PENGENALAN UNIT

Unit Residu Racun Perosak bertanggungjawab dalam menganalisis parameter residu racun perosak yang terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan bagi membantu melindungi orang ramai dari bahaya kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan.
Istilah racun perosak termasuklah :
a) apa-apa sediaan yang digunakan atau yang berupa sebagai boleh digunakan bagi mencegah serangan dari atau bagi membinasakan.
- kulat atau lain-lain pokok parasit atau bakteria yang mengganggu atau menyerang tumbuhan, buah-buahan, biji-bijian, binatang atau harta benda
- serangga atau lain-lain perosak yang mengganggu atau menyerang tumbuhan, buah-buahan, binatang atau harta
- binatang atau burung berbahaya atau
- rumpai atau lain-lain tumbuhan berbahaya dan
b) apa-apa bahan yang berupa racun perosak

OBJEKTIF UNIT
 
i) memberi perkhidmatan analisis residu racun perosak dengan cekap dan berkesan.
ii) mengeluarkan keputusan analisis yang yang boleh diterima pakai secara rasmi (valid) bagi tujuan membantu aktiviti pemantauan, pengawasan dan penguatkuasaan Akta dan Peraturan Makanan.

FUNGSI UNIT
 
i) menyediakan perkhidmatan analisis bagi kumpulan racun perosak Orghanophosphorus di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.
ii) membangunkan kaedah analisis residu racun perosak yang dikenalpasti oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.

AKTIVITI UNIT

i) melaksanakan aktiviti analisis makanan.

ii) menyertai Ujian Kecekapan (Proficiency Testing Programme).

iii) menjalankan aktiviti pengembangan kaedah dan verifikasi analisis residu racun perosak.

iv) menjalankan aktiviti penambahan skop akreditasi bagi parameter residu racun perosak.

v) melaksanakan aktiviti pemantauan dan operasi yang diarahkan.

Hubungi Kami

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu,
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, 
Jalan Sultan Ismail, 
20920 Kuala Terengganu, Terengganu.
No Tel : 096222866 | 096222749
Faksimili: 096235001 | 096248367 | 096245829
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

Waktu Operasi Pejabat

Ahad - Khamis
(7.30 pagi - 5.30 petang)
Khamis
(7:30 pagi - 4:00 petang)

Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum
Pejabat Tidak Beroperasi

Maklumat Kemaskini

Kemaskini Terkini : 14 Februari 2019 GMT+08:00
Paparan Terbaik : Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Statistik Pelawat

0.png5.png5.png2.png8.png
Hari Ini :109
Bulan Ini :2413
Jumlah :5528

Monday, 18 February 2019 08:10