PENGENALAN

Penubuhan Unit Inspektorat dan Perundangan (UIP) adalah untuk mewujudkan satu struktur yang teratur dan mantap yang mampu menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan dan pendakwaan di bawah undang-undang kesihatan awam dengan lebih profesional serta mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan aktiviti penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam.

Negeri Terengganu adalah terdiri daripada tujuh daerah dan setiap daerah mempunyai sekurang-kurangnya seorang PPKP (Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran) yang bertugas di Unit Penyiasatan dan Pendakwaan Pejabat Kesihatan Daerah. Setiap PPKP Unit Penyiasatan dan Pendakwaan Daerah bertanggungjawab menyelaras dan menjalankan aktiviti penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam di daerah masing-masing.

Unit Inspektorat dan Perundangan diwujudkan di bawah Pengurusan Kesihatan Awam yang bertanggungjawab dalam membuat perancangan, pelaksanaan dan pemantauan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan perundangan yang merangkumi Keselamatan dan Kualiti Makanan, Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling, Kawalan Penyakit Berjangkit, Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Penyakit Tidak Berjangkit, Kesihatan Pekerjaan, Kawalan Hasil Tembakau dan Kesihatan Am.

Hubungi Kami

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu,
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, 
Jalan Sultan Ismail, 
20920 Kuala Terengganu, Terengganu.
No Tel : 096222866 | 096222749
Faksimili: 096235001 | 096248367 | 096245829
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

Waktu Operasi Pejabat

Ahad - Khamis
(7.30 pagi - 5.30 petang)
Khamis
(7:30 pagi - 4:00 petang)

Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum
Pejabat Tidak Beroperasi

Maklumat Kemaskini

Kemaskini Terkini : 14 Februari 2019 GMT+08:00
Paparan Terbaik : Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Statistik Pelawat

0.png5.png5.png3.png4.png
Hari Ini :115
Bulan Ini :2419
Jumlah :5534

Monday, 18 February 2019 08:24