin denggi.

 

7. Kenapa semburan kabus kelihatan kurang berkesan di dalam menangani masalah demam denggi?

Semburan kabus hanya akan membunuh nyamuk dewasa. Ia tidak akan membunuh telur dan larva aedes. Telur akan menetas menjadi larva dan larva akan menjadi dewasa hanya dalam masa 1 minggu. Oleh itu, jalan yang terbaik adalah mencari dan memusnahkan semua tempat pembiakan nyamuk aedes di sekitar rumah kita. Jika tempat tersebut tidak boleh dimusnahkan, gunalah ubat jentik-jentik seperti abate untuk membunuh jentik-jentik. Jika semua orang menjalankan aktiviti cari dan musnah setiap minggu, demam denggi tidak lagi akan menjadi masalah utama kita.

 

8.Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

 

BAHAGIAN KESIHATAN AWAM,

JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU,

TINGKAT 5, WISMA PERSEKETUAN,

JALAN SULTAN ISMAIL,

20920, KUALA TERENGGANU.

NO.TEL : 096222866

 

Bahagian Perubatan

1. Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan kepakaran ?

Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.

 

2. Berapakah caj kemasukan @ cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara ?

Bagi warganegara wang cagaran berbeza mengikut disiplin. RM 30 untuk kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 15 bagi kes Sakit Puan. Manakala bagi bukan warganegara RM 1100 bagi kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 800 bagi kes Sakit Puan.

 

3. Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil hospital ?

Bagi semua kes penyakit berjangkit : ianya adalah percuma bagi mereka berpendapatan bawah RM 300, pemegang kad bantuan Kebajikan masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kaki tangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan.

 

4. Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari bayaran?

Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan.

 

5. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran ?

Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL)

 

6. Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan ?

Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan ( di jalan raya / di tempat kerja / domestik ) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.

 

7. Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?

Ya. Ibu/bapa/penjaga jika pesakit kanak-kanak, Manakala pesakit dewasa Cuma mereka yang tenat sahaja dan penjaganya mestilah sama jantina

 

8. Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris?

Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital

 

9.Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

BAHAGIAN PERUBATAN,

JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU,

TINGKAT 5, WISMA PERSEKETUAN,

JALAN SULTAN ISMAIL,

20920, KUALA TERENGGANU.

NO.TEL : 096222866

Bahagian Pergigian

1. Apa perlu saya buat untuk mencegah terjadinya karies gigi atau gigi berlubang?

- memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan menggunakan ubat gigi berflourida. Paling penting berus gigi sebelum tidur.

- gunakan floss gigi atau benang gigi untuk membersihkan sisa-sisa makanan di celah-celah gigi.

- kawal pengambilan gula dalam makanan dan minuman.

- berkumur-kumur selepas makan untuk menghilangkan sisa-sisa makanan.

- lakukan pemeriksaan kesihatan mulut setahun sekali.

 

2. Kenapa gusi saya berdarah apabila memberus gigi ?

Gusi berdarah menandakan adanya penyakit gusi. Penyakit gusi ini boleh diatasi dengan menyingkirkan plak dan karang gigi melalui berus gigi yang betul dan penggunaan benang gigi.

 

3. Bagaimana menghindari bau mulut ?

- minum air minimal 8 gelas sehari.

- banyakkan makan buah-buahan dan sayuran.

- pastikan makan makanan seimbang.

- jangan merokok.

- memberus gigi secara teratur.

- jangan lupa memberus lidah semasa memberus gigi.

- lakukan pemeriksaan kesihatan mulut setahun sekali.

 

4. Bagaimana karies botol susu terjadi dan apakah langkah-langkah yang perlu diambil?

Karies botol susu adalah kerosakan gigi pada kanak-kanak akibat dari penyusuan. Masalah kerosakan gigi ini disebabkan bayi atau kanak-kanak dibiarkan tidur dengan menghisap susu, air manisan atau air soda. Tindakbalas cairan ini dengan bakteria di dalam mulut akan menghasilkan asid yang akan merosakkan gigi.

Karies botol susu biasanya terjadi pada gigi hadapan atas. Gigi akan bertukar menjadi warna coklat atau kehitaman. Jika dibiarkan berterusan akan menimbulkan kesakitan, kesukaran mengunyah, mengganggu pertuturan dan emosi kanak-kanak.

Karies botol susu ini boleh dicegah dengan langkah-langkah berikut :

- jangan biarkan bayi tertidur dengan botol mengandungi susu di dalam mulut.

