PENGENALAN

Unit Kesihatan Pekerjaan mula diwujudkan di Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu pada 16 Jun 1997 dengan diketuai oleh seorang Pegawai Kesihatan Pekerjaan. Unit ini telah bergabung dengan Unit Kesihatan Alam Sekitar sebagaimana diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dan dipanggil Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS)

 

OBJEKTIF AM

 

  • Memberi perkhidmatan kesihatan komprehensif kepada golongan pekerja dengan penekanan kepada aspek promosi, pencegahan dan penjagaan kesihatan
  • Mewujudkan persekitaran yang sihat dan kondusif kesihatan fizikal/mental masyarakat

 

OBJEKTIF KHUSUS

 

Kesihatan Pekerjaan

 

  • Menjalankan program promosi kesihatan yang khusus mengikut keperluan persekitaran kerja bagi meningkatkan tahap kesihatan pekerja
  • Menyediakan langkah-langkah pencegahan yang berkesan terhadap persekitaran tempat kerja
  • Mengenalpasti dan merawat semua penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan
  • Memberi pendidikan kesihatan dan menanam kesedaran kepada pihak majikan dan pekerja mengenai tanggungjawab terhadap kesihatan dan keselamatan
  • Mengawasi persekitaran tempat kerja melalui pemonitoran berterusan

 

Kesihatan Alam Sekitar

 

  • Mempromosi persekitaran yang sihat dan bersih kepada masyarakat
  • Menjalankan survelans hazad persekitaran dan menjalankan intervensi yang bersesuaian

 

AKTIVITI UNIT

 

Kesihatan Pekerjaan

  • Program survelans
    • Survelan kes penyakit pekerjaan, keracunan dan kecederaan
    • Survelan kecederaan oleh alatan tajam
  • Program kesihatan tempat kerja
    • Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
    • Audit keselamatan dan kesihatan
    • Penilaian risiko
    • Promosi kesihatan pekerjaan
  • Pemeriksaan dan saringan kesihatan
    • Imunisasi Hepatitis B anggota kesihatan
    • Pemeriksaan kesihatan anggota > 35 tahun
  • Perkhidmatan klinik (kesihatan pekerjaan)
    • Pengawasan perubatan anggota berisiko tinggi
  • QAP-needle stick injury

 

Kesihatan Alam Sekitar

  • Sanitasi alam sekitar
    • Penilaian kesihatan persekitaran institusi berisiko tinggi
    • Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) - Merang, Cheneh
    • Depot Tahanan Sementara (DTS) Imigresen, Ajil - Penjara Marang
    • Pemeriksaan sanitari sekolah
    • Perumahan / Ladang / Estet
  • Penyiasatan aduan alam sekitar
  • Pemantauan penyakit
    • Penyakit berkaitan pencemaran udara (konjuntivitis, urti dan asthma) di klinik sentinel (Klinik Kesihatan Hiliran, Klinik Kesihatan Paka, Klinik Kesihatan Kijal)
    • Pemeriksaan kesihatan anggota > 35 tahun
  • Kesiapsiagaan menghadapi bencana contohnya banjir
  • Penempatan sejahtera

Hubungi Kami

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu,
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, 
Jalan Sultan Ismail, 
20920 Kuala Terengganu, Terengganu.
No Tel : 096222866 | 096222749
Faksimili: 096235001 | 096248367 | 096245829
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

Waktu Operasi Pejabat

Ahad - Khamis
(7.30 pagi - 5.30 petang)
Khamis
(7:30 pagi - 4:00 petang)

Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum
Pejabat Tidak Beroperasi

Maklumat Kemaskini

Kemaskini Terkini : 14 Februari 2019 GMT+08:00
Paparan Terbaik : Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Statistik Pelawat

0.png5.png5.png2.png2.png
Hari Ini :103
Bulan Ini :2407
Jumlah :5522

Monday, 18 February 2019 07:51