PENGENALAN UNIT
Unit ini menjalankan analisis mikrobiologi makanan dengan tujuan untuk memantau keselamatan dan kualiti makanan melalui pelaksanaan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985. Mengikut akta tersebut, "mikroorganisma dan toksinnya" termasuklah bakteria, kulat serta toksin yang dihasilkannya. Mikroorganisma patogenik adalah mikroorganisma yang boleh menyebabkan penyakit sekiranya memasuki sistem tubuh manusia. Kehadiran mikroorganisma patogenik di dalam makanan sedia dimakan hendaklah dicegah melalui kaedah-kaedah sanitasi dan keselamatan makanan.
OBJEKTIF UNIT
Memastikan perkhidmatan analisis mikrobiologi yang ditawarkan adalah berkualiti, tepat dan berdasarkan kaedah-kaedah terkini bagi memenuhi keperluan pembangunan bidang keselamatan makanan.
FUNGSI UNIT
Berfungsi untuk menjalankan analisis makanan bagi perkhidmatan yang ditawarkan seperti berikut :
- aerobic count plate
- staphylococcus aureus
- bacillus cereus
- coliform
- escherichia coli
- escherichia coli 0157
- salmonella
- vibrio cholera
- vibrio parahaemolyticus
- listeria monocytogenes
- campylobacter
- yis dan kulapuk
AKTIVITI UNIT
i) menjalankan analisis mikrobiologi bagi sampel makanan untuk tujuan surveillan, pemantauan, wabak/keracunan, operasi dan kajian dan lain-lain.
ii) menjalankan penyelidikan untuk mengkaji faktor-faktor yang boleh dibangunkan ke arah meningkatkan kualiti makanan.
iii) menjalankan validasi dan verifikasi untuk pengembangan kaedah analisis bagi meningkatkan keupayaan analisis makmal.