• Home
  • Berita
  • Majlis Meraikan Kehadiran Bayi IVF di HSNZ

Majlis meraikan kehadiran bayi yang lahir hasil teknologi persenyawaan di luar rahim (in vitro fertilisation-IVF) ke-100 di HSNZ. Lakaran sejarah terukir dengan kejayaan perkhidmatan bantuan reproduktif melahirkan 101 bayi IVF sejak penubuhan unit perawatan reproduktif (UPR) pada 2009.

 

Bayi ke 100 ini adalah pasangan kembar perempuan dan lelaki yang dilahirkan secara pembedahan caesarean pada 6 Januari 2019, hasil teknik IVF-Frozen Embryo Transfer-FET).

Kehadiran cahayamata ini merupakan anugerah terindah mengakhiri penantian selama 8 tahun buat pasangan Nurfidiamil dan Mohd Zairi Anuar.

 

Sehingga kini, 101 bayi telah dilahirkan melalui kaedah ART-IVF, termasuk 1 set kembar tiga dan 13 pasangan kembar dua (twin), yang terdiri daripada 52 bayi lelaki dan 49 bayi perempuan. Kadar kehamilan sekitar 30% sejajar dengan purata kehamilan seluruh dunia.

 

Pencapaian ini membuktikan perkhidmatan ART HSNZ mampu bersaing setanding dengan fasiliti ART lain. 

 

Unit Perawatan Reproduktif diterajui oleh Ketua Unit dan Pakar O&G Reproduktif DrNasuha Yaacob, bersama seorang lagi Pakar Dr Malini Mat Napes, Pegawai Sains Embriologis Siti Norfaizah dan Siti Nabillah serta barisan jururawat yang berkepakaran khusus.

Hubungi Kami

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu,
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, 
Jalan Sultan Ismail, 
20920 Kuala Terengganu, Terengganu.
No Tel : 096222866 | 096222749
Faksimili: 096235001 | 096248367 | 096245829
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

Waktu Operasi Pejabat

Ahad - Khamis
(7.30 pagi - 5.30 petang)
Khamis
(7:30 pagi - 4:00 petang)

Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum
Pejabat Tidak Beroperasi

Maklumat Kemaskini

Kemaskini Terkini : 14 Februari 2019 GMT+08:00
Paparan Terbaik : Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Statistik Pelawat

0.png5.png5.png2.png1.png
Hari Ini :102
Bulan Ini :2406
Jumlah :5521

Monday, 18 February 2019 07:42