- jangan mencampurkan gula atau air manisan dalam susu.

- hentikan penggunaan botol pada kanak-kanak secara berperingkat.

- bersihkan gigi bayi selepas makan dengan tuala atau kain lembut dan bersih.

- bawa berjumpa doktor apabila berusia 2-3 tahun.

 

5.Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

BAHAGIAN PERGIGIAN,

JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU,

TINGKAT 5, WISMA PERSEKETUAN,

JALAN SULTAN ISMAIL,

20920, KUALA TERENGGANU.

NO.TEL : 096222866

 

Bahagian Farmasi

1. Apakah itu ubat berdaftar ?

Ubat berdaftar adalah ubat yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tujuan penggunaan dan jualannya di Malaysia. Produk ini telah dianalisa dan diuji akan keberkesanan dan keselamatannya. Setiap ubat yang telah berdaftar akan diberi nombor pendaftaran dan mestilah dicetak pada labelnya. Nombor pendaftaran tersebut bermula dengan MAL. Sebagai contoh : MAL19976399X.

 

2. Di manakah aduan boleh dibuat jika sesuatu produk tidak berdaftar dijumpai ?

Aduan boleh dibuat di Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia, Petaling Jaya atau kepada mana-mana pegawai penguatkuasa farmasi di setiap negeri.

 

3. Bagaimanakah mengenalpasti samada produk tersebut berdaftar atau tidak ?

Produk tersebut boleh diperiksa dengan melihat nombor pendaftaran pada label botol atau pek produk tersebut. Produk tersebut boleh dikenalpasti dengan huruf MAL dan diikuti dengan 8 angka diakhiri dengan huruf T/X/A/K.

T - Ubat tradisional

X - Ubat bukan racun

A - Ubat terkawal yang mengandungi racun berjadual

K - Kosmetik

(Contoh MAL19991234T atau MAL07021234X atau NOT08023456)

 

4. Apakah SPUB?

SPUB adalah singkatan untuk Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu. Melalui sistem ini pesakit boleh mengambil ubat di fasiliti kesihatan yang berhampiran dengan tempat tinggalnya.

 

5. Bagaimana saya boleh mendapat perkhidmatan SPUB ?

Untuk mendapatkan perkhidmatan SPUB, pesakit perlu memberitahu petugas di kaunter farmasi di mana beliau menerima rawatan. Bekalan ubat pertama akan diberi di kaunter farmasi di mana beliau menerima rawatan dan bekalan baki ubat seterusnya boleh didapati menerusi SPUB.

 

6. Apakah perbezaan ubat berjenama dengan ubat generik ?

Ubat berjenama dilindungi oleh hak paten untuk tempoh tertentu. Setelah tempoh paten ini tamat, syarikat pengeluar ubat lain boleh mengeluarkan ubat ini dengan harga yang lebih murah. Kandungan aktif ubat generik adalah sama dengan kandungan aktif ubat berjenama.

 

7. Kenapa harga ubat generik lebih murah?

Untuk menghasilkan sesuatu ubat baru memerlukan perbelanjaan yang sangat besar. Selama tempoh paten ubat tersebut, syarikat pengeluar akan cuba untuk mendapatkan pulangan modal yang mereka telah keluarkan. Ubat generik boleh dikeluarkan dengan lebih murah kerana syarikat pengeluar tidak membelanjakan wang untuk menghasilkan ubat tersebut.

 

8. Di mana saya perlu simpan ubat-ubatan?

Ubat-ubatan perlu disimpan di tempat sejuk yang tidak terdedah kepada matahari. Maklumat penyimpanan ada terdapat dalam risalah yang terdapat di dalam kotak ubat atau pada label ubat.

 

9. Adakah ubat perlu diambil sebelum atau selepas makan?

Setiap ubat berbeza cara makannya, samada sebelum atau selepas makan. Sila baca maklumat yang terdapat pada risalah maklumat ubat atau pada label ubat. Sekiranya memerlukan maklumat lebih lanjut, boleh bertanya dengan ahli farmasi.

10. Bagaimanakah untuk mendapatkan khidmat kaunseling ubat-ubatan?

Pelanggan boleh memaklumkan kepada pegawai farmasi semasa mengambil ubat di kaunter farmasi.

 

11.Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

BAHAGIAN FARMASI,

JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU,

TINGKAT 5, WISMA PERSEKETUAN,

JALAN SULTAN ISMAIL,

20920, KUALA TERENGGANU.

