PENGENALAN UNIT

Unit Kejuruteraan sentiasa komited ke arah penambaikan yang berterusan di dalam mutu perkhidmatannya. Di antara program utama yang dilaksanakan di bawah Unit Kejuruteraan ialah Program Kebersihan Alam Sekeliling yang merangkumi Program Kawalan Mutu Air Minum (KMAM), Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS), Program Senggara dan Program Sinaran.

 

AKTIVITI UNIT

 

PROGRAM KEBERSIHAN ALAM SEKELILING

 

Objektif Program

- Kawalan Mutu Air Minum (KMAM)

Memastikan bekalan air minum awam selamat dari segi kualiti dan mematuhi piawaian air minum kebangsaan.

- Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS)

 

Mencegah sebarang penyakit berjangkit daripada merebak dengan memastikan bekalan air dan sanitasi rumah luar bandar sempurna dan selamat.

- Aktiviti Program Kawalan Mutu Air Mium (KMAM)

1.Pemantauan bekalan air awam di seluruh negeri Terengganu.

2.Pemantauan sistem bekalan air minum di pusat-pusatpulau pelancongan.

3.Pemantauan sistem bekalan air minum ladang.

4.Program Kajian Kebersihan bagi loji Rawatan Air Awam.

- Program Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS)

1.Pelaksanaan projek bekalan air selamat.

2.Pelaksanaan projek tandas sempurna.

3.Pelaksanaan projek sistem pelupusan sisa pepejal dengan sempurna.

4.Pelaksanaan projek sistem perlimbahan Air Limbah dengan sempurna.

5.Pemantauan sanitasi di pusat / pulau pelancongan.

 

PROGRAM SENGGARA

 

ObjektifProgram

1.-   - Memastikan keadaan kerosakan yang ada dibaikpulih dengan berkesan.

2.-   - Mengurangkan seberapa banyak yang mungkin kegagalan dan kecacatan terhadap komponen dan peralatan secara efektif dan sistematik.

3.-   - Memberikan jaminan yang berterusan terhadap faktor-faktor seperti keselamatan, keselesaan, keadaan fizikal dan struktur, pengekalan nilai aset,   imej, ketahanan, kualiti dan perkara seumpamanya.

4. -    - Memastikan fungsi yang optimum dan keadaan asal dikembalikan.

5. -    - Mengelakkan pelupusan sebelum tiba masanya.

 

AktivitiProgram

1.-   - Penyelenggaraan pemulihan dan pembaikian kerosakan bangunan serta kemudahan kesihatan (corrective maintenance).

2.-   - Penyelenggaraan pencegahan terancang bangunan serta kemudahan kesihatan (preventive maintenance).

3. -     - Perkhidmatan konsultasi dan bantuan teknikal.

 

 

PROGRAM KESELAMATAN SINARAN

Objektif Program

  1. Objektif Program Keselamatan Sinaran di JKNT adalah sebagai regulatori di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) bertujuan untuk memastikan penggunaan sinaran mengion bagi maksud perubatan adalah wajar dan selamat serta mematuhi Akta 304 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Aktiviti Program

- Penilaian dan khidmat nasihat teknikal hospital kerajaan/klinik kesihatan/klinik pergigian

- aktiviti pemantauan dan lawatan pemeriksaan bagi hospital/klinik swasta di bawah Akta 304

 

Hubungi Kami

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu,
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, 
Jalan Sultan Ismail, 
20920 Kuala Terengganu, Terengganu.
No Tel : 096222866 | 096222749
Faksimili: 096235001 | 096248367 | 096245829
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

Waktu Operasi Pejabat

Ahad - Khamis
(7.30 pagi - 5.30 petang)
Khamis
(7:30 pagi - 4:00 petang)

Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum
Pejabat Tidak Beroperasi

Maklumat Kemaskini

Kemaskini Terkini : 26 Februari 2019 
Paparan Terbaik : Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Statistik Pelawat

3.png6.png8.png2.png4.png
Hari Ini :181
Bulan Ini :3391
Jumlah :36824

21 August 2019