PENGENALAN UNIT

Unit ini ditubuhkan bagi memantapkan aktiviti merancang, melaksanan, memantau dan menilai Program Keselamatan dan Kualiti Makanan di industri makanan terutamanya di Terengganu bagi melindungi orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyimpanan, penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan makanan; serta memudahkan perdagangan makanan.

 OBJEKTIF UNIT

i) untuk memastikan barangan makanan yang akan digunakan dalam pasaran tempatan dan eksport adalah selamat dimakan dan berkualiti.

ii) untuk memastikan barang makanan untuk dieksport mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh peraturan makanan negara pengimport.

iii) untuk memastikan sesuatu makanan tersebut adalah bebas dijual di Malaysia dan mematuhi kehendak-kehendak Akta Makanan dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.

iv) untuk memudahkan industri makanan di Terengganu mendapat pengiktirafan keselamatan makanan mengikut tahap pematuhan kepada Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 secara berperingkat.

FUNGSI UNIT

i) merancang, memantau dan menilai aktiviti pembangunan kilang.

ii) memberi khidmat nasihat kepada pihak industri mengenai Sistem Jaminan Keselamatan Makanan.

iii) melaksanakan Skim Pensijilan Keselamatan Makanan.

iv) mengeluarkan Sijil Eksport (Sijil Kesihatan/Sijil Penjualan Bebas).

AKTIVITI UNIT

Pengeluaran Sijil Kesihatan

Pengeluaran Sijil Penjualan Bebas (Free Sale Certificate)

Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M)

Hubungi Kami

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu,
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, 
Jalan Sultan Ismail, 
20920 Kuala Terengganu, Terengganu.
No Tel : 096222866 | 096222749
Faksimili: 096235001 | 096248367 | 096245829
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

Waktu Operasi Pejabat

Ahad - Khamis
(7.30 pagi - 5.30 petang)
Khamis
(7:30 pagi - 4:00 petang)

Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum
Pejabat Tidak Beroperasi

Maklumat Kemaskini

Kemaskini Terkini : 26 Februari 2019 
Paparan Terbaik : Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Statistik Pelawat

1.png6.png5.png6.png2.png
Hari Ini :150
Bulan Ini :4033
Jumlah :16562

24 April 2019