NO.TEL : 096222866

 

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan

1. Bagaimana untuk memohon sijil eksport (Sijil Kesihatan/Sijil Penjualan Bebas) untuk produk makanan dan minuman daripada Kementerian Kesihatan Malaysia ?

Sijil eksport boleh dibahagikan kepada dua (2) jenis iaitu Sijil Kesihatan dan Sijil Penjualan Bebas. Bagi pengeluaran sijil kesihatan, pihak syarikat perlu memohon di Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan dengan premis kerana ia akan melibatkan pemeriksaan premis dan persampelan. Tempoh pengeluaran Sijil Kesihatan bagi premis yang telah mendapat Sijil HACCP (Hazard Analysis & Critical Control Point) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia ialah dalam masa 3 hari bekerja, manakala premis yang tidak mempunyai sijil HACCP dari Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengambil masa selama 21 hari bekerja.

Manakala untuk memohon Sijil Penjualan Bebas, pemohon yang berada di Terengganu boleh memohon kepada Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Tempoh pengeluaran Sijil Penjualan Bebas bagi permohonan yang lengkap adalah dalam masa 3 hari bekerja.

 

2. Bagaimana untuk memohon perakuan dan sokongan lesen punca air minuman berbungkus dan air mineral semulajadi?

Premis yang berada di Terengganu boleh memohon kepada Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

 

3. Bagaimana caranya untuk memohon lesen kilang ais?

Bagi memohon lesen kilang ais, pihak syarikat perlu memohon kepada Pejabat Kesihatan Derah di mana kilang terletak.

 

4. Bagaimana caranya untuk industri makanan mendapatkan khidmat nasihat pelabelan?

Bagi mendapatkan khidmat nasihat pelabelan secara rasmi dan bertulis, sila hubungi pihak ibu pejabat (Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Putrajaya).

 

5. Di mana boleh saya dapatkan perundangan yang berkaitan dengan penyediaan makanan dan minuman ?

Untuk mendapatkan maklumat mengenai perundangan terbaru dan pindaannya, sila layari laman web rasmi Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Putrajaya (ibu pejabat) iaitu http://fsq.moh.gov.my di kategori perundangan. Di sini, tuan/puan boleh memuat turun dan mencetak undang-undang yang diperlukan. Selain dari itu, tuan/puan juga boleh membeli buku undang-undang ini di kedai buku yang berhampiran.

Untuk makluman, Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 merupakan undang-undang terbaru yang telah diwartakan oleh kerajaan pada 28 Februari 2009 dan akan mula dikuatkuasakan secara berperingkat pada 1 Mac 2010. Manakala penguatkuasaan sepenuhnya ialah pada 1 Januari 2014. Peraturan terbaru ini adalah mengenai keperluan kebersihan premis, pengendali makanan dan penyediaan makanan dan minuman secara keseluruhannya.

 

6. Bagaimana caranya untuk saya mendaftar premis makanan/minuman dengan Kementerian Kesihatan Malaysia ?

Untuk mendaftar premis, pihak syarikat digalakkan mendaftar secara online di laman web ini http://fosimdomestic.moh.gov.my. Sekiranya memerlukan bantuan untuk mendaftar premis, sila datang ke Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan dengan premis tuan/puan.

 

7.Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN,

JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU,

TINGKAT 5, WISMA PERSEKETUAN,

JALAN SULTAN ISMAIL,

20920, KUALA TERENGGANU.

NO.TEL : 096222866

 

end faq

{accordionfaq faqid=accordion3 faqclass="lightnessfaq defaulticon headerbackground headerborder contentbackground contentborder round5" active=item1}

 

                          


 

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Sultan Ismail, 20920 Kuala Terengganu.
Tel : 09-6222866| Faks : 09-6248367 

Emel : tanya_jknt@moh.gov.my


Hakcipta © 2016 Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.
 

      

   
Dasar Privasi | Dasar KeselamatanNotis HakciptaPenafian |
Penafian-Google Translator
| Polisi AgensiSoalan Lazim
| Versi Mobile |
  Kemaskini Terkini : 08 MAC 2017 GMT+08:00
Paparan Terbaik : Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.
 

 

Statistik Pengunjung

8.png8.png2.png2.png0.png
Hari Ini:23
Semalam:189
Minggu Ini:953
Bulan Ini:3768
Jumlah:88220

Jumaat, 21 Julai 